Showing posts with label Info semasa. Show all posts
Showing posts with label Info semasa. Show all posts

Monday, August 22, 2011

Jangan disalah tafsirkan..

Assalammualaikum..

Pejam celik pejam celik minggu ni minggu last kita berpuasa.. Minggu depan dah bulan syawal.. Setan-setan pun akan dilepaskan tak lama lagi.. Aishhh tak suka la kalau setan-setan ni dah kacau hidup manusia ni.. Huru hara jadinya.. Ok aku pon tak paham apa kena mengena setan dengan entri aku kali ni.. (-__-')

Dah tukar topik.. Pejam celik pejam celik dah ada 30orang pengikut hot-hot yang mengikuti blog murahan aku ni.. Tak ramai pun.. Tak gempak macam blogger lain yang dah ada pengikut sampai belas ribu puluh ribu tu.. Tapi ok la dari tak ada kan.. Kira takde la aku syok sendiri dalam blog murahan ni.. Hoho.. Harini tetiba aku nak buat entri khas untuk blog aku.. Poyo-poyo la sikit kan bajet macam tigapuluhribu dah pengikut siap nak buat entri macam ni..

Baiklah ingin aku tegaskan di sini bahawa blog aku ni adalah blog mengenai diri aku, kehidupan sehari-hari aku, keluarga dan kawan-kawan aku.. Apa je yang jadi dalam hidup aku akan aku taipkan dalam blog murahan ni selagi aku rasa benda tu boleh dibaca untuk korang-korang semua baca.. Hmmm..Aku rasa hampir semua benda aku taip dalam blog ni *kecuali masalah rumahtangga aku..

So bila korang bukak je blog murahan ni korang akan baca dan tengok apa aktiviti aku dan apa benda-benda baru dalam hidup aku.. Jangan sesekali disalah tafsirkan tujuan aku bercerita dan meletak segala macam gambar sebagai menunjuk-nunjuk.. Lagipun bukanlah hebat pun corak kehidupan aku ni.. Sekadar mahu berkongsi kegembiraan dan luahan perasaan aku bersama korang semua.. Itu saja niat aku..

Kalau lah aku tak bercerita semua tu habis apa guna blog raraanggun (murahan) ni.. Sebab dah terang-terang blog aku ni bukanlah blog fesyen, masak/makan, gosip mahupun sukan.. Sebabnya ni blog tentang kehidupan aku kira macam diari la konon bezanya cuma aku menaip bukan menulis dan korang semua boleh baca.. Macam pepatah yang digunakan oleh cikEpal blogger femes tu 'MY BLOG IS UNEDITED VERSION OF MYSELF'.. Lebih kurang gitula bunyinya..

Jadi kepada sesiapa yang rasa meluat, menyampah rasa nak bakor je PC korang bila baca blog murahan ni, aku bukan nak bersikap kurang sopan jauh sekali bersikap sombong tapi korang tak perlula nak baca blog murahan ni lagi.. Nanti kalau baca buat korang meluat je pastu kutuk-kutuk aku kat orang lain buat apakan.. Kang free-free je aku dapat pahala korang.. Ok aku akhiri karangan merapu aku ni dengan menyatakan aku bangga menjadi anggun diriku sendiri.. Okbye! :)




Tuesday, July 26, 2011

Apa la nak jadi dengan aku ni..

Ya tuhan... Aku pun tak tahu la apa nak jadi dengan aku sekarang ni.. Beriya nau malas sekarang.. Nak kata pembawakan budak aku tak mengandung lagi.. Ke memang dah azali terang lagi bersuluh yang aku ni pemalas.. Fine aku mengaku la memang aku malas.. Tapi korang janganla salahkan aku sesungguhnya aku ni memang busy bak kata orang putih.. Seleberiti la katakannnn..

Ok harini aku nak hapdet cerita yang kalau ada ulat sampah dah jadi lalat betina siap bertelur, telur tu siap jadi ulat sampah pastu lalat betina tadi dah jadi mak lalat kat ulat-ulat sampah yang dia telurkan tadi tu..
punya la panjang mukaddimah aku nak menunjukkan betapa lamanya cerita yang aku nak hapdet harini.. Sadisss.. Wattuduuu.. Seleberiti kannn.. Camni la.. aku akan start cerita dari yang lama ke yang baru harini.. ikut turutan ye.. Kita mulakan sekarang..

