Buruknya la perangai bini Cuiyam ni..
Ada 2 tangga tau dalam kawasan ni.. 1 ada 1000++ anak tangga..
1 lagi ada bape ratus entah anak tangga..
1 lagi ada bape ratus entah anak tangga..
N ofcoz la kitorang pilih tangga yang beratus je kan.. Tu pon lutot dah menggigil.. Gambar atas ni tangga yang beribu tu.. Time aku tengok ni ada la nampak orang2 tua.. Kagum aku tengok dorang boleh larat naik tangga yang beribu-ribu tuuu.. Dasattt!
Eh comel plak pokok girafah ngan rusa tu.. Ingat nak beli buat souvenir.. Tapi orang tu kate bukan untuk dijual.. Wahaha!
Jangan memain bapok sana sembahyang tak tinggal tauuu..
Naik tangga beratus, masuk hutan sebab nak tengok pokok yang usianya lebih 1000tahun..
Apahal pulak tangan aku jadi camtu tuh..
Tak nampak tinggi kan.. Haaaa.. Cuba naik dulu.. Ponek weii..
Kau nampak anak panah tu.. Lepas dah naik tangga ada pondok atas tu.. Tu la pondok yang kitorang duduk sampai 15minit sebab penat punya pasal.. Mula2 nak turun dah sebab macam dah tak larat nak teruskan.. Tapi bila kitorang pikir balik betapa semputnya nak sampai atas tu pastu senang2 nak turun macam rugi gila kan.. Hajat nak tengok pokok yg 1000tahun tu.. Last2 kitorang teruskan jugak sebab nak masuk ke hutan, tangga dia menurun.. So takde la penat sangat.. Lagipun kalau nak patah balik pon tak guna sebab kitorang menurun jugak nanti kan? So sama je.. Haha!
Sami-sami kat situ tinggal dalam hutan.. Rumah dorang kecik gila macam pondok sewa kat Sungai Congkak tu..
Dalam hutan pon ada jugak tempat sembahyang dorang..
Jalan punya jalan akhirnya jumpa jugak pokok yang kitorang nak tengok.. Time ni bila tengok aku macam terkedu..Masyaallah! hebat betul ciptaan Tuhan :')
Nampak macam biasa je kan.. Macam takde apa kan.. Tapiii...
Gergasi sangat! Hebat tak hebat ciptaan Tuhan.. :)
Masuk gua yang ada dalam hutan tu.. Ni kat pintu gua.. Gaya poyo konon2 takut..
Bodoh punya anjing.. Ingatkan penjaga gua tu ke apa.. Yela kitorang kan dalam hutan..Segala benda halus banyak dalam hutan tu.. Nasib tak mati terkejut dalam tu..
Batu-batu dalam ni semua cantik pastu semua rendah2.. Tu yang eksaited semacam tu..
Kan aku cakap benda ni banyak..
Seluar aku macam matching pulak ngan baju kak Dian kann..
Citanya dalam tu ada lagi patung2 tu.. Tapi lubang nak masuk tu kecik sangat.. Dalam tu pon sempit.. So kita tangkap dari luar je.. Dah la pakai selipar.. Tu kalau tergelincir tu mahu benjol kepala..
Ok geli tegok batu2 dalam ni.. Dia macam berlapis-lapis..
Ni nama gua tu..
Air dalam gua.. Menitik dari batu2 tu.. Pastu bentuk batu tu pon melengkung macam mangkuk.. Yang aku geli sebab rupa batu ni.. Cuba tengok betul2.. Menggerutu kot.. Iyek!
Last day kat Krabi.. Lepas brekfes terus pergi shoping lagi.. Nak habiskan duit yang ada.. Senang hotel kitorang dekat ngan kedai2 yang jual baju souvenir semua.. So jalan kaki je.. Yang laki atas ni kata dia orang Malaysia.. Ni kedai dia.. Dia kata mak ke bapak dia ntah Thailand.. Aku dah lupa.. Beriya la suruh kitorang tangkap gambar ngan dia.. Mampu kau paksa orang tangkap gambar ngan kau? Haha! Tak kuasa ok.. Yang pasti kau tengok muka dia.. Bedak taknak kalah.. Siap pkai lipglos lagi.. Kau hado?
Nak balik dah.. Gonna miss u Krabi :'(
Lunch dalam flight sebab dah kebulur sangat tak boleh tunggu sampai Malaysia..
Tamat la sudah cerita Krabi ku.. Penat weii taip banyak2 bajet macam ada orang baca je.. Tapi sepanjang aku hapdet pasal Krabi memang aku tersenyum je ingat balik kenangan kat sana.. Bercuti dengan kakak2 sedara yang sproting n happening adalah kenangan paling manis sekali dalam hidup aku.. Bak kata orang kenangan ku bersama mereka tidak boleh di ukur dengan wang ringgit.. Wahh! Hambek kau sekali aku dah berfalsafafafah boleh buat orