Wednesday, July 27, 2011

Manisla Garden ni.. Nak tinggal kat sini terus boleh?

Hari Isnin haritu aku dengan suami dengan kawan kitorang sorang lepas balik kerja kitorang gerak Alamanda.. Nak tengok cerita flat3a.. Ghasak dengan baju korporat tu kitorang belasah pakai pergi tengok wayang.. Malas nak balik mandi..  Cerita dia kau bagi 3/5 la.. Tak best sangat pun.. Lepas tengok wayang kitorang gerak pergi makan pulak.. Tapi kali ni lain sikit tempat dia.. Ala-ala kat dalam taman fairy-fairy gitu..

Hakak suka nokss.. Suka sangat tempat manis-manis camtu.. Sebenarnya dari 2minggu lepas lagi dah nampak tempat makan tu.. Tapi kitorang pulak baru lepas mencekik.. Memang tak arr nak sumbat makanan lagi.. Pecah lak usus perut aku kang.. So bila hari Isnin tu pergi Alamanda alang-alang aku cakap dengan si suami nak makan kat tempat yang manis tu.. 2minggu lepas intai dari luar je kan.. Lagi sekali pergi harus masuk tempat tu.. Oh lupa nak bagitahu nama tempat makan tu Garden..

Harga?? Harga makanan kat sini bagi aku ok la.. Takde la mahal sangat.. Kalau nak makan sebulan sekali boleh la.. Tu bagi aku la.. Makanan?? Makanan pulak ada timur ada barat.. Korang pilih la mana korang nak.. Ok tak masakan dia?? Bagi aku ok.. Sedap je aku makan.. Tanya aku pulakkan.. Apa yang tak sedapnya kalau bagi kat aku?? Semua aku balun janji makanan.. Gelojoh tak perangai hakak.. Tapi yang paling aku suka sekali mestila tempat tu.. Penuh dengan bunga-bunga yang cantik.. Romantik pulak tu tempat dia.. Korang mesti singgah Garden kalau pergi Alamanda ok.. :)


 Berhadapan TGI Friday yang kat tengah ada kolam tu.. Ala yang kat luar wayang tu kan ada kolam yang selalu budak sekolah lepak dok peluk-peluk tanpa segan silu tu la.. Ha.. Kat situla Garden ni..

 Begitulah awan nano.. nano.. nano.. nano..

 Jam ni dorang jual tak silap aku..

 Siap ada piano ok.. Curlassss kau maria..



 Dorang bukan jual makanan je.. Bunga-bunga ni pun dorang jual.. Cop! pasu sekali..

 Ni kawasan jamban.. Sekarang kau bagitahu aku perempuan mana yang taknak duduk lama-lama dalam kawasan jamban macam ni.. Nasib la aku pergi dengan si suami..
Kalau dengan kawan-kawan perempuan aku, aku rasa mahu 2jam kitorang buat fotoshut dalam ni..

 Buku menu dia taknak kalah pulak kann..

 Ok comel sebab tempat duduk tu buaian..
Tambah comel sebab si suami duduk lengkap dengan baju korporat.. Muahaha!

 Ni tropicana blast aku punya..

 Ni honey lemon tea si suami punya..

 Nasi goreng ni nama panjang sangat aku lupa.. Sedap tapi sikit sangat.. Si suami punya..

 Yang laksa kontot-kontot macam lintah ni aku punya..

3air + 2jenis makanan = rm60 ok la kan? Tak la mahal.. Okbye!





No comments:

Post a Comment