Dulu tu.. Iishh tak boleh cakap hari tu sebab dah lama jadi.. Ofis aku ada buat wacana 1Malaysia.. Ala sebab isu BERSIH 2.0 tu la.. Tu yang semua jabatan kerajaan kena ada wacana 1Malaysia ni.. Kira nak bagi kesedaran kat masyarakat kita yang tak kenal erti syukur ni.. Kenapa nak kena ada demonstrasi jalanan macam tu??!! Nak kan kebebasan yang macam mana lagi??!! Mahu peristiwa 13Mei1963 berulang??!!
Tapi bukan aku cakap la.. Orang yang talk tu yang cakap camni.. Aku ulang tayang balik apa yang dia cakap..


 Ha abang ni la yang cakap camtu.. Aku tak cakap pape..
Kalau ada orang BERSIH kat sini nak kondem, kondem abang ni.. Jangan kondem aku..

 Aisshhh! Harus la ada gambar owner blog yang anggun ni kan..

 Antara negara yang join BERSIH.. Gambar ni pun aku dapat dari abang atas tu..
Entah betul entah tak aku tak amik tau.. Janji aku hapdet belog aku..



Tuesday, June 28, 2011

Aku turut bersimpati..

Ye aku turut bersimpati terhadap badan aku.. Kesian dia sekarang dah macam peti surat pos Malaysia dah..godang bebenau.. Dulu badan aku tak macam ni.. Dulu slim mlim bergetah macam Nicole Scherzinger..
Menjadi igauan setiap jejaka.. Tapi sekarang.. Waaaaa! Tak sanggup nak cakap ni kan lagi tengok!

Tu la.. Dulu time kurus semua orang panggil aku aneroksia la tak cukup vitamin la zat besi kurangla kalsium tak cukupla.. Berbagai-bagai kutukan lagi aku dapat.. Takpe aku steady cool je lagi.. Tapi bila nak carik seluar susah pastu baju pun memang susah nak dapat aku berasa sangat sedih.. Ouh kesian aku terlampau kurus.. Pakai seluar jins dengan tali pinggang pun jadi tebal sebab lilit banyak sangat.. Biasala kurus..

Pastu 2bulan sebelum aku kahwin badan aku menunjukkan perkembangan yang positif.. Wahhh.. Seluar dah boleh pakai takde tali pinggang lilit sampai tebal dah.. Baju pun dah tak gabak sangat.. Boleh feeling-feeling badan model.. Tapi.......... Perkembangan badan aku menjadi-jadi luar biasanya.. Yang paling sadis seluar yang dulunya terlebih besar kalau tak pakai tali pinggang konfem terlondeh sekarang bila nak pakai je mesti tersekat kat bahagian peha!

-Sekian kisah sadis aku-

 Dulu badan aku macam ni.. Betul taktipu!

 Kau tengok lengan baju aku.. Ada ruang.. Lengan sebatang je..
2009 - 35kg je..

Baju yang sama dengan baju atas cuma tengok lengan aku.. Pakej tertas benang sekali..
2011 - 54kg (je)

 Bila tengok gambar atas ni rasa simpati teramat sangat kat badan & perut..
Aku perlu buat sesuatu!

Dengan itu marilah amalkan makan yoget FAT FREE..
Moga boleh kurus dan dapatkan berat yang ideal.. Caiyok!
(Padahal tadi dah melantak nasi dengan sup ayam & telur dadar pastu cari pencuci mulut nampak yoget ni) tu yang tiba je kan berkobar konon nak amalkan pemakanan sihat.. Heh!







Wednesday, June 15, 2011

Agama suci yang dihina..

Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah.

Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah.

Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.

Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.

Tokoh agama yang juga penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati.

Devil May Cry 3

Satu adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yang menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata dan yang membukakan pintu tersebut adalah karaker c.g.i. yang telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu hitam yang sememangnya Islam melarang amalan itu.

Ayat karaker c.g.i. itu ada membaca ayat, kalau tak silap lebih kurang begini permulaannya.
(Diterjemahkan dalam bahasa Melayu)
"wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan"

dan karaker itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya. Kalau tak silap kitab bible. Pasal di akhir scene karaker tersebut ada menyebut 7 ayat kemusnahan yg tercatit didalam bible.

"Wrath, Sloth, Lust, Gluttony, Greed, Pride dan akhir sekali Envy".

 Clive Barker Undying

Permainan ini mengisahkan tentang perlawanan dengan syaitan. Tetapi ianya menggambarkan dalam istana yang diduduki syaitan itu terdapat nama-nama Allah di dinding istana tersebut. Ini seolah-olah menggambarkan bahawa sesiapa yang menyembah Allah itu adalah sekutu syaitan.



