Thursday, June 23, 2011

Alamanda, Guess, A&W..

Malam semalam aku teman anak orang kaya Rawang pergi Alamanda.. *ha tekejut korang aku cakap aku ada kawan dengan anak orang kaya.. Orang cantik macam aku ni harus la kawan dengan orang kaya*
Sumpah keji sifat aku.. Sila tumbuk kepala aku sekarang! Muahahaha!

Dia nak beli beg Guess nak bawak pergi holiday kat Korea.. Gila arrrrr.. Padahal 2minggu lepas baru shopping Guess.. Ni shopping lagi.. Anak orang kaya Rawang la katakan.. Aku ni meneman dan melelehkan air liur je la bila tengok dia beli barang Guess.. Pastu tak main la bayar pakai cash.. Kredit kad weiii.. Aku hado?? Nan hado.. Gila sadis.. (-___-)
Apo nak buek.. Takdo rozoki den nak kayo lagi.. Esok lusa Insyaallah.. Hohoho!


 Suka dah dapat beg.. Aku ni kempunan je tengok.. Sobsobs!

Tu anak orang kaya Rawang punya.. Aku paksa dia kongsi air dengan aku..
Tu pun muka dah habis senget dah macam menara condong kat Teluk Intan bila aku cakap nak share.. Buaahahaha!

 Bapak la sikit kentang kerinting tu! Kedekut punya A&W Alamanda!

 Kau tengok gabak tak gabak lengan aku.. Lengan bonzer weiii!
Berani la korang main-main dengan aku.. Aku humban sorang-sorang dalam kandang rimau nanti!




Beautiful man in my life..

Every time he asks me do I look okay
I say
When I see your face
There's not a thing that I would change
Cause you're amazing
Just the way you are
And when you smile,
The whole world stops and stares for awhile
Cause boy you're amazing
Just the way you are

 Sangat sweet bila si suami cuba buat aku ketawa bila aku tengah marah & sedih..
Love u just the way u are! :)
p/s : gambar last tu paling anggun! Kenyitan mata paling sexy abad ni..
Paris Hilton tengok nangis weiii!






Tuesday, June 21, 2011

Isnin punya cerita..

Semalam pergi klinik pakar An-nur..Nak check kat Az-zahra paling cepat pun 28haribulan.. Tak larat nak tunggu weiii.. Pastu pergi pukul 10pagi setelnya pukul 4.30 petang! Nak elak lambat kat klinik dengan hospital lain last-last lambat kat klinik An-nur jugak! Niceeeee (-__-)

Macam biasa jawapan yang sama doktor cakap tak ada apa.. Mungkin perubahan hormon.. Bagi ubat lagi.. Makan ubat lagi.. Tapi hasil tetap sama.. Takde kurang pun.. Takpe la nak puas kan hati si suami & family buat jugak cekkap.. Tapi tokojuit aku ubat 2jenis+pepsmia *ntah betul ntak tak aku eja..belasah!* total rm288! Ok.. Tunggu berjam-jam, doktor yang macam taknak layan, ubat 2jenis sangat lah 'murah' untuk harga tu..

Pastu kakak-kakak kesayangan pulak cakap kalau pakar memang macam tu harganya.. Ok bolehla terima.. Mana la aku nak tahu kan.. Baru pestaim kawen weiii.. Muahahaha!

 Oh doktor Fatimah malu la saya dengan awak sebab awak dah tengok saya punya......................................

 Aku datang dari pukul 10 pagi.. (-___-)

 Tak masuk lagi.......

 Main tangkap-tangkap gambar cincin dulu la..

 Tak masuk lagiiiiiiiiiii..........

 Main tangkap-tangkap gambar lagi la...

Pendek cerita semuanya setel dalam pukul 4.30 petang.. Niceeee... Bontot dah keras macam batu.. Perut dah merengek sebab lapar.. Niceeee..
------------------------------------------------------------

 Perut jangan merengek lagi ye..Dah bagi makan sedap dah..
 Humban dalam sungai kalau merengek lagi!







Sushi lagi..

Okeh siang baba dah datang melawat.. Ni cerita malam pulak.. Perut aku ni tiba je nak makan sushi .. Perut manja kan.. Kena la layan.. Kalau tak bagi nanti perut merajuk taknak keluarkan taik aku pulak yang haru nanti! So layankan je la..Si suami teman.. Memangla suami aku yang kena teman takkan suami makcik sebelah rumah pulak! Takkannn kot! Heh!

Tapi si suami tak makan.. Aku je yang makan.. Dia kan tekak melayu.. Tak biasa makan sushi-sushi ni.. *bagus selamat duit aku* muahahaha!

 Hek'eleh muka.. Duuhhh..

 Hek'eleh muka *anggun gila* duuhhh..

 Aku minum air free je.. Nak seff bajet..

 Pulut panggang jauh ketengah dengan sotong Paul tu bapak la kecik!
Kalau aku makan rasa macam kat celah gigi je.. Kedekutla dorang ni..

 Puas aku manipulasi otak si suami suruh dia makan.. Last-last makan gak..
Tapi still dia cakap tak sedap (-__-) Pape ntah dia ni.. Sedap kot..

 Itu harga tuk sorang makan.. Belum 2orang lagi.. Tetiba aku pun rasa sushi dah tak sedap.. Hohohoho!
Lepas makan sushi perut dan diri haruslah gumbira..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 Susah tau nak jaga jerawat supaya kekal subur dan sihat macam tu..Okbye!







Kami CANTIK!

Masa Hari Bapa hari Ahad haritu aku tak dapat nak celebrate dengan baba sebab dia tak kasi aku keluar.. So dia datang rumah aku.. Nak melawat aku katanya *konon aku sakit tenat choii!!*
Adik aku pun ikut sekali time tu.. Dah lama tak jumpa aku katanya rindu.. Choii lagi!
Apa la dorang semua pakat macam rindu gila kat aku bagai kan.. Hahaha.. Best jugak kalau tak sihat ni kan.. Semua amik berat.. Kalau macam tu nak sakit jela..

Choii!! Mulut puaka betul aku ni! Gila tak sanggup aku nak sakit-sakit satu badan lagi.. Aku tarik balik cakap aku tadi *tau kau takut kan pompan!* Aku nak tunjukkan kat korang kecantikan sebenar aku dengan adik aku.. Takde sorang perempuan pon yang lebih cantik dari kitorang.. Kalau kitorang pergi mana-mana memang kitorang je yang kena ngorat.. Cantik & anggun kan.. Siapa taknak.. Kalau korang tak cantik & anggun macam kitorang tak payah la berangan nak kawan dengan kitorang okeh.. Eeeeiiuuuuuu!

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 Korang ingat ek.. Jangan berangan nak kawan dengan kitorang
kalau korang tak cantik macam kitorang!
Aku ada baju tidur lusuh yang dah koyak kat ketiak.. Kau hado?!
Limited edition okeh.. Hanya perempuan yang anggun macam aku je ada baju ni..Okbye!





Friday, June 17, 2011

Kamera baru..

Hai korang.. Akhirnya aku ada kamera ku sendiri....!!! Happynya... Hehe.. Kalau sebelum ni aku pinjam kamera adik ipau aku je.. Sadisnya..!

So sampai bila pulak aku nak pinjam je kan.. Pastu aku pun cakap dengan si suami yang aku nak beli kamera.. Nasib la si suami sporting.. Die pun layankan je.. Alhamdulillah.. Rezeki murah lagi dapat la beli kamera..Mula-mula aku nak beli kamera Sony NEX-5.. Yang tu memang terbaik la! Tapi si suami cakap nanti nak masuk dalam henbeg besar sangat.. Serupa beli DSLR je.. Pastu bila aku pikir balik betul gak. Sebab aku memang la akan bawak ke mana je kan.. Maklumlah untuk blog kesayangan jugak.. Heh!

Bila dah belek-belek semua kamera dah mintak pandangan cina tu semua.. Dia pun sejeskan aku dengan kamera yang sekarang ni dah pun jadi milik aku.. Sony DSC-TX.. Latest punya katanya.. Macam-macam function ada weiii.. Yang penting pink kaler okeh.. Jom kita cekkidautt dia punya function :
  • Underwater Sweep Panorama

  • iSweep Panorama and 3D Still Image

  • “Exmor R” CMOS Sensor

  • AVCHD Full HD movie recording

  • Water-proof (up to 5 meters)

  • 25mm wide angle Carl Zeiss® Vario-Tessar lens


  • NEX-5 akan aku dapatkan kau nanti..

