Thursday, March 31, 2011

Dalam pembikinan..

Semalam habis kerja terus balik rumah.. Pastu tengok pagar rumah yang dipasang dari pagi tak siap-siap lagi.. Angin aku..

Nama saya Saiff.. Saya masuk Malaysia semata-mata untuk mendapatkan baju kadet remaja sekolah untuk menampakkan yang saya masih remaja.

Tuuuu dia! Tunjuk bakat sikit.. Dinding pink bakul pink pencuci pink softner pun pink.. Lantakkkkk....

Bagi closed up sikit la.. Hehe..

Ni pagar tingkap belakang.. Belum siap lagi.. Angin aku la haih!

Pagar pintu belakang.. Bawah tu tutup konon taknak bagi binatang masuk..

Aku tak rasa la pagar-pagar ni cantik.. Sebab aku nak pagar yang melingkar-lingkar berbunga-bunga berpusing-pusing berpintal-pintal berpinar-pinar biji mata kalau tengok.. Pendek kata *aku la tu* nak pagar rumah macam datin Milah punya tuuuu..

Tapi si suami taknak pulak.. Dia kata macam rumah apa entah.. Taste orang tua dah ketinggalan zaman.. Dia nak simple je.. Nak baris-baris cam kat atas tu haaa.. Warna putih.. Lebih moden lagi terkini katanya.. Takpe la.. Kita tengokla bila dah siap nanti.. Fuh!fuh! Mintak-mintak la anggun cam aku pagar tu.. Wawawa!

Akhir sekali terimalah gambar yang paling anggun abad ini :

Aku tunjal kepala korang kalau cakap aku tak anggun..

Okbye!

Wednesday, March 30, 2011

Syukur :)

Syukur Alhamdulillah..

Baru 3bulan aku kahwin.. Tapi tuhan murahkan rezeki aku dengan suami.. Ada rumah sendiri.. Alhamdulillah.. Hihi..

Semalam sofa baru, sampai rumah baru.. Agak mahal.. Tapi dah rezeki dapat jugak miliki.. Alhamdulillah.. Hihi..

Hari ni pasang aircond dengan pasang pagar rumah.. Murah lagi rezeki.. Alhamdulillah.. Hihi..

Hujung minggu ni tak pun minggu depan pasang kabinet dapur pulak.. Alhamdulillah.. Hihi.. Terima kasih kat cik Adda sebab banyak tolong.. Nanti awak kena datang tengok tau.. Hihi :)

*Nyampah lak aku banyak sangat hihi!*

Dan untuk kakak-kakak H2M,
terima kasih jugak sebab banyak bagi nasihat, semangat, dorongan dan sokongan kat Rara bila Rara ada masalah n tengah sedih.. Korang baik sangat dengan Rara sepanjang kita kenal ni.. Walaupun baru lagi tapi banyak kenangan dengan korang yang tak akan Rara lupa sampai bila-bila.. Sayang korang sendat-sendat : kak Dayah, kak Liya, Kak shila, kak Uyah, kak Adda, kak Hawa, kak Epah & ibu.. :)

Hai cik sofa.. Selamat jadi keluarga baru aku dan suami *eceh ayat aku*

p/s : Aku tak ada niat untuk menunjuk-nunjuk jauh sekali meninggi diri *sebab aku pendek je pun!* Sekadar untuk berkongsi kegembiraan bersama.. :)

H2M stands for HOT2 MANJA.. Cukup gedik tak kitorang? hahaha!
Okbye!

Tuesday, March 29, 2011

Suami aku cakap nanti aku kena kencing manis..

Kisahnya bermula apabila aku sedang menjamah whipped cream tetiba si suami berkata 'kang kena kencing manis potong kaki tu baru tau.' Marah sungguh dia kalau aku makan whipped cream semata-mata.. Jadi untuk menyedapkan hati si suami aku ke dapur mencari apa yang ada untuk dimakan dengan whipped cream kesayangan.. 'Eh....Ada koko krunch la..' bisik hati kecilku..
*Ayat tak boleh blah* saja nak buat macam tengah tulis karangan masa form3..







Rasa macam pavlova pulak.. Ingatkan kalau buat macam ni tak kena marah.. Rupanya.... 'Ha..kalau tadi kena potong 1 kaki yang ni kena potong 2 kaki pulak.'
Hampeh betul la suami aku ni (-__-')

Akhir kata persembahkan......

Muka macam makcik Poh jual sayur dekat pasar malam yang bukak tiap hari Selasa dengan Sabtu tu.. Ni lah rumah baru aku yang tak habis kemas lagi.. Hehe..

P/s : Perasan tak yang aku asyik cakap pasal makan je sekarang. Ho0o0oheemmmjiiiii !!

Monday, March 28, 2011

Dear red velvet,

Red velvet cake

Red velvet cupcake

Tengok gambar kau je dah meleleh air liur dengan hingus-hingus aku ni ha.. Siap kau! Kau akan ada dalam perut aku tak lama lagi.. Huahuahauahau!!!

