Monday, March 14, 2011

Emak Kahwinkan Shidi

Salam..

Hai semua... Kali ni aku nak cerita pasal kenduri kahwin abang saudara aku.. Da basi gak la cerita ni.. Tapi aku nak cerita gak.. Sebab aku dengan famili abang sedara aku ni agak rapat semenjak arwah mama pergi.. Betul kata orang.. Ada hikmah disebalik apa yang terjadi.. Sekarang mama dah tak ada.. Tapi aku ada saudara mara yang sangat ambil berat pasal aku :') -Sayang korang weeiiii!-

*Kak atul, abg shidi, eqal, pka, mak kalau korang baca statement i ni sila nangis sungguh-sungguh sampai bengkak hidung*

Okeh! Belah perempuan buat dekat Pahang.. So nikah semua dekat sana.. Dari KL ada la dalam 25 buah kereta.. Ha! Hambek kau.. Kemain banyak lagi rombongan Cik Ani kami bawak.. Sepanjang perjalanan, alhamdulillah tak ada masalah.. Bila sampai sana kitorang menginap dekat chalet ntah apa nama ntah.. Aku da lupa.. Tapi best owwww..
Sebelah Sungai Pahang.. Angin dia.. Pergghhh!! Best!

Perkenalkan Miss Meme Suhaize! Masih single, mempunyai senyuman yg sangat comel & mempunyai lawak jenaka yang macam seeeetaaannnn!! Haaha.. Kami baru kenal time ni tapi macam dah 10 abad kenal..*Nampak sangat yg aku ni ramah & friendly kan* gagaga!


Sampai sana, letak beg dalam bilik pastu terus duduk kat tangga Sungai Pahang amik gambar. * Ha..nampak muka aku yg paling eksaited gila sampai orang gila pun boleh jadi lagi gila bila tengok muka aku yg macam orang gila yg eksaited gila!*


Yang macam siamang tu aku la tu.. Nasib baik si suami tak ada time nih! Kalau x,mesti dia humban aku kat dalam sungai Pahang tu ha!

Dah lepas amik gambar semua kami buat pulak aktiviti yg mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan antara kami sanak saudara.. Ceeewahh!
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Uuuuaiiii sungai Pahang.. Ni kalau telopeh la tali kek pukok klapo nu ha.. Tak tau la den nak koba camno laie!

Kan aku da cakap aku memang eksaited gila sampai orang gila pun takut nak jadi gila bila nampak aku da naik gila.

Beruk A : Ramai betul pengunjung hari ni.
Beruk B : Jangan hampakan pengunjung kita. Berikan pose paling anggun!

________________________________________________________
Cukupla dengan gambar-gambar aku yg anggun terlampau tu..Aku nak cerita pasal kahwin..Bukan pasal aktiviti-aktiviti kat sungai Pahang tu..Nah tengok gambar majlis pulak..


Pengantin selepas dinikahkan..Tu nampak senyuman paling anggun abg Shidi aku buat tuuuu...


Barisan pelakon-pelakon untuk filem RATU THE MOVIE 2


Sanding keesokan harinya *selamat tinggal Pahang!*

-Sebulan kemudian-
|
|
|
|
|
|
|
|

Majlis pihak lelaki pulak

Tu..tu..Pengantin..
Baju & makeup sangat cantik!

Last sekali bila majlis dah habis ni la apa yg terjadi
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|

Mula-mula sopan dulu.


Ok..Peaceeee... !!!


Flying kiss pulak lah!

Ok..Dah over pulak dah..Siap bunga kat pelamin jadi mangsa petikkan untuk kami tampil lebih anggun bila bergambar.


Dah la!Over la kau ni rara!

K lah..Tu je buat masa ni..Banyak lagi gambar tapi aku taknak la jadi orang yang gila kuasa dan tamak haloba letak banyak sangat gambar..K..Bye uolls!

Tuesday, March 8, 2011

Jeng.. Jeng.. Jeng... !!!!

Salam..

Hye korang-korang.. Lame tak hapdet ni.. Biase la.. Baru baik demam.. Okeh..okeh..
Ada berita gembira ni.. *untuk aku la.. Tak tau la korang* hikhikhik..

Korang ingat lagi tak pasal RADA COLLECTION? Da ade blog weeeiiiii.. Dan paling best ada jual shawl sekali.. Cantik, mantap, comel, terkini dan dijamin halal.. erk??!!
Mekasih sangat-sangat dekat cik adda kita sebab dia ni la yang banyak tolong aku dan kak uyah.. Dia yang tubuhkan blog ni.. Mekasih awek ! :)

Ok.. Sekarang kami ada buat promotion.. Kalau uolls yang cantik lagi hot kat luar sana tu beli baju kat RADA COLLECTION ni, kami akan bagi 1 lagi baju FREE !! Haaa.. Sape nak bagi kau senang-senang baju free kan.. So apa tunggu lagi..
Klik RADA COLLECTION sekarang :)

Lupa nak bagitahu.. Semua baju dan tudung adalah READY STOCK iaitu ada pada kami dan semua harga TERMASUK KOS PENGHANTARAN :)
So jangan malu jangan segan sila-sila bershoping dengan kami untuk tampil lebih bergaya, cantik, ayu, hot lagi anggun seperti aku.. hahahah!

Tuesday, March 1, 2011

Ketinggalan

Salam..

Okeh..banyak cerita & aktiviti yang berlaku sepanjang 2-3 minggu lepas, tapi sampai la ni aku tak hapdet2.. Nak kena buat list ni!

