Thursday, March 8, 2012

Meroyans!

Aku dalam mood demam lagi nih.. Nak hapdet pasal Singapore pon aku tak larat.. Nak muntah aku tengok gambar2 aku kat sana.. Banyak sangat.. Yela tempat cantikkan pastu datang plak orang jakun macam aku ni kat tempat macam tu,jawabnya memang sampai lubang jamban pon nak tangkap gambar la kan.. So kesimpulannya aku taknak hapdet sekarang.. Kang tak pepasal aku muntah kat opis ni sape nak cuci? Aku memang tak la.. Nak suruh Cuiyam, dia bila kat opis memang bz memanjang tak boleh dikacau..haha! (mulia sungguh suami tolong cucikan muntah isteri..ailapyu D)

Apa kena mengena muntah ngan entri aku kali ni? Takde langsung okeh! Saje nak tunjuk betapa seriusnya demam aku lepas balik dari Singapore sampai makan ubat pon memang tak surut² demam aku.. Makin teruk ada la.. Tapi nasib baik ada suami dan makcik yang ambil berat tolong jaga aku sepanjang demam ni.. Sweet sangat! :)
Sekarang? Still demam lagi tapi Alhamdulillah beransur sihat.. Ok tak payah nak diva sangat la nak cerita pasal demam kau kat semua orang.. Bukan orang amik peduli pon.. Kau taip panjang lebar pon belum tentu orang baca.. Waaa sadisnya bila blog tak pemes.. Terpaksa syok sendiri.. Huaaaa!

Bila dah 3 hari mc jawabnya fb memang aku tak bukak la kan.. Kalau bukak pon kejap² je guna hp pastu terus off sebab pening kepala aku tengok fb dalam hp..Kecik sangat! So harini bila aku masuk keje saje la tengok² fren rikuess kat fb.. Punyala ramai yang add *perasan diva jap* tapi banyak yang aku tak kenal.. So aku buat tak tau je dulu.. Cek² lagi tibe aku tengok ada sorang pompan ni.. Aku tengok mutual friend dia ngan aku ramai.. Tapi nama dia aku macam tak kenal.. Last² aku pon approve je la kan.. Sebab pompan yang add, so aku rasa maybe kawan lama..

Pastu bila aku bukak page dia.. HOOOHEMMJIIIII!! terkejut mak! Memang 'kawan lama'! 'Kawan lama' yang sangat langsi.. Ex Cuiyam rupa²nya! Macam mana la aku boleh terapprove minah ni.. Alahai! Tapi alang² dah jadi 'kawan' fb kan aku pon usha² la page dia.. HOOOOHEMMMJIII! lagi sekali! Tak sangkanya aku jadi stalker! Dalam pada tak suka tengok gak page dia.. Hahaha! Suka ati aku la.. Dah mata aku yang gatal nak tengok page dia kan.. Mata aku haaa bukan aku.. :D

Tengah syok² aku tengok gambar² dia yang seksi meksi pakej pose menggoda *mata keatas tangan kedada* tu tiba² dia hantarrrrr

Klik bagi besar kalau nak join aku kutuk pompan ni lagi

Hello pompan kau ingat aku hingin sangat nak approve kau kalau aku tahu itu kau?? Buktinya dia sendiri cakap dah bertahun baru aku nak approve dia.. Masuk ni dah 2kali dia add aku tapi pestaim tu aku tak approve.. Yang second ni entah bila dia add aku lagi sekali guna nama lain.. Pastu berkali² add laki aku.. Motip kau add laki aku banyak kali?? Laki aku tu tak hot pon ko nak add beriya sangat.. Pastu tanya aku mesti bahagiakan dengan laki aku n yang paling tak tahan 'kawan doakan yang terbaik untuk kawan²'

Like hellooo! Bila masa kau jadi kawan aku? Tak hingin langsung aku nak berkawan ngan pompan saiko macam kau ni.. N tak silap aku bukan kau doakan hidup kitorang tak bahagia ke? Pandai sangat berlakon.. Kalah Erra tau!Hmm.. Kau nak tahu sumting tak? Aku boleh maafkan kau tapi aku tak boleh lupakan apa yang kau dah buat untuk musnahkan hidup aku dengan laki aku.. Cukup² la.. Aku dah cakap jangan ganggu hidup kitorang lagi.. Apa yang kau nak dari kitorang pon aku tak tahu.. So lepas ni pukul 5.30 petang aku akan remove kau dari fb aku.. Kenapa 5.30? Sebab time opis hour fb kena block! Huaaaa! Oh! Takziah ye sebab kau jadi janda sekarang.. Lain kali jangan doakan yang tak baik untuk orang.. Jangan cuba musnahkan hidup orang lain.. Ingat Tuhan maha adil..

Okla korang aku malas nak cerita pasal pompan ni lagi.. Kang kalau dah cerita, raya haji tahun depan pon belum tentu habis.. Pastu nanti bertambahlah dosa aku.. Dosa² yang ada ni pon tak tertanggung nak tambah dosa baru.. Esok² kalau rajin aku hapdet pasal Singapore n birthday party budak comel.. :)

1 comment:

  1. sape name fb die.. nak tgk gambo seksi jugakk

    ReplyDelete