Air Asia terkenal dengan flight delay dorang.. Tapi dalam hal kitorang, dorang yang tunggu kitorang..
Ye! 1 LCCT dengar nama kitorang dipanggil-pangil.. Pastu apa lagi.. Masing-masing lari tak cukup tanah!
Bajet Air Asia bapak kitorang punya sampai kena panggil nama baru nak naik.. Haha! Nasib baik dorang tak tinggalkan kitorang.. Kalau tak menangis berjemaah la kat situ jawabnye..
Sampai je airpot kat Krabi tu terjerit-jerit akak2 atas ni panggil pelancong2 yang baru turun flight supaya amik khidmat teksi/van dorang..
Kau tengok la pompan yang kiri tu.. Sodih sebab kitorang tak amik van dia..
Takpe akak nanti saya datang lagi sekali saya amik van akak pulak ye.. Tapi tak tahu la tahun bila saya nak datang balik.. Kos tinggi kak oi..
Ondeway ke hotel kami.. Yeahhhh!
Dorang kata dorang muslim :)
Kau tengok besar tak besar van dia bagi kitorang.. Dah macam bas dah pulak besar dia.. Tapi ok la sebab selesa sangat-sangat.. Kitorang je dalam tu.. Memang riuh la kan.. Nak buat apa pon boleh..
Kisahnya aku beli kasut ni dah lama, 3tahun lepas.. Time aku belajar kat Segi lagi.. Tapi baru sekali pakai..
Kau tengok tali pon dah jadi coklat.. Padahal tak guna pon.. Tak paham aku..
Aku tak tahu semua kampeni transpot yang kat airpot sama ke tidak buat macam ni.. Sebab van yang kitorang naik ni bawak kitorang ke 1 opis travel ni.. Kat situ nanti ada orang akan tawarkan pakej2 aktiviti yang kitorang boleh buat sepanjang kat Krabi.. Yang laki atas ni nama dia Chang.. Maksudnya gajah..
Tapi aku tengok dia ni kurus macam bangau.. Entah kenapa la boleh dapat nama Chang..
Kitorang duduk kat bandar Ao Nang.. Memang best sebab kirikanandepanbelakang semua ada.. Dari tempat makan, tempat lepak, kelab, rumah urut, tempat shoping, eh! macam2 lagi la.. Cakap je semua ada..
Ni hotel yang kitorang duduk selama 4h3m.. Hotel bajet je..
Tapi bilik dia selesa n bersih.. Servis pon not bad.. Total duduk sini masuk brekfes rm183..
Murahkan.. Memang berbaloi..
Lobi dia yang simple n terbuka gitu.. Masuk sini dia pasang lagu ala-ala kat spa..
Hakak suka tau.. ;)
Sumpah bawak beg ni untuk travel sangat best.. Senang.. Kau pikul je.. Besar pon besar..
Tapi ni cuiyam punya.. Nanti aku nak beli satu.. Ada kale pink tak?
Bilik kitorang depan tu je.. Dekat gila ngan lobi..
Itu lah lobi itulah cafe..
Ni la bilik kitorang.. Tambah katil satu..
Putih suci dan bersih gitu.. Ekon, tv, peti ais semua cukup.. Suka!
Bilik air pon bersih.. Yang penting tak berbau..
Almaklumlah selalu kalau hotel bajet kan bilik air dorang mesti masalah..
Tapi nasib baik hotel ni semua ok.. Suka lagi sekali!
Ni kat lobi dia.. Saje tangkap.. Tengok lelama cam sweet plak..
Haa.. Same kan??
Mati la aku kena sihir ngan kak Atol kalau dia tengok ni.. Wawawa!
Tangga takde palang.. Sape yang balik mabuk2 tu naik tangga terhuyung hayang boleh jatuh tu..
Kedai buat rambut tocang2 ni memang bersepah kat situ.. Beza mahal tak mahal je..
Tu sendiri kena pandai tawar..
Tengok patung ni teringat ayah aku kat Malaysia nun..
Perut dia sama betul ngan ayah aku punya perut.. Kahkahak!
Kawasan pantai yang jadi tempat lepak kitorang petang tu.. Dekat dengan hotel kitorang..
Jalan kaki cuma 10minit..Time ni nak tengok sunset bak kata omputih..
Hoi pompan..kami nak tengok matahari terbenam..
Bukan nak tengok kau menonggeng-nonggeng kat situ.. Duhhh!
Sumpah cantik sangat-sangat.. Sambil2 tu nikmati bunyi ombak..
Perghhh!
Muka masing-masing jadi oren..
Alamak.. Matahari tak nampak pulak..
Kesiannya kau pompan.. Takde sape layan kau..
Last-last tangkap gambar sendiri.. (-___-')
Yayy! Dah ada orang tangkapkan gambar..Ehhh jap! Kau tengok belakang tu.. Macam penah tengok je kn?
Hoiiiiii.. Kau lagi pompan!! Dasar pompan ronggeng! Bisul mata aku asyik tengok bontot dia ni la!
Lepas lepak2 kat pantai tu kitorang jalan-jalan cuci mata.. Time ni tak shoping lagi..
Cuci mata je dulu warm up dulu.. Hari ke 2 3 4 baru mengganas.. Huahuahua *gelak setan*
Ni yang takde kedai dorang jual tepi2 kaki lima..
Tak naik pon benda alah ni.. Tak adventure la kalau naik benda ni..
Jalan kaki lagi puas hati.. Puas cuci mata disamping dapat jimatkan duit..
Versace tu.. Kau hado?
Kezen kesayangan'sssss..
Alolololo.. Comel gila motor untuk disewa ni.. Mula2 kitorang ingat dia salah letak sign sewa tu tau..
Takkan motor untuk sewa cantik berkilat macam ni kan.. last-last memang betul rupanya..
Malam pertama kitorang kat Krabi makan masakan India..
Biasa je la makanan dia.. Kitorang makan sini pon sebab nak curik wifi.. Hehe..
Aku malas nak tunggu habis entry baru cakap berapa semua pakej yang kitorang dapat ni.. Sebab ada sampai part 4 kan.. Aku pon tak tahu bila aku nak hapdet part 2 3 n 4 tuu.. So aku cerita je la sekarang..
Ok! Kitorang memang amik pakej kat Chang.. Sebab pakej yang dia offer agak puas hati.. Bagi kitorang berbaloi sebab termasuk makan tengahhari/minum petang, jalan-jalan semua n transport balik ke airport.. Yang tak berapa puas hati sebab driver yang bawak tak reti cakap bahasa omputih.. So susah la bila kitorang tanya pastu dorang macam apa haram jadah ko merepek ni oiii.. Ha macam tu la lebih kurang..
Kalau nak tau apa tempat yang kitorang pergi yang termasuk dalam pakej ni kena tunggu part-part yang akan datang.. Wah gitu stekmen berani mati aku konon ramai nau baca belog aku ni kannn.. Hahaha! Wateverrrr..
Kitorang bajet sorang 4000bath (lebih kurang rm400 kita)
So total pakej ni semua 3500bath sorang..So ada lebih lagi 500bath kan.. Kitorang ada 5 orang.. So balance yang ada sebanyak 2500bath (yes kitorang memang dah plan awal2 nak combine duit kitorang) tu kitorang buat modal untuk makan malam selama kitorang kat sana.. Makanan sana sumpah mahal weii.. Nasi goreng dorang letak dalam piring kecik(refer gambar atas ni) ada la dalam 15ringgit duit kita.. Gila! Sebab tu kawasan pelancong kan.. Tu yang dorang ketuk kawkaw tu..Tapi Alhamdulillah 2500bath yang tinggal tu cukup untuk makan kitorang berlima.. Siap malam kedua boleh makan besar plus boleh beli jajan2 kat sana..
:)
No comments:
Post a Comment