Berita mengenai permainan ini dirampas:

Permainan Undying dirampas kerana hina Islam!
PERISIAN permainan komputer Clive Barker, Undying telah dirampas dalam operasi di sebuah pusat beli-belah di Kelang baru-baru ini kerana memaparkan beberapa perkataan dipercayai dipetik daripada al-Quran. Penolong Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Abdul Malek Ramli, berkata pihaknya merampas 50 keping cakera padat dari tiga premis di pusat beli-belah itu, hasil maklumat orang awam. Permainan itu mengisahkan watak utama, Clive Baker mengunjungi istana yang penuh ukiran artistik bercorak Islam termasuk ayat Al-Quran, yang dikuasai hantu dan syaitan.

Pemain permainan itu, menerusi watak Clive Baker perlu membunuh semua hantu dan syaitan bagi memperolehi sejenis tangkal bagi menghidupkan semula pemilik istana. Dalam laporan eMedia/Berita Harian yang disiarkan baru-baru ini Abdul Malek berkata, perisian cakera padat dipercayai cetak rompak yang dijual dengan harga RM10 itu, menggambarkan seolah-olah Islam berkompromi dengan syaitan.

Jika terbeli, beliau berkata, ibu bapa beragama Islam dinasihati memulangkan cakera padat itu kepada JAIS kerana ia boleh menpengaruhi kanak-kanak, selain menyalahi undang-undang.

Mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, mana-mana orang Islam yang memiliki, menyimpan atau menjual bahan menghina Islam boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda RM5,000 ataupun kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Hukuman bagi orang bukan Islam yang terbukti menyimpan, menjual atau memiliki bahan itu, akan dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri.

Abdul Malek berkata, JAIS juga menerima dakwaan orang awam mengatakan, perkataan Allah dalam abjad jawi, timbul setiap kali Clive membunuh syaitan tertentu. “Jais masih menjalankan siasatan lanjut mengenai perisian itu dan ia mungkin mengambil masa tetapi serbuan terhadap premis lain akan dibuat secepat mungkin,” katanya.

 Zack And Wiki

Luahan dari seorang gamer Wii:

Sebagai Avid seorang gamer Wii, saya sedang melihat trailer video game ini dan beberapa gameplay dari Zack and Wiki. Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga Muslim dan melawat Pakistan beberapa kali. Oleh kerana itu, saya boleh mengatakan bahawa pada minit ke 0:20 dan 0:44 saat dalam video ini, anda boleh mendengar penghuni pulau sedang berdoa dengan suara panggilan Muslim untuk berdoa, "Allahu Akbar", dan kemudian meniru cara doa. Aneh dan agak mengerikan, saya sangat berharap laungan itu bersifat sementara sebelum diganti ke suara lain. Walaubagaimanapun, mengapa game tersebut dapat tempat pertama di sana?

Tindakan yang dibuat:
The Council of American-Islamic Relations (CAIR) has announced that Capcom has removed what CAIR calls a "common Islamic phrase" from Zack & Wiki: Quest for Barbaros' Treasure on the Wii. The phrase's removal comes following complaints from CAIR and others.

The phrase in question is "Allahu akbar" ("God is most Great"), an Arab phrase frequently used in prayer. The phrase came to CAIR and several complainants' attention after it appeared in a promotional video for the game.

A Capcom representative told CAIR, "We have already contacted the team working on the game, and the phrase has been removed from the game and will not be heard in future videos released to the public."

"We appreciated Capcom's willingness to address Muslim concerns about the use of a religious phrase in an inappropriate context and applaud the company's swift response.

Prince Of Persia

Prince Of Persia Pedang pada watak tu ada tulisan Kaligrafi Arabic Alphabatic yang diatasnya ditulis.
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar" (Surah Al- Ahzab:71)

Jika kita main game ini bermaksud kita juga menyokong apa yang mereka cuba sampaikan dan mereka lakukan; jadi semoga dapat disampaikan kepada saudara-saudara kita di luar sana.


"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)

Counter Strike Condition Zero Deleted Scenes

Counter Strike Condition Zero Deleted First Stage dia. Kita kena tembak dengan askar-askar yang beragama Islam. Kalau kita sedar, masa kita tembak tu kita boleh dengar askar yang kena tembak menjerit "ALLAHUAKBAR" & "JIHADD".