Kau betul-betul bawak penyakit!

JERING!
Ye jering! Pasal jering aku kentut tak berhenti, cirit birit, sakit perut, sendawa bau jering, cakap bau jering, buang air kecil bau jering *sopan tak aku bagi hint nak bagitahu pasal kencing* ok kau memang tak senonoh pompan! Soriiii..

Siapa yang tak tahu jering tu apa.. Jenama basikal kah, jenama periuk kah,binatang kah, apa kah.. Biar aku tunjuk.. Ni ha kat bawah ni.. Ni la benda yang buat aku menderita hari ni! Huhu..

Jering ni ulam kan? Ahh.. Lantaklah ulam ke buah ke bijirin ke janji kalau dah buat...............
Jering goreng cili api dengan ikan bilis layan gak weiiiii...

Sebenarnya sebelum ni aku tak pernah tahu nama benda ni jering.. Inikan lagi nak makan memang tak ahh.. Tapi si suami ni pulak lain cerita.. Hantu jering weiii.. Fanatik obses betul dengan jering ni.. Jadi secara sengaja atau tidak disengajakan aku pun terjebak dengan aktiviti makan jering yang tak bermoral ni.. Apa kena mengena tak bermoral.. Lantak kau lah pompan..

Jadi akibatnya haaaa!! Hambek kau!! Tercirit-cirit aku dibuatnya.. Sob sob..
Dah!! Lepas ni KATAKAN TIDAK PADA JERING! Tobat taknak dah.. Aku benci kau jering..! *Gila emo aku weiii!*


Friday, March 25, 2011

Dulu 2 mata sekarang 4 mata

Melayang rm200 aku buat sepek mata.. Memang dari sebelum ni tak nampak sangat.. Tapi konon-konon nak bajet anggun kalau pakai sepek mata dah tak anggun last-last kena pakai jugak sebab kepala dah lama pening.. Tulisan jangan cakap la bukan double bukan triple tapi dah sampai marble dah aku nampak tulisan tu.. Kesian mata aku dulu 2 sekarang 4..

Kalau yang ni konfem suami aku tak nak mengaku aku isteri dia.. Gigi aku memang berterabur pun.. Tak yah la korang pelik sangat..
Aku la kembar Mrs Hew.. Cuma aku lagi anggun and kurus sikit dari dia..

Tadaaaadadadada! Anggun kan anggun kan anggun kan.....
Tunjal muka kau kalau kau cakap aku tak anggun..

Atas ni la sepek pilihan..Mahal sampai rm200 sebab jenama Spoon.. Aku tak pernah dengar pun jenama ni.. So bagi aku ni jenama CAP AYAM je.. Tu yang terus pikir kenapa jenama cap ayam ni mahal? huhu..


Ntah tetiba datang jakun ngan gila meroyan aku terus beli tak survey mana-mana tempat.. Kalau survey banyak tempat mesti boleh dapat lagi murah (-__-)

Tapi tak pe la.. Jodoh aku kat kedai sepek tu nak buat macam mana.. Janji boleh buat masa baca *membaca ke kau* dengan drive.. (Ayat nak bagi sedap hati)

p/s : kenapa tak ada sepek jenama knife ke fork ke plate ke bowl ke.. Ok tak kelakar la ngok!


Ayam pak cik Kenny

Semalam lepas balik kerja pergi Metro Point teman cik Adda pergi beli barang.. Lepas dah setel semua kitorang buang duit dekat Kenny Rogers pulak.. Maklumlah baru dapat gaji makan mahal sikit la.. Sikit je la mahalnya.. Tak mampu nak mahal banyak-banyak..

Suprise!! Ada si suami sekali la.. Kalau muka aku tu korang abaikan je la..
Kalau bapak mentua aku nampak aku camni terangkat kain pelekat dia.. Biasa depan mentua kena sopan sehabis mungkin..

 Dapat anak bila dah besar hari-hari nak bawak makan sini
*Gila jakun*

Bride & Groom to be ;)

Aku, suami ngan cik Adda lebih kurang sama je kitorang punya..
Tapi Amad punya....

Dia sorang je dah half.. Badan kecik nafsu makan uuuuaiiiii...!

Lepas dah makan aku buat upacara penghormatan terakhir untuk selipar aku yang tiba-tiba boleh pulak dia putus depan orang ramai.. Watdehek!

Bersemadi lah dikau dengan aman di rumput Metro Point..
R.I.P Roxy bt Ciplak

Thursday, March 24, 2011

Peniru, ditiru, meniru.. Daaagghhhh !

Eh.. Dia yang meniru cakap aku pulak yang meniru dia.. *Amboi kau Kiah..Kemain nak mengata ye..Tak pandang kiri kanan dulu bila nak bercakap!*  Tidak kot.. Aku rasa dia tu yang banyak buat benda yang aku cakap, aku nak buat dan dah buat..

Dia yang meniru aku yang ditiru ataupun dia tertiru aku yang meniru dia yang ditiru tertiru oleh aku yang ditiru oleh dia yang meniru aku?? Siapa meniru siapa ditiru siapa pula tertiru? Pokok pangkalnya..............

