Showing posts with label Myself. Show all posts
Showing posts with label Myself. Show all posts

Tuesday, June 28, 2011

Aku turut bersimpati..

Ye aku turut bersimpati terhadap badan aku.. Kesian dia sekarang dah macam peti surat pos Malaysia dah..godang bebenau.. Dulu badan aku tak macam ni.. Dulu slim mlim bergetah macam Nicole Scherzinger..
Menjadi igauan setiap jejaka.. Tapi sekarang.. Waaaaa! Tak sanggup nak cakap ni kan lagi tengok!

Tu la.. Dulu time kurus semua orang panggil aku aneroksia la tak cukup vitamin la zat besi kurangla kalsium tak cukupla.. Berbagai-bagai kutukan lagi aku dapat.. Takpe aku steady cool je lagi.. Tapi bila nak carik seluar susah pastu baju pun memang susah nak dapat aku berasa sangat sedih.. Ouh kesian aku terlampau kurus.. Pakai seluar jins dengan tali pinggang pun jadi tebal sebab lilit banyak sangat.. Biasala kurus..

Pastu 2bulan sebelum aku kahwin badan aku menunjukkan perkembangan yang positif.. Wahhh.. Seluar dah boleh pakai takde tali pinggang lilit sampai tebal dah.. Baju pun dah tak gabak sangat.. Boleh feeling-feeling badan model.. Tapi.......... Perkembangan badan aku menjadi-jadi luar biasanya.. Yang paling sadis seluar yang dulunya terlebih besar kalau tak pakai tali pinggang konfem terlondeh sekarang bila nak pakai je mesti tersekat kat bahagian peha!

-Sekian kisah sadis aku-

 Dulu badan aku macam ni.. Betul taktipu!

 Kau tengok lengan baju aku.. Ada ruang.. Lengan sebatang je..
2009 - 35kg je..

Baju yang sama dengan baju atas cuma tengok lengan aku.. Pakej tertas benang sekali..
2011 - 54kg (je)

 Bila tengok gambar atas ni rasa simpati teramat sangat kat badan & perut..
Aku perlu buat sesuatu!

Dengan itu marilah amalkan makan yoget FAT FREE..
Moga boleh kurus dan dapatkan berat yang ideal.. Caiyok!
(Padahal tadi dah melantak nasi dengan sup ayam & telur dadar pastu cari pencuci mulut nampak yoget ni) tu yang tiba je kan berkobar konon nak amalkan pemakanan sihat.. Heh!







Tuesday, June 21, 2011

Isnin punya cerita..

Semalam pergi klinik pakar An-nur..Nak check kat Az-zahra paling cepat pun 28haribulan.. Tak larat nak tunggu weiii.. Pastu pergi pukul 10pagi setelnya pukul 4.30 petang! Nak elak lambat kat klinik dengan hospital lain last-last lambat kat klinik An-nur jugak! Niceeeee (-__-)

Macam biasa jawapan yang sama doktor cakap tak ada apa.. Mungkin perubahan hormon.. Bagi ubat lagi.. Makan ubat lagi.. Tapi hasil tetap sama.. Takde kurang pun.. Takpe la nak puas kan hati si suami & family buat jugak cekkap.. Tapi tokojuit aku ubat 2jenis+pepsmia *ntah betul ntak tak aku eja..belasah!* total rm288! Ok.. Tunggu berjam-jam, doktor yang macam taknak layan, ubat 2jenis sangat lah 'murah' untuk harga tu..

Pastu kakak-kakak kesayangan pulak cakap kalau pakar memang macam tu harganya.. Ok bolehla terima.. Mana la aku nak tahu kan.. Baru pestaim kawen weiii.. Muahahaha!

 Oh doktor Fatimah malu la saya dengan awak sebab awak dah tengok saya punya......................................

 Aku datang dari pukul 10 pagi.. (-___-)

 Tak masuk lagi.......

 Main tangkap-tangkap gambar cincin dulu la..

 Tak masuk lagiiiiiiiiiii..........

 Main tangkap-tangkap gambar lagi la...

Pendek cerita semuanya setel dalam pukul 4.30 petang.. Niceeee... Bontot dah keras macam batu.. Perut dah merengek sebab lapar.. Niceeee..
------------------------------------------------------------

 Perut jangan merengek lagi ye..Dah bagi makan sedap dah..
 Humban dalam sungai kalau merengek lagi!







