Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Wednesday, February 29, 2012

Newborn little sister

Ehem! Ehem! Ramai yang dah tahu yang lepas mama aku meninggal baba aku kahwin baru.. Tapi aku sampai sekarang tak boleh masuk lagi ngan bini baba aku.. Mungkin sebab saka aku ngan saka bini baba aku tu tak ngam.. Haha! So bila dah kahwin mesti bersetubuh kan.. Bila dah bersetubuh mesti mengandungkan.. Dia mengandung dan dah selamat pon melahirkan seorang baby perempuan..

Memperkenalkan adik baru aku hasil dari sperma baba aku yang masih kuat walaupun dah berumur 62tahun.. Cayalah ba! Apa rahsia? Takkan makan tempe goreng hari² boleh jadi subur kot.. Turunkan sikit ilmu tu kat Cuiyam.. Dengan menantu pun nak berahsia.. Aishhh!


 Alololo.. Suittnya dapat hakak macam aku.. Hewhewhew

 Time ni ondewei nak pergi hospital pastu tengok cantik pulak awan nanonanonano ni..

 Lebat rambut kau dik :)

 Alalalala comelnya dia senyummmmm.. :)
Kalau dah namanya baby mesti ada je tempek benda pelik² kat dorang..

Dah bukak mata sikit dah diaaaaa :)
Oh lupa nak bagitau nama dia Farra Azzalea(kekal abadi).. Gigih ni google nama pangkal AZ..
Tapi adik baru aku ni adik luar negara.. Made in Indonesia..
Kau mampu?? Haha.. Lantak la dik.. Tak kisah la kau made in mana pon janji hakak sayang kau jugak..
Cuma mak kau je hakak tak sayang..

*Stekmen maut tuu.. Wartawan baca ni kompom aku kena banned*

Ah! Lagi sekali stekmen maut perasan artis. Hohemji!

Friday, February 10, 2012

E-day :)

Selamat bertunang diucapkan kepada Nina, Mazni & Gee..
Alam pertunangan adalah waktu yang paling mencabar sebelum melangkah ke alam perkahwinan..
 Hadapi lah ia dengan tabah dan sabar..
dan paling penting,
Jangan korang ingat korang dah bertunang boleh sesuka hati melakukan seks bebas mahupun seks oral..
Banyakkan bersabar.. Nanti korang akan dapat juga.. Sabar ye kawan-kawan ku..

Yang tulus lagi ikhlas,
-RaraVogeh-


Tuesday, January 31, 2012

Happy Birthday adikku sayang

Aku ada 2 orang adik perempuan.. Sorang umur 17 tahun sorang lagi umur 11 tahun.. Kebetulan pulak harijadi dorang bulan yg sama tarikh selang sehari.. Sorang 24 sorang lagi 25.. Kalau nak sambut birthday senang buat sekali harung je.. Kalau ada arwah nenek aku dulu lagi meriah sebab arwah nenek aku 23 bulan yang sama jugak dengan adik-adik aku..

Aku?

Macam biasa mesti tersisih.. Hujung-hujung tahun.. Deymmm! Tak pasal sambut birthday sorang-sorang.. Menci tauu..


 Pelik tol aku.. Kenapa la adik-adik aku ni tak cantik macam aku..
Hahaha! Mati la korang muntah hijau..

 Tengok laki aku.. Depan pak mentua, makan kemain beradab..
Sampai dah tinggal ciput je nasi tu pun gigih pakai sudugarpu nak habiskan.. Huahuahua!


 Suke letteww dapat baju dari bini baru bapak korang kenn.. Heh!

 Ni celebrate kat tempat karoke pulak..



 Gemok weii pompan ni.. Chop! Sekarang dah tak macam tong gas lagi ek..
Dah sellimm sikit.. Hewhew!



 Ah bapak aku ni memang.. Lepas dia, dia.. Lepas dia, dia lagik!
Perasan artis sungguh..

Sedap k.

Monday, January 9, 2012

Raya pertamaku sebagai seorang isteri

Pttuii tajuk macam buat karangan darjah 5 kenn ko pompan.. Belasah arr janji hapdet..

Bulan puasa dah hapdet, sekarang nak cerita pasal hari raya pulak.. Raya tahun lepas seronok sebab pestaim raya sebagai bini orang.. Eksaited tu lain macam.. Kalau sebelum ni pagi raya cium tangan mama baba.. Tapi sekarang pagi raya cium tangan suami pakej drama nangis lagi.. Almaklumlah banyak sangat dosa dengan suami.. Kehkehkeh..

Tapi ada juga yang kurang seronok sebab gaduh-gaduh manja nak balik raya mana dulu.. Hahaha! Sekarang baru aku paham kenapa laki bini time nak balik raya je mesti nak kena bertekak.. Dulu sebelum aku kahwin aku selalu fikir apa la bongok sangat laki bini gaduh pasal nak balik raya kat kampung siapa dulu.. Sekali benda tu jadi kat aku la pulak.. Ok ok benda tu tak bongok langsung ye (-___-')

Sebenarnya gambar raya tahun lepas baaaanyak sangat.. Tapi disebabkan cerita dah lama *huhu kesiannya*aku pulak menggelitis nak jugak hapdet, so aku campurkan je semua gambar.. Tapi aku amik sikit-sikit.. Ada jugak gambar raya yang tak ada.. Takpe buat cukup syarat je ok ;)



 Favourite picture 2011.. Hahaha!