Ha.. Nah Kiah.. Aku bagi kau cermin sikit punya eksklusif untuk kau cermin diri tu.. Eh tak jadi la nak bagi kau.. Kita kongsi-kongsi ye.. Kita cermin diri masing-masing dulu ye.

Ok..Bye ! :)

Wednesday, March 23, 2011

Basikal PINK untuk KP

Pagi ni KP aku dapat basikal.. Warna PINK lagi tu.. Suuwit nyahhh.. Tapi tak sempat nak tangkap gambar.. Sebab aku nak pergi bekpes..


Ha.. Lebih kurang macam ni la basikal tu.. Cuma basikal yang KP dapat ada tempat duduk belakang pastu ada enjin.. So tak payah susah payah nak mengayuh.. Fuyo0o0o ! Gila dasyaattttt...... !


Kalau KP naik basikal tu dengan baju batik warna pink mesti cute gila.. Haha! Ok.. Tak kelakar rara  (-,-)

Tuesday, March 22, 2011

Nuovo

Header baru page baru dah tak ada bunga-bunga pink makngah sampai nak terkeluar biji mata.. Tak ada semak-semak dah.. Tenang dulu.. :)

Rindu Mama

Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba air mata aku ni mengalir.. *Adakah ini petanda aku dah gila* Tidak! Ni sebab aku rindu dekat arwah mama..

:'(

Wira kabinet & Dilmi restoran

Semalam lepas balik kerja aku dengan cik Adda pergi kedai kabinet dekat Bangi.. Nak buat kabinet dapur untuk rumah baru.. :)




                                     

Kelebihan bawak cik Adda ni haa... Aku paksa dia pilih design ngan warna untuk dapur aku.. hehe!

Lepas dah buat design dah pilih warna dah pilih barang dah pilih harga dah gaduh dengan apek tu mintak harga murah dah buat nasi paprik apek tu dari panas sampai jadi sejuk.. Aku pun setuju la yang design dapur aku nanti macam..........tunggu dapur aku siap dulu la.. ngehngeh! =D

Table top

Warna kabinet

Lepas dah 3jam setengah bertapa kat Wira kitchen tu kitorang pun gerak la balik Kajang.. Singgah makan kat Dilmi dulu.. Ni 1st time cik Adda kita makan kat kedai Dilmi ni.. Aku cakap ngan korang tomyam dia, uuuuaiiiiii mak mentua lalu pun tak perasan!

Kat atas ni lauk yang aku makan.. SIKIT JE.. Tak boleh makan banyak-banyak..
Aku kan tengah diet.. Cik Adda kita makan bihun tomyam tu yang mangkuk setengah je tu dalam gambar..

 Nampak tu.. Dia dah tak pandang kiri kanan depan belakang dah.. Dasyaaattttt tak dasyaaaattt tomyam Dilmi ni..

Tu je nak bagitahu..Cik Adda mekasih sebab sudi teman saya ye.. :)
K bye!

Monday, March 21, 2011

Hadiah pengantin lama

Selamat pengantin 'baru' untuk kak Dayah & Kak Hawa

Lambat pulak aku bagi hadiah sebab dorang bagi hadiah kat aku pun lambat.. Boleh? haha!

Jam yang baru beli hari Sabtu lepas balik dari kenduri Pian untuk pengantin lama..

Emak kahwinkan Pian

*Cerita Sabtu*

Hari Sabtu lepas hari Jumaat sebelum hari Ahad pergi kenduri kahwin Pina Pian dekat Bandar Bukit Mahkota..

Amboi pakcik ngan makcik seleranya makan sampai kamera pun tak pandang..

Orang cakap muka kami sama? Biar benar.. Dia cantik aku tak.. Eh! Anggun kot kau rara.. haha!

Cik Adda yang sama unggu..

Adib aktif sampai gambar dia jadi blurr..

Lat si Bulat

*Cerita Jumaat*

Rezeki aku dengan si suami dapat tiket free pergi teater Lat.. Terima kasih dekat Kak Dayah & Seli sebab bagi tiket tu.. Anggap hadiah sempena 3bulan genap kami kahwin :)

Tangkap gambar pandang bawah sebab si suami nyorok-nyorok takut kena tegur..
*kami kan jakun* ha!

Tak ambik pun sign dorang sebab sibuk nak jadi stalker
*gila jakun lagi*

Pastu boleh pulak jumpa dengan si manisYasmin Hani & si cantik Sofea Jane

Gambar tak cantik sebab guna kamera hp murah =_=
*jakun tahap babun sebab tak malu keluarkan hp murah pastu ajak dorang tangkap gambar*

Tak dapat tangkap gambar dengan Dato Lat bergambar dengan hasil karya pun jadi..

 Cekak pinggang

 Sorok papan

 Tumpang naik

 Cekak pinggang II

Roti dua

*Gila melampau dilampau terlampau jakun malam tu*
Apa aku peduli..K bye!