Friday, June 17, 2011

Kamera baru..

Hai korang.. Akhirnya aku ada kamera ku sendiri....!!! Happynya... Hehe.. Kalau sebelum ni aku pinjam kamera adik ipau aku je.. Sadisnya..!

So sampai bila pulak aku nak pinjam je kan.. Pastu aku pun cakap dengan si suami yang aku nak beli kamera.. Nasib la si suami sporting.. Die pun layankan je.. Alhamdulillah.. Rezeki murah lagi dapat la beli kamera..Mula-mula aku nak beli kamera Sony NEX-5.. Yang tu memang terbaik la! Tapi si suami cakap nanti nak masuk dalam henbeg besar sangat.. Serupa beli DSLR je.. Pastu bila aku pikir balik betul gak. Sebab aku memang la akan bawak ke mana je kan.. Maklumlah untuk blog kesayangan jugak.. Heh!

Bila dah belek-belek semua kamera dah mintak pandangan cina tu semua.. Dia pun sejeskan aku dengan kamera yang sekarang ni dah pun jadi milik aku.. Sony DSC-TX.. Latest punya katanya.. Macam-macam function ada weiii.. Yang penting pink kaler okeh.. Jom kita cekkidautt dia punya function :
  • Underwater Sweep Panorama

  • iSweep Panorama and 3D Still Image

  • “Exmor R” CMOS Sensor

  • AVCHD Full HD movie recording

  • Water-proof (up to 5 meters)

  • 25mm wide angle Carl Zeiss® Vario-Tessar lens


  • NEX-5 akan aku dapatkan kau nanti..

    Kaler hijau pun cantik.. Tapi aku tetap dengan pink!


     Taraaaa!! Ni la kameraku.. Siap basah-basah gitu.. Bayangkan Megan Fox macam dalam Tranfomers.. Lebih kurang cenggini la ghupenye..

    Kita cekkidauttt hasil gambar dari kamera ni pulak..

    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .




    Banyak lagi nak kena setting Sizuka ni.. Tak habis belajar lagi ni.. Aku rasa kaler kena terangkan sikit.. Aku tengok cam gelap je gambar-gambar atas ni.. Tapi yang pastinya kamera ni best!
    Oh lupa nak bagitahu yang Sizuka ni nama kamera aku.. Cukup gedik tak.. Muahahaha! Okbye!





    Monday, June 13, 2011

    Tabah..

    Bahan-bahan, jenis-jenis dan cara yang selalu/biasa digunakan :

    PATUNG
    Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut.

     
    SANTAU
    Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir.


     
    TELUR LAYANG
    Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.


     
    TANGKAL & AZIMAT
    Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za'faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.


     
    SIHIR PEMBENCI & KASIH SAYANG
    Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati.


    Untuk info lanjut :
    Ilmu hitam
    Sihir
    Santau

    (Ya Allah ya tuhanku.. Kau tabahkanlah hatiku dan kuatkan semangatku untuk menghadapi segala cubaan dan dugaan yang datang padaku.. Jika ini ujian yang Kau berikan kepadaku, aku redha tapi Kau jauhkanlah segala perkara-perkara jahat dan hasad dengki dari menimpa keluarga dan insan-insan yang aku sayang.. Amin)

    p/s : Beruntung sebab aku ada suami, keluarga dan teman-teman yang sentiasa ada dengan aku disaat suka duka susah dan senang.. :)

    Wednesday, April 13, 2011

    OH! Opisku syurgaku..

    Geli pulak tengok tajuk post aku ni.. Ramai membe aku tak percaya aku dah kerja sekarang.. Dorang ingat aku tipu-tipu.. Eiiii! Korang ingat aku tak layak dapat kerja ke.. Tu la.. Dulu panggil lagi aku otak mereng.. Tengok sekarang siapa pegang duit sendiri dulu.. Apa barang enjoy pakai duit mak bapak.. Huahuahua.. *gila riak*

    Meh-meh aku nak tunjuk korang ruang tempat kerja seorang WANITA yang bergelar receptionist.. *gila riak ingatkan jadi pegawai tadi, rupanya recept je* huahuahua!


    Jakun aku masa tengok Lat haritu tak habis lagi.. Siap buat desktop background tuuu...

    Share partner aku.. *tak boleh blah ayat*

    Bagus hari ni surat khabar tak hilang..

    Uuuuiiiiihhhh! Petang-petang layan Sejuta Cinta Marshanda dengan Marimar..

    Dari tadi muka dia half je kan? Sabar.. Sabar.. Kejap lagi aku tunjuk muka dia..
    Kasi saspen sikit..

    Korang ingat aku tak pandai bercucuk tanam ke..
    Ni la hasilnya aku bajakan, siramkan, manjakan..
    Segar bugar, bunga kembang mekar, daun tu.......hijau...... fresh je.. buat ulam ok gak..

    Kat Miros ni aku sorang je dapat kolam air pancut ni.. Speshel speshel..
    Agak-agak air kat Miros habis aku minum je air ni.. Apa ada hal..
    Batu tu aku buat main batu nisan seremban.. Apa ada hal..

    Britney, Rihanna, Avril, Justin, Micheal.. Ok cukup anak ikan aku..

    Taadaa! Ni la wajah misteri yang dok pandang tepi je dari tadi..
    Ni latest punya stok.. Masuk ni dah 3 orang tukar jadi partner aku..
     Aku je yang setia duduk kat lobi Miros ni.. Sadis.. Sadis.. (-__-)

    Ok.. Aku rasa tu je kot.. Dah takde apa dah aku rasa.. Apa?? Nak lagi?? Tak puas??
    Aisshh.. Takkan tak puas lagi kot.. Dah banyak dah ni.. Ok ok.. Aku bagi lagi.. Tapi janji korang jangan nak komen pape.. Diam je.. Janji?? Janji?? Ok.. Aku bagi lagi la.. Hehe!


























    Betul ni?? Jangan komen pape ekk.. Janji?? janji??










































    Janji????????????????????????? Ok ok.. Aku bagi..



    Cantik

     
    Menarik

     
    Tertarik

     
    Aku memang

     
    Da BOMB!!
    Hee.....*nada sengau* Nak buat gaya apa lagi....

     Hambek kau.. Huahuahua!

     Ok nak masuk boby builder bila bersara nanti..

     Segak bergaya mutu keunggulan itulah gayaku..
    Bagi gambar ayu sikitla.. Tengok bawah..
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .

     Cukup ayu? Abaikan gigi aku tu...

     Ada bakat jadi model ni.. Huahuahua!

    Last sekali biarlah bertamadun sikit..

    Okbye!









    

    Wednesday, February 23, 2011

    Dr.Fadzilah Kamsah yang cakap


    *Note: Sila pakai kanta pembesar atau mikroskop jika penglihatan anda agak terhad*
    -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    Ehem2.. Hari ni kan aku tengah dalam mood sedih.. So bila aku baca RAHSIA BULAN KELAHIRAN untuk bulan Disember iaitu bulan aku lahir la kan.. Tiba2 jadi macam gembira & terhibur sikit.. Ada yang betul ada yang kurang betul.. Antara yg ku....rang betul adalah :

    No.2 : Bersifat patriotik - That is not true at all.. Aku xtau nak ulas apa pasal ni.. Ha..see.... Nampak sangat yang aku ni bukan la bersifat patriotik sebab aku sampai dah tak leh komen apa dah (-___-)

    No.3 : Sangat aktif dalam permainan & pergaulan - Pergaulan tu....memamg sah2 betul! Tak boleh nak sangkal lagi dah.. Betul sangat da tu.. Sangat betul tu.. Da tu betul sangat-sangat! Tapi tang permainan tu aku kurang setuju.. Sebab aku bukanlah seorang atlit yang berjaya.. Tapi........ Lau tang perMAINan dengan en.suami, ligat la! haahahaha!

    No.6 : Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi - Ok benda ni memang betul.. Tapi tu time zaman sekolah dulu.. Yela.. Baru nak up kan.. Semua nak cuba.. Sekarang da x dah.. Cool sikit dari dulu ;p

    No.11 : Tidak pandai berpura-pura - Ermm aku rasa sepanjang aku pura-pura gila/sedih/gembira/pandai/cacat menjadi je.. hehe!

    So kesimpulannya hampir semua kat atas ni betul/hampir betul.. Good Job Dr. :)