 Family

 Kesayangan

 Pakai balik tudung nikah.. Macam ustazah dah (-__-)



 Kau dah kenapa D.. Semayang raya dah lama habis la..

 Tak boleh gemok lagi ke kau pompan.. Kesian!

 Beli tak mampu.. Tumpang bergambar je la..


 Haaa.. Memang best dapat adik ipar sama baya.. Hewhewhew



 Buat makan-makan sikit ajak kenalan rapat n saudara mara je :)


 Ilusi kecil disitu ye.. Berhasil!





p/s : berat dah turun sekarang tapi nak dapat kan 45kg tu susahnye! Takpe.. Janji seluar dah muat balik..Heeeee :)


Thursday, August 18, 2011

Alza & Berrihitam

Assalamualaikum..

Bulan puasa ni murah rezeki si suami.. Da la dapat hp baru kereta pun dapat jugak.. Aku kena tempias-tempias je.. Takpe kalau si suami bahagia aku dah tak perlu apa-apa lagi.. Cukuplah setakat melihat kebahagian dimuka suami tercinta.. Makkkaiihhh ayat aku.. Propa melampau agak-agakla pun.. Haha! Alhamdulillah.. Tahun ni raya pertama aku sebagai isteri beraya pulak dengan kereta baru & suami baru.. (Wahh kemain suami baru macam mak janda plak hakak sebelum ni..) Kereta biasa-biasa je pun.. Tak mampu lagi nak beli mercedes mahupun BMW.. Tapi aku tetap bersyukur sangat sebab dimurahkan rezeki macam ni.. Gembira sangat-sangat :)  Doa orang teranaiya ni Insyaallah dimakbul kan *tiba kannn


 Gembiranya tengok dia gembira :)

 Tomyam dilmi ni dah sebati dengan jiwa kitorang..
Tomyam,kailan,telur,sotong tepung menu wajib.. Tak tahula bila kerongkong ni nak muak..

 Pavlova dari Delicious yang wallah!

 Berrihitam untuk si suami.. Kau tunggu la D hp aku plak. hehe!

 Kemain tau laki aku ni senyum tersipu-sipu macam kulat..
Geli teman nengoknye.. Huaarggh..





Friday, August 12, 2011

Daging salai masak lemak cili api bersama belimbing buluh..Perghhh!!

Fuhhh.. Tengok tajuk kat atas sumpah dah meleleh-leleh air liur aku.. Perghhhh.. Jangan cakap la sedap dia macam mana kan.. Memang kalau boleh aku nak masuk dalam periuk lauk tu terus taknak keluar-keluar.. Hebat tak hebat kesedapan lauk tu kan.. Dan macam biasa kalau lauk yang super ohsem hebat rasanya tak lain tak bukan chef yang masak tu mesti la arwah mama aku..

Tapi arwah mama dah takde.. Tak dapat nak makan masakan arwah mama yang oh sungguh lazat tak terkata tu.. Tapi macam yang aku cakap sebelum ni.. Aku adalah insan yang paling bertuah dalam Selangor (kalau aku cakap dalam dunia nampak sangat propa) ni sebab aku bukan saja mempunyai sedara-sedara yang sememangnya cool tapi aku juga mempunyai makcik-makcik yang sangatla pergghhhh! Hebatlah!Tapi dalam ramai-ramai makcik aku, aku ada sorang makcik yang bukan saja pandai masak tapi dia jugak la yang jaga aku dari aku sekolah rendah lagi.. Adik aku yang bongsu tu pun dia jaga dari baby sampai la sekarang..

Aku panggil dia cik Ani.. Ye! Sejak mama meninggal aku dah anggap dia macam mama aku sendiri.. Dan sekarang aku rasa hubungan aku dengan cik Ani makin rapat bila mama dah takde.. Betul orang cakap setiap benda yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya, apa yang kita perlu buat hanya redha, tabah dan sabar menghadapinya.. Dan inilah hikmah yang aku dapat.. Aku masih ada seorang makcik yang penyayang dan boleh bagi aku makan makanan-makanan yang super ohsem sedapnya sampai jilat jari orang sebelah! Gila perangai 24jam ingat makanan je.. Huahahahaua.. (Panjang mukaddimah aku kali ni padahal nak cakap pasal lauk je.. Ghasak!)

 Aishhh cuba korang tengok depan-depan la baru meleleh air liur korang 12cm panjangnya!
Nikmat gila buka puasa hari tu dapat makan sedap macam ni!
Nasib baik aku ada cik Ani sebagai pengganti mama.. Alhamdulillah.. :)

p/s : nasib baik la cik Ani ni adik baba.. Kalau tak dah aku jodohkan dengan baba aku.. Ok tak kelakar rara! bye!



Wednesday, July 27, 2011

Ice room..

Semalam tak sempat nak hapdet semua sampai habis.. So harini aku sambung balik cerita minggu lepas.. Ni hari Ahad punya cerita pulak.. Tibe je tekak ni nak benda yang manis tapi sejuk.. Aku pun ajak la si suami pergi ice room.. Dekat je pun dari rumah.. Nak pergi tutti frutti jauh pulak kan.. Aku tak berapa suka sangat ice room tapi tu je yang paling senang dapat.. Boleh laaa dari takde.. Pastu pilih la avokado.. Rasa macam vanilla pon ada jagung pun ada.. Celah bedah mana entah rasa avocado dia..






 Mamat ni lagi sorang.. Mula-mula cakap taknak.. Tapi dia yang habiskan..
Bila dah licin cakap tak sedap.. Sabar je la aku kan..