    Kaler hijau pun cantik.. Tapi aku tetap dengan pink!


     Taraaaa!! Ni la kameraku.. Siap basah-basah gitu.. Bayangkan Megan Fox macam dalam Tranfomers.. Lebih kurang cenggini la ghupenye..

    Kita cekkidauttt hasil gambar dari kamera ni pulak..

    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .




    Banyak lagi nak kena setting Sizuka ni.. Tak habis belajar lagi ni.. Aku rasa kaler kena terangkan sikit.. Aku tengok cam gelap je gambar-gambar atas ni.. Tapi yang pastinya kamera ni best!
    Oh lupa nak bagitahu yang Sizuka ni nama kamera aku.. Cukup gedik tak.. Muahahaha! Okbye!





    Wednesday, June 15, 2011

    Agama suci yang dihina..

    Satu permainan komputer yang digilai remaja negara ini dikhuatiri boleh menjejaskan akidah pemainnya kerana ia mengandungi elemen menghina Islam apabila memaparkan kalimah Allah dan Kaabah.

    Pemain permainan itu didakyah kononnya mereka berjihad untuk menentang syaitan kerana dikehendaki menewaskan makhluk itu untuk menembusi 12 pintu sebelum ‘penghulu syaitan’ menanti mereka di pintu terakhir iaitu pintu Kaabah.

    Elemen penghinaan ke atas Islam jelas tertera apabila kalimah Allah dipaparkan di setiap pintu yang dikawal syaitan termasuklah di pintu kaabah.

    Difahamkan, permintaan tinggi terhadap permainan itu menyebabkan pihak pengeluar kini sudah mengeluarkan empat edisi bagi permainan berkenaan sejak mula memasarkannya pertengahan tahun lalu.

    Tokoh agama yang juga penceramah bebas, Hassan Mahmud Al-Hafiz menyifatkan permainan komputer itu satu penghinaan melampau kepada umat Islam kerana kaabah adalah kiblat dan tempat suci, begitu juga dengan kalimah Allah yang tidak boleh dijadikan bahan permainan sesuka hati.

    Devil May Cry 3

    Satu adegan dalam game tersebut dipaparkan pintu kaabah sebagai pintu yang menghubungkan di antara dunia syaitan dan dunia nyata dan yang membukakan pintu tersebut adalah karaker c.g.i. yang telah menyerahkan diri pada kuasa ilmu hitam yang sememangnya Islam melarang amalan itu.

    Ayat karaker c.g.i. itu ada membaca ayat, kalau tak silap lebih kurang begini permulaannya.
    (Diterjemahkan dalam bahasa Melayu)
    "wahai pintu yang menghubungkan dunia kegelapan"

    dan karaker itu membaca ayat itu didalam kitab yang dipegangnya. Kalau tak silap kitab bible. Pasal di akhir scene karaker tersebut ada menyebut 7 ayat kemusnahan yg tercatit didalam bible.

    "Wrath, Sloth, Lust, Gluttony, Greed, Pride dan akhir sekali Envy".

     Clive Barker Undying

    Permainan ini mengisahkan tentang perlawanan dengan syaitan. Tetapi ianya menggambarkan dalam istana yang diduduki syaitan itu terdapat nama-nama Allah di dinding istana tersebut. Ini seolah-olah menggambarkan bahawa sesiapa yang menyembah Allah itu adalah sekutu syaitan.



    Berita mengenai permainan ini dirampas:

    Permainan Undying dirampas kerana hina Islam!
    PERISIAN permainan komputer Clive Barker, Undying telah dirampas dalam operasi di sebuah pusat beli-belah di Kelang baru-baru ini kerana memaparkan beberapa perkataan dipercayai dipetik daripada al-Quran. Penolong Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Abdul Malek Ramli, berkata pihaknya merampas 50 keping cakera padat dari tiga premis di pusat beli-belah itu, hasil maklumat orang awam. Permainan itu mengisahkan watak utama, Clive Baker mengunjungi istana yang penuh ukiran artistik bercorak Islam termasuk ayat Al-Quran, yang dikuasai hantu dan syaitan.