Stronghold Crusader

Permainan Perang Salib. Pemain memain watak sebagai Crusader dan menentang musuhnya iaitu adalah orang Arab, dan ketika perang Salib, orang Arab semestinya orang Islam.
 
 Guitar Hero 3 Legends Of Rock

Tidak cukup dengan karikatur dan filem pendek Fitna yang menghina kesucian Islam. Datang pula game komputer yang menghina kalimah Allah SWT. Kali ini game Guitar Hero 3 telah menghina kalimah Allah SWT. Guitar Hero 3 adalah permainan komputer yang memainkan lagu-lagu rock klasik.


Lihatlah bagaimana paparan kalimah Allah ini telah dijadikan paparan lantai dan kemudian dipijak-pijak oleh makhluk yang berupa “syaitan” bermain gitar. Sungguh biadap game ini. Game ini dibangunkan oleh syarikat Neversoft dan dikeluarkan oleh Activision dan RedOctane. Neversoft adalah sebuah syarikat pembangunan video game yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Dimiliki oleh Joel Jewett (berasal dari Montana, Amerika) bersama dengan Chris Ward dan Mick West. Chris dan Mick kedua-duanya berasal dari Yorkshire, England.

Jika kita tidak teliti, kita tidak akan perasan paparan kalimah Allah SWT ini. Pada sesiapa yang melihat permainan komputer ini sila uninstall game ini. Sungguh halus permainan golongan Yahudi dan Nasara untuk menyesatkan orang Islam. Waspadalah kita sebelum membeli mana-mana permainan komputer.

AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia

Ada 2 kemungkinan di sini.

a) Penghinaan Senyap :Memang sengaja menyelitkan unsur penghinaan.
b) Zodiak Virgo :Jika zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah, maka jadilah seperti bentuk dalam gambar tadi.


Resident Evil 4

Ni dia lagi 1 game yang menghina Islam iaitu Resident Evil 4. Resident Evil 4 merupakan game berdasarkan bahayanya biologi iaitu virus dan zombie. Ringkasnya, misi game ini adalah untuk menyelamatkan anak presiden Amerika yang diculik oleh kumpulan yang bernama "Los Illuminados".

Los Illuminados bermaksud “The Illuminated!”
Gambar berikutnya adalah lambang illuminati pada game tersebut.


Korang perasan tak apa yang tak kena dengan gambar di atas?. Agak-agak korang macam pernah nampak tak?

Kalau korang nak tahu itulah pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi, Madina. Macam mana boleh sesat dalam game ni pulak!!!.


Apa yang lebih teruk lagi ialah pintu tersebut telah di Illuminati kan!!!. Lihat gambar di bawah ini.

Memang melampau lah dorang ni!!!. Game ini turut dikeluarkan oleh CAPCOM sama dengan Devil May Cry. XLAWS pun tak taw la apa orang Jepun ni tak puas hati dengan orang Islam. Macam dah takde benda lain nak letak.

Kepada korang yang telah membaca post ni harap sebarkan pada keluarga, kawan-kawan dan orang Muslim yang lain secepat mungkin!.

Kesimpulannya, semua orang Islam diharamkan main games yang mempunyai unsur menghina agama-agama di dunia. Orang Islam haram main games yang ada unsur menghina agama Islam, hina agama Kristian, hina agama Yahudi, hina agama Buddha,hina agama Hindu, dan lain-lain fahaman dan kepercayaan yang berunsur keagamaan.

Kalau kita main juga, bermakna kita telah menghina agama-agama berkenaan dan bersubahat dengan penghina agama itu. Itu juga bermakna kita telah melanggar perintah Nabi Muhammad SAW.

Nabi kita Muhammad SAW melarang umatnya daripada menghina agama Islam dan semua agama yang ada di muka bumi ini. Orang Islam dilarang dan diharamkan daripada menghina agama lain.



p/s : post ini telah di kopy & pess dari cik Adda. Dia pula telah kopy pess dari kawannya.. Kawannya kopy pess dari kawannya lagi.. Kawannya lagi kopy pess dari kawan dia pulak.. Kawan kepada kawan yang kawan dengan kawan cik Adda kopy pess dari kawan dia punya kawan yang lain pulak.. Dan begitulah seterusnya..
Kesimpulannya aku nak ucap terima kasih untuk cik Adda sebab bagi aku kebenaran untuk kopy pess maklumat yang amat-amat berguna ni dan maklumat ini pasti akan di kopy pess oleh ramai lagi.. Selamat berkopy pess :)