-Mini housewarming
-Mid Valley
-Photoshoot di rumah
-Dinner *ni yang terbaru semalam punya cerita. Tunggu gambar dari Amad*

Sabar-sabar.. Jangan gelojoh rara.. Nanti dah tak ANGGUN dah!
*Sambil-membuat-mata-ke-atas-tangan-di-dada-seperti-gambar-di-bawah*

Hahahaha! Bye!

Monday, February 28, 2011

Manisan Oh Manisan

Salam..

Ouhhhh... Nak kata mengandung, tak.. Tapi kenapa la mulut ni nak makan benda-benda yang susah nak carik.. Serius.. Ini dah boleh dipanggil mengidam dah ni.. Hari-hari terbayang-bayang, teringat-ingat, termimpi-mimpi, terkeluar-keluar air liur sampai basah bantal..

Aduyai.. Si suami pulak asyik 'busy'.. Susah sangat nak layan kerenah si isteri yang comel lagi anggun ni.. :(


                                                                     MACARONS


                                                                           PAVLOVA


                                                                       TRIFFLES


                                                                      MARINGUE

Kan bagus kalau orang kat luar sana jual benda-benda kat atas ni secara online..
Ni tak..Asyik-asyik baju.. Huaaaa!!! Nak semua ni!! Nak makan sampai muntah satu baldi...!!! :(

Wednesday, February 23, 2011

Dr.Fadzilah Kamsah yang cakap


*Note: Sila pakai kanta pembesar atau mikroskop jika penglihatan anda agak terhad*
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ehem2.. Hari ni kan aku tengah dalam mood sedih.. So bila aku baca RAHSIA BULAN KELAHIRAN untuk bulan Disember iaitu bulan aku lahir la kan.. Tiba2 jadi macam gembira & terhibur sikit.. Ada yang betul ada yang kurang betul.. Antara yg ku....rang betul adalah :

No.2 : Bersifat patriotik - That is not true at all.. Aku xtau nak ulas apa pasal ni.. Ha..see.... Nampak sangat yang aku ni bukan la bersifat patriotik sebab aku sampai dah tak leh komen apa dah (-___-)

No.3 : Sangat aktif dalam permainan & pergaulan - Pergaulan tu....memamg sah2 betul! Tak boleh nak sangkal lagi dah.. Betul sangat da tu.. Sangat betul tu.. Da tu betul sangat-sangat! Tapi tang permainan tu aku kurang setuju.. Sebab aku bukanlah seorang atlit yang berjaya.. Tapi........ Lau tang perMAINan dengan en.suami, ligat la! haahahaha!

No.6 : Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi - Ok benda ni memang betul.. Tapi tu time zaman sekolah dulu.. Yela.. Baru nak up kan.. Semua nak cuba.. Sekarang da x dah.. Cool sikit dari dulu ;p

No.11 : Tidak pandai berpura-pura - Ermm aku rasa sepanjang aku pura-pura gila/sedih/gembira/pandai/cacat menjadi je.. hehe!

So kesimpulannya hampir semua kat atas ni betul/hampir betul.. Good Job Dr. :)

Sentap


Sepanjang aku bersama kau hanya kemarahan, kehampaan & kesedihan yang kau berikan kepadaku. Dimanakah kebahagiaan & ketenangan untuk diriku.

Tuesday, February 22, 2011

Tunggu & Lihat

Salam..

Hai korang...Aku dah ada sorang follower la..Gile la..Nak say haiiii kat follower aku yang PERTAMA Miss Lieyna..Mekasih sebab sudi jadik follower saya ye..Nanti saya belanja awak eskem potong :)

(Walaupun blog ni jarang sekali di hapdet..Ada jugak yg sanggup tengok blog ni..Terharunyaaaa.. )

Ok ok..Jangan nak saiko sangat la rara oiii..Aku ni memang jarang nk hapdet blog sebab bukan saja aku bz menguruskan rumah tangga..Ceh! Bajet cam dah ada anak 8..Haha..Tapi disebabkan ade masalah yang xdapat nak dielakkan aku terpaksalah jarang hapdet..Contohnya aku xde kamera..Ha..Selalu kalau orang ade blog ni kan mesti letak gambar kan..

Jadi secara otomatiknya bile da xde kamera maka xde gambar..So bila da xde gambar maka aku pon cam malas nak hapdet blog aku yang anggun ni..Sebab bagi aku peranan gambar untuk alam blog ni sangat penting..Sebab aku ni pembaca blog yang tegar..Jadi bila aku baca blog orang lain aku lebih tertarik jika blog seseorang tu dipenuhi dengan gambar..

Lagi pula aku memang seorang yang suka bergambar..Jadi aku membuat keputusan untuk membeli kameraku sendiri..Yaaayyy!!Bestnya..Nak tau kamera ape yang aku gunakan??Ha..silalah tunggu ye..Sebab aku xdecide lagi kamera ape yg aku nak..Hohoho..Gila kesian kau rara..

Takpe..aku nak survey mana yg terbaik, tercantik, terhebat, teranggun dan yang paling penting termurah..hahaha..Pastu nanti bila aku da beli aku bagitau korang ek..Pastu nanti aku akan lebih bersemangat dan berdedikasi untuk menghapdet blog RARA ANGGUN ni dengan gambar2.. :)

Korang tunggu tauuuuu...Tak sabar la pulak :p

P/s : Korang rasa kamera apa yang best ek skang??Yang mudah dibawa kemana-mana?Suggestion pleaseeee :)