    Pemain permainan itu, menerusi watak Clive Baker perlu membunuh semua hantu dan syaitan bagi memperolehi sejenis tangkal bagi menghidupkan semula pemilik istana. Dalam laporan eMedia/Berita Harian yang disiarkan baru-baru ini Abdul Malek berkata, perisian cakera padat dipercayai cetak rompak yang dijual dengan harga RM10 itu, menggambarkan seolah-olah Islam berkompromi dengan syaitan.

    Jika terbeli, beliau berkata, ibu bapa beragama Islam dinasihati memulangkan cakera padat itu kepada JAIS kerana ia boleh menpengaruhi kanak-kanak, selain menyalahi undang-undang.

    Mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995, mana-mana orang Islam yang memiliki, menyimpan atau menjual bahan menghina Islam boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda RM5,000 ataupun kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Hukuman bagi orang bukan Islam yang terbukti menyimpan, menjual atau memiliki bahan itu, akan dirujuk kepada Kementerian Dalam Negeri.

    Abdul Malek berkata, JAIS juga menerima dakwaan orang awam mengatakan, perkataan Allah dalam abjad jawi, timbul setiap kali Clive membunuh syaitan tertentu. “Jais masih menjalankan siasatan lanjut mengenai perisian itu dan ia mungkin mengambil masa tetapi serbuan terhadap premis lain akan dibuat secepat mungkin,” katanya.

     Zack And Wiki

    Luahan dari seorang gamer Wii:

    Sebagai Avid seorang gamer Wii, saya sedang melihat trailer video game ini dan beberapa gameplay dari Zack and Wiki. Saya dibesarkan dalam sebuah keluarga Muslim dan melawat Pakistan beberapa kali. Oleh kerana itu, saya boleh mengatakan bahawa pada minit ke 0:20 dan 0:44 saat dalam video ini, anda boleh mendengar penghuni pulau sedang berdoa dengan suara panggilan Muslim untuk berdoa, "Allahu Akbar", dan kemudian meniru cara doa. Aneh dan agak mengerikan, saya sangat berharap laungan itu bersifat sementara sebelum diganti ke suara lain. Walaubagaimanapun, mengapa game tersebut dapat tempat pertama di sana?

    Tindakan yang dibuat:
    The Council of American-Islamic Relations (CAIR) has announced that Capcom has removed what CAIR calls a "common Islamic phrase" from Zack & Wiki: Quest for Barbaros' Treasure on the Wii. The phrase's removal comes following complaints from CAIR and others.

    The phrase in question is "Allahu akbar" ("God is most Great"), an Arab phrase frequently used in prayer. The phrase came to CAIR and several complainants' attention after it appeared in a promotional video for the game.

    A Capcom representative told CAIR, "We have already contacted the team working on the game, and the phrase has been removed from the game and will not be heard in future videos released to the public."

    "We appreciated Capcom's willingness to address Muslim concerns about the use of a religious phrase in an inappropriate context and applaud the company's swift response.

    Prince Of Persia

    Prince Of Persia Pedang pada watak tu ada tulisan Kaligrafi Arabic Alphabatic yang diatasnya ditulis.
    "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar" (Surah Al- Ahzab:71)

    Jika kita main game ini bermaksud kita juga menyokong apa yang mereka cuba sampaikan dan mereka lakukan; jadi semoga dapat disampaikan kepada saudara-saudara kita di luar sana.


    "Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
    (Sabda Rasulullah SAW)

    Counter Strike Condition Zero Deleted Scenes

    Counter Strike Condition Zero Deleted First Stage dia. Kita kena tembak dengan askar-askar yang beragama Islam. Kalau kita sedar, masa kita tembak tu kita boleh dengar askar yang kena tembak menjerit "ALLAHUAKBAR" & "JIHADD".

    Stronghold Crusader

    Permainan Perang Salib. Pemain memain watak sebagai Crusader dan menentang musuhnya iaitu adalah orang Arab, dan ketika perang Salib, orang Arab semestinya orang Islam.
     
     Guitar Hero 3 Legends Of Rock

    Tidak cukup dengan karikatur dan filem pendek Fitna yang menghina kesucian Islam. Datang pula game komputer yang menghina kalimah Allah SWT. Kali ini game Guitar Hero 3 telah menghina kalimah Allah SWT. Guitar Hero 3 adalah permainan komputer yang memainkan lagu-lagu rock klasik.


