Ye jering! Pasal jering aku kentut tak berhenti, cirit birit, sakit perut, sendawa bau jering, cakap bau jering, buang air kecil bau jering *sopan tak aku bagi hint nak bagitahu pasal kencing* ok kau memang tak senonoh pompan! Soriiii..
Siapa yang tak tahu jering tu apa.. Jenama basikal kah, jenama periuk kah,binatang kah, apa kah.. Biar aku tunjuk.. Ni ha kat bawah ni.. Ni la benda yang buat aku menderita hari ni! Huhu..
Jering ni ulam kan? Ahh.. Lantaklah ulam ke buah ke bijirin ke janji kalau dah buat...............
Jering goreng cili api dengan ikan bilis layan gak weiiiii...
Sebenarnya sebelum ni aku tak pernah tahu nama benda ni jering.. Inikan lagi nak makan memang tak ahh.. Tapi si suami ni pulak lain cerita.. Hantu jering weiii.. Fanatik obses betul dengan jering ni.. Jadi secara sengaja atau tidak disengajakan aku pun terjebak dengan aktiviti makan jering yang tak bermoral ni.. Apa kena mengena tak bermoral.. Lantak kau lah pompan..
Jadi akibatnya haaaa!! Hambek kau!! Tercirit-cirit aku dibuatnya.. Sob sob..
Dah!! Lepas ni KATAKAN TIDAK PADA JERING! Tobat taknak dah.. Aku benci kau jering..! *Gila emo aku weiii!*
No comments:
Post a Comment