Friday, August 12, 2011

Daging salai masak lemak cili api bersama belimbing buluh..Perghhh!!

Fuhhh.. Tengok tajuk kat atas sumpah dah meleleh-leleh air liur aku.. Perghhhh.. Jangan cakap la sedap dia macam mana kan.. Memang kalau boleh aku nak masuk dalam periuk lauk tu terus taknak keluar-keluar.. Hebat tak hebat kesedapan lauk tu kan.. Dan macam biasa kalau lauk yang super ohsem hebat rasanya tak lain tak bukan chef yang masak tu mesti la arwah mama aku..

Tapi arwah mama dah takde.. Tak dapat nak makan masakan arwah mama yang oh sungguh lazat tak terkata tu.. Tapi macam yang aku cakap sebelum ni.. Aku adalah insan yang paling bertuah dalam Selangor (kalau aku cakap dalam dunia nampak sangat propa) ni sebab aku bukan saja mempunyai sedara-sedara yang sememangnya cool tapi aku juga mempunyai makcik-makcik yang sangatla pergghhhh! Hebatlah!Tapi dalam ramai-ramai makcik aku, aku ada sorang makcik yang bukan saja pandai masak tapi dia jugak la yang jaga aku dari aku sekolah rendah lagi.. Adik aku yang bongsu tu pun dia jaga dari baby sampai la sekarang..

Aku panggil dia cik Ani.. Ye! Sejak mama meninggal aku dah anggap dia macam mama aku sendiri.. Dan sekarang aku rasa hubungan aku dengan cik Ani makin rapat bila mama dah takde.. Betul orang cakap setiap benda yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya, apa yang kita perlu buat hanya redha, tabah dan sabar menghadapinya.. Dan inilah hikmah yang aku dapat.. Aku masih ada seorang makcik yang penyayang dan boleh bagi aku makan makanan-makanan yang super ohsem sedapnya sampai jilat jari orang sebelah! Gila perangai 24jam ingat makanan je.. Huahahahaua.. (Panjang mukaddimah aku kali ni padahal nak cakap pasal lauk je.. Ghasak!)

 Aishhh cuba korang tengok depan-depan la baru meleleh air liur korang 12cm panjangnya!
Nikmat gila buka puasa hari tu dapat makan sedap macam ni!
Nasib baik aku ada cik Ani sebagai pengganti mama.. Alhamdulillah.. :)

p/s : nasib baik la cik Ani ni adik baba.. Kalau tak dah aku jodohkan dengan baba aku.. Ok tak kelakar rara! bye!



Wednesday, August 10, 2011

Team futsal ISMAM..

Kalau korang nak tahu aku antara orang paling bertuah dalam negeri Selangor ni sebabnya aku ada sedara mara yang super duper best, sempoi, selamber dan gila-gila macam aku.. Nak-nak ramai pulak yang sama jantina macam aku memang syok la kalau time-time nak bergosip nih! Tapi ramai gak yang duduk jauh so bila ada kenduri-kendara time tu memang best.. Semua jumpa.. Itulah motif utama aku pergi ke kenduri-kendara ni.. Sebab nk jumpa dorang. Pastu bila dah berjumpa mesti plan nak buat aktiviti-aktiviti bersama.. Fuhhh bestttttt!

Okeh!Malam minggu hari tu aku dengan dorang-dorang yang yang memang super duper best ni pergi main futsal..Yang paling tak boleh blah kitorang semua tak pernah langsung main futsal sebelum ni.. Gila meroyan kan.. Plan pun tiba-tiba je.. Plan dalam 5minit macam tu pastu terus set.. Fuhhhh best tak payah pikir panjang..


 Baru sampai muka masing-masing berseri je lagi.. Ha kau tenggu jap lagi..

 Uisshh.. Macam pemain professional semuanya! Team ISMAM kannnn..

 Ok ni nak pilih team.. Tapi tak ramai datang malam tu..
Ni yang power-power turun padang dulu.. Muahahaha!

 Ni lepas main muka pon dah macam penoreh getah.. Berlengit masing-masing..
Pemain yang hebat tak boleh senyum.. Baru cool..

 Kemain tarian makyong 3 orang belakang tu..

 Macam biasa tuan blog mestila paling over disitu.. Baru legend..

Mesti korang tertanya-tanya ISMAM tu apa kan.. ISMAM tu gabungan nama atuk dan bapak atuk kitorang.. Fuhhhh cool gila.. Siap ada AJK dalam ISMAM ni kalau ada apa-apa aktiviti kitorang nak buat.. Group ISMAM dalam BBM pun ada.. Fuhhhh 2kali cool.. I LOVE MY ISMAM FAMILY.. Ceeewah!



Wednesday, August 3, 2011

Selamat jalan prof :(

Minggu lepas sebelum bulan puasa, ofis aku buat majlis perpisahan untuk ketua pengarah miros.. Sedih jugak bila dia nak pergi hari tu.. Tapi aku tak sedih sebab aku lebih sedih dan kecewa kalau tak ada makanan lepas majlis tu.. Tapi nasib baik la ada.. Gila gelojoh perangai.. Apa-apa pun aku nak ucapkan terima kasih dekat mantan kp miros sebab banyak mencurahkan bakti dan khidmat beliau untuk memajukan miros.. Ecewah! Beriya aku kan.. Hello kau tu angkat talipon je.. Tak payah nak over macam kau pegang jawatan pengarah kat miros ni.. Huahuahua.. *Gila sadis kutuk diri sendiri*

 Ucapan terakhir bos besar.. Tapi yang ni wa tak heran sangat.. Yang wa herankan adalah
(skrol bawah bagi eksesais sikit jari korang yang montel tu)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 Tadaaaaaaaaa!!! Ouh durian...

 Omnom nom nom.. Aummm!!

 Ouhhh makanan...................

 Kalau dah pelahap memang camni..

Bye-bye bos.. Ada jodoh umur panjang kita kawen jumpa lagi..







Kalau dah namanya lelaki..


 Bukan 1 bukan 2 bukan 3 tapi 4 sekali kontrol PS3 tu.. Bedal sampai 4 orang 1 game..
Kalau dah lelaki tu lelaki jugak..

p/s : aku tahu bil letrik bulan ni kau bayar ye D.. Heh!





Wednesday, July 27, 2011

Manisla Garden ni.. Nak tinggal kat sini terus boleh?

Hari Isnin haritu aku dengan suami dengan kawan kitorang sorang lepas balik kerja kitorang gerak Alamanda.. Nak tengok cerita flat3a.. Ghasak dengan baju korporat tu kitorang belasah pakai pergi tengok wayang.. Malas nak balik mandi..  Cerita dia kau bagi 3/5 la.. Tak best sangat pun.. Lepas tengok wayang kitorang gerak pergi makan pulak.. Tapi kali ni lain sikit tempat dia.. Ala-ala kat dalam taman fairy-fairy gitu..

Hakak suka nokss.. Suka sangat tempat manis-manis camtu.. Sebenarnya dari 2minggu lepas lagi dah nampak tempat makan tu.. Tapi kitorang pulak baru lepas mencekik.. Memang tak arr nak sumbat makanan lagi.. Pecah lak usus perut aku kang.. So bila hari Isnin tu pergi Alamanda alang-alang aku cakap dengan si suami nak makan kat tempat yang manis tu.. 2minggu lepas intai dari luar je kan.. Lagi sekali pergi harus masuk tempat tu.. Oh lupa nak bagitahu nama tempat makan tu Garden..

Harga?? Harga makanan kat sini bagi aku ok la.. Takde la mahal sangat.. Kalau nak makan sebulan sekali boleh la.. Tu bagi aku la.. Makanan?? Makanan pulak ada timur ada barat.. Korang pilih la mana korang nak.. Ok tak masakan dia?? Bagi aku ok.. Sedap je aku makan.. Tanya aku pulakkan.. Apa yang tak sedapnya kalau bagi kat aku?? Semua aku balun janji makanan.. Gelojoh tak perangai hakak.. Tapi yang paling aku suka sekali mestila tempat tu.. Penuh dengan bunga-bunga yang cantik.. Romantik pulak tu tempat dia.. Korang mesti singgah Garden kalau pergi Alamanda ok.. :)


 Berhadapan TGI Friday yang kat tengah ada kolam tu.. Ala yang kat luar wayang tu kan ada kolam yang selalu budak sekolah lepak dok peluk-peluk tanpa segan silu tu la.. Ha.. Kat situla Garden ni..

 Begitulah awan nano.. nano.. nano.. nano..

 Jam ni dorang jual tak silap aku..

 Siap ada piano ok.. Curlassss kau maria..



 Dorang bukan jual makanan je.. Bunga-bunga ni pun dorang jual.. Cop! pasu sekali..

 Ni kawasan jamban.. Sekarang kau bagitahu aku perempuan mana yang taknak duduk lama-lama dalam kawasan jamban macam ni.. Nasib la aku pergi dengan si suami..
Kalau dengan kawan-kawan perempuan aku, aku rasa mahu 2jam kitorang buat fotoshut dalam ni..

 Buku menu dia taknak kalah pulak kann..

 Ok comel sebab tempat duduk tu buaian..
Tambah comel sebab si suami duduk lengkap dengan baju korporat.. Muahaha!

 Ni tropicana blast aku punya..

 Ni honey lemon tea si suami punya..

 Nasi goreng ni nama panjang sangat aku lupa.. Sedap tapi sikit sangat.. Si suami punya..

 Yang laksa kontot-kontot macam lintah ni aku punya..

3air + 2jenis makanan = rm60 ok la kan? Tak la mahal.. Okbye!





Post royan-royan!

Semalam pagi abang posmen bagi surat.. Ada pulak nama aku.. Ehh! Dari Tesco la.. Pastu bukak la sampul dia rupanya dapat vocer dari Tesco.. Almaklum la sekarang dah jadi bini orang.. Kalau dulu selalu lepak Sg.wang, Timesquare shopping baju seluar beg.. Sekarang bila dah kahwin selalu lepak Tesco shopping sayur udang ayam pencuci jamban.. Aishhh lainnya kehidupan aku sekarang.. Takpe-takpe dah kata isteri orang kan.. Petang pulak dapat 2kotak VCO.. Ok memang dah lama nak.. Tapi semua tempat mahal.. Cekik darah amik postage tinggi.. Tiba-tiba yang ni dapat pulak 30hengget.. Apa lagi sambar dua la..


 Beli 2kotak makannya tak.. Pedehal.. Tamak tu penting..

 Dapat gak berjimat.. Tak sabar nak beli barang-barang dapur sempena bulan puasa nanti.. Ecewaahhh!
tapi yang spoil mood aku rasa macam nak bakar je tesco ni bila

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 Punya la susah mama baba aku pikir nama untuk aku senang-senag dorang tukar letak nama aku AZINA??Watdehek mannn.. !