    Lihatlah bagaimana paparan kalimah Allah ini telah dijadikan paparan lantai dan kemudian dipijak-pijak oleh makhluk yang berupa “syaitan” bermain gitar. Sungguh biadap game ini. Game ini dibangunkan oleh syarikat Neversoft dan dikeluarkan oleh Activision dan RedOctane. Neversoft adalah sebuah syarikat pembangunan video game yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Dimiliki oleh Joel Jewett (berasal dari Montana, Amerika) bersama dengan Chris Ward dan Mick West. Chris dan Mick kedua-duanya berasal dari Yorkshire, England.

    Jika kita tidak teliti, kita tidak akan perasan paparan kalimah Allah SWT ini. Pada sesiapa yang melihat permainan komputer ini sila uninstall game ini. Sungguh halus permainan golongan Yahudi dan Nasara untuk menyesatkan orang Islam. Waspadalah kita sebelum membeli mana-mana permainan komputer.

    AZRINIZAM IBRAHIM
    Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia

    Ada 2 kemungkinan di sini.

    a) Penghinaan Senyap :Memang sengaja menyelitkan unsur penghinaan.
    b) Zodiak Virgo :Jika zodiak Virgo diterbalikkan 180 darjah, maka jadilah seperti bentuk dalam gambar tadi.


    Resident Evil 4

    Ni dia lagi 1 game yang menghina Islam iaitu Resident Evil 4. Resident Evil 4 merupakan game berdasarkan bahayanya biologi iaitu virus dan zombie. Ringkasnya, misi game ini adalah untuk menyelamatkan anak presiden Amerika yang diculik oleh kumpulan yang bernama "Los Illuminados".

    Los Illuminados bermaksud “The Illuminated!”
    Gambar berikutnya adalah lambang illuminati pada game tersebut.


    Korang perasan tak apa yang tak kena dengan gambar di atas?. Agak-agak korang macam pernah nampak tak?

    Kalau korang nak tahu itulah pintu Omar Bin Khattab, Masjid Nabawi, Madina. Macam mana boleh sesat dalam game ni pulak!!!.


    Apa yang lebih teruk lagi ialah pintu tersebut telah di Illuminati kan!!!. Lihat gambar di bawah ini.

    Memang melampau lah dorang ni!!!. Game ini turut dikeluarkan oleh CAPCOM sama dengan Devil May Cry. XLAWS pun tak taw la apa orang Jepun ni tak puas hati dengan orang Islam. Macam dah takde benda lain nak letak.

    Kepada korang yang telah membaca post ni harap sebarkan pada keluarga, kawan-kawan dan orang Muslim yang lain secepat mungkin!.

    Kesimpulannya, semua orang Islam diharamkan main games yang mempunyai unsur menghina agama-agama di dunia. Orang Islam haram main games yang ada unsur menghina agama Islam, hina agama Kristian, hina agama Yahudi, hina agama Buddha,hina agama Hindu, dan lain-lain fahaman dan kepercayaan yang berunsur keagamaan.

    Kalau kita main juga, bermakna kita telah menghina agama-agama berkenaan dan bersubahat dengan penghina agama itu. Itu juga bermakna kita telah melanggar perintah Nabi Muhammad SAW.

    Nabi kita Muhammad SAW melarang umatnya daripada menghina agama Islam dan semua agama yang ada di muka bumi ini. Orang Islam dilarang dan diharamkan daripada menghina agama lain.



    p/s : post ini telah di kopy & pess dari cik Adda. Dia pula telah kopy pess dari kawannya.. Kawannya kopy pess dari kawannya lagi.. Kawannya lagi kopy pess dari kawan dia pulak.. Kawan kepada kawan yang kawan dengan kawan cik Adda kopy pess dari kawan dia punya kawan yang lain pulak.. Dan begitulah seterusnya..
    Kesimpulannya aku nak ucap terima kasih untuk cik Adda sebab bagi aku kebenaran untuk kopy pess maklumat yang amat-amat berguna ni dan maklumat ini pasti akan di kopy pess oleh ramai lagi.. Selamat berkopy pess :)