Wednesday, November 24, 2010

Rumah terbakar nampak asapnya.Hati terbakar........

Salam..

Malas nak update tapi banyak yang nak cerita..Banyak dugaan yg datang dalam hidup manusia..Lumrah kehidupan..Tidak dapat dinafikan..Ade yg besar, ade juga yg kecil..Dugaan datang dan pergi..Setiap dugaan dan masalah ada penyelesaiannya..Tapi bagi diriku..Tiada siapa yg tahu perasaan,dugaan dan masalah yg aku hadapi..

Aku sangat merinduimu mama..Kau pergi terlalu cepat..meninggalkan aku dan adik-adik yg masih kecil..Masih mentah untuk memahami dan menghadapi cabaran hidup di dunia..Aku juga begitu..Aku cuba untuk kuatkan semangat untuk menghadapi cabaran-cabaran yg mendatang..

Tapi sekarang aku lemah..Aku keseorangan..Aku lemah tanpamu mama!Hubungan ku dengan baba semakin hari semakin renggang..Tidak tahu mana silapnya..,setiap hari kami akan bermasam muka dan bergaduh..Aku tahu, berdosa kalau aku melawan ayahku sendiri..Tapi seperti ada api dan dendam di antara kami berdua..Semuanya menjadi semakin teruk bila baba mengahwini Nurul..Gadis indonesia yg berumur 23tahun!

Jujur ku katakan..Aku masih tidak boleh menerima wanita itu dalam keluargaku..Tidak tahu mengapa..Bagiku dia lah penyebab hubungan ku dan baba menjadi renggang..
Baba selalu membela dia..Melebih-lebihkan dia!Aku tahu dia isteri baba..Tapi aku juga anaknya..Semua orang kata kenapa aku mahu sibuk dengan urusan dia dan baba..Biarkan..Dia kan isteri baba kau sekarang..Biarla baba nak habiskan duit dia kat isteri barunya..Kenapa kau DENGKI??

Aku DENGKI??Aku??Meraka tahu apa yg terjadi dalam keluargaku?Tahu masalah dalam keluargaku?Yang mereka tahu hanya mencari kesalah dan keburukan sahaja!
Mereka tidak pernah mengambil tahu perasaan ku..Baba..Baba tidak pernah langsung mahu mengambil tahu dan memikirkan apa yg aku rasakan!apa yang dia tahu,cuma dia saja yg betul!Tak pernah langsung ke dia fikir apa yg dia keluarkan,cakapkan dan salahkan aku tu,sebenarnya dia yg buat!bukan aku!!

Terlalu banyak masalah dan dugaan yg perlu aku lalui dan tempuh seorang diri..Aku hanya mampu tersenyum dan ceria untuk menghiburkan hatiku sendiri..Tapi caraku untuk menghilangkan kesedihan di hati,disalah tafsir.. Lagi....
Orang disekeliling mencari salahku dengan mempertikaikan kenapa aku gembira,tidak mahu langsung memikirkan masalah keluarga ku..Hmm..Mereka hanya reti bercakap sesuka hati sahaja tanpa berfikir dengan betul..

Mama..Aku perlukan kau..Sangat memerlukan kau..
Sakit,sedih,kecewa,derita aku sendirian..
Tiada siapa yg tahu..
Aku memerlukan mu.. MAMA...........

No comments:

Post a Comment