Tuesday, February 21, 2012

Cameron Highland..

Hohoi...hoii! *m.daud kilau punya stail*
Ecececeh! Semangat M daud kilau hakak petang ni.. Tak tau la kenapa hakak menggelitis sangat petang ni..
Tapi lagi tak paham kan apa kena mengena M daud kilau ngan cerita Cameron hakak petang ni..
Back to the topic pleaseeee! (baca balik banyak pulak ayat petang ni aku ulang)

Yaaaa.. Awal bulan haritu sempena cuti Maulidur Rasul dan wel-wel cocok badan tu aku ngan FIL pergi holiday kat Cameron.. Eksaited uolls sebab antara tempat yang aku nak pergi bercuti tahun ni adalah kat Cameron.. Cameron je ke kak?? Ye dik oii.. Cameron je.. Nak pergi Zimbabwe hakak tak mampu lagi.. So bercuti je la dalam Malaysia ni haa.. Tapi hakak suka! Sebab ni pestaim pergi tempat sejuk dengan laki hakak.. Bila sejuk je hakak peluk dia, dia peluk hakak.. Auwww! Tak ke romantik namanya tu.. (^__^)



 Tak kuasa tau nak layan laki aku ni.. Siap nak topi bagai.. Duhhh!

 Mertuaku..
Time ni abah dah cakap jangan masuk dalam fb tau.. Aku pon dengan sopan santun dan lemah lembutnya jawab baikla abah.. sambil memberikan senyuman yang paling manis sekali.. Semanis kurma TV9 tu..
Dalam hati 'baik abah saya tak haplod dalam fb dalam blog je saya haplod..'  haha!

 Dalam banyak-banyak kedai makan aku rasa kedai makan ni je yang sedap.. Yang lain hampeh..
Bila makan kat sini terasa macam makan kat Malaysia pulak..
?????????????

Hoi! Cameron kat Malaysia la samdol! Kau ni dah kenapa pompan..
(Serius time kat sana banyak kali kot aku pikir Cameron tu bukan kat Malaysia)
Bodo sangat.

 Mecing kan ngan tudung aiiii..

 Lepas dah makan-makan tu kitorang balik bilik rehat2 dulu.. Lepas magrib terus turun gi pasar..
Ramai gila manusia kau tau.. Nak jalan pon berhimpit-himpit.. Nasib baik la atas tu sejuk.. Tak berpeluh..
Kalau tak macam2 bau keluar.. Haaa tak rela aku tau..

 Stroberi makcik ni gemok2 la.. Diva sangat sampai nak sentuh pon tak boleh.. So boleh tengok jela.. Pastu aku cakap la 'taknakla beli kau sebab aku nak petik sendiri nanti.. Lagi best'
Bweek! Aku ejek la stroberi tu pastu Cuiyam marah, sebab aku buat macam tu..
Eh! Aku cakap kat stroberi tu bukan makcik yang jual tu.. Kau pulak nak emo kan D.. hoh!

 Time ni Cuiyam kena paksa amik gambar aku.. Dia taknak sebab malu ramai orang tengok aku jakun sangat dok pecahkan buih2 tu.. Eh aku peduli apa.. Ada korang nampak kat buih tu tulis jangan sentuh or please dont touch macam stroberi gemok atas tu? Takde kan..

 Pasrah je la dapat bini camni Cuiyam..

 Beli jagung mutiara untuk kakak opis pastu apek tu bagi la free 1 kerat 5..
Aku ni kan jenis bangsa yang menggelupur.. Konon seronok la dapat jagung free last2 habis jatuh jagung2 tu.. Nampak tak kat kaki kitorang.. Pastu aku pandangla apek tu.. Baru je aku nak cakap dia dah cakap dulu '1 kali je free ha amoi'
Ahhh! kedekutla apek ni.. Tau2 je aku nak mintak lagi satu.. Haha!
Nasib ramai orang kalau tak aku dah guling2 dah kat jalan tu mintak lagi 1..

 Dulu time arwah mama aku sakit dia suka makan sayur ni.. Rebus pastu makan dengan kicap perah limau..
Sedap tau.. :')

Lepas dah habis tawaf 1 pasar tu kitorang pon gerak la balik hotel.. Sebelum balik tu memang dah plan nak beli burger.. Pastu singgah la kat kedai burger yang ada tepi jalan tu.. Sambil tunggu tu, almaklumlah orang pompan ni kalau tak bergambar tak sah kan.. Tapi dalam banyak-banyak gambar aku paling suka 1 gambar ni.. Gambar adik ipar aku.. Gojes gila la! Kalau mak mertua tengok pon nangis la sebab gojes sangat.. Korang nak tengok tak?





































Betul nak tengok ni?









































Sure? Jangan menyesal kalau korang terjatuh hati nanti..






































































Ok nah!

























 Haaaa! Gojes habis dah nih.. Tapi disebakan aku ni kakak ipar yang baik aku pon sanggup bekerjasama untuk buat kerja bodoh dan hodoh.. Hahaha!










Kau mampu bela bulu hidung bersepah?

 Habis garang la ni? Ptuihh!

 Muka bajet comel tapi Anin (adik ipar aku yang tudung kelabu) macam pelik kan muka bajet comel dia..
Itu muka mintak siku dik oii.. Haha!

 Kalau aku buat muka sedih camni kat Cuiyam sebab nak minta simpati mahunye dia tumbuk muka aku sedas dua..

Adik-adik ipar aku time ni suruh buat muka bajet sweet.. Dah habis sweet dah dorang bagi.. Tapi bila tengok gambar dorang marah sebab aku main2..
Laaaaa.. Ni la muka paling sweet aku.. Maximum sweet dah aku bagi nih..
Susahla dapat adik ipar yang memang sedia azali sweet.. Muka aku yang sweet kat atas ni pon boleh jadi tak sweet.. Apapontakbolehtau!







Ok2 hakak ipar kau try lagi sekali ek..
































Sweet kan uolls..
*pitam*



No comments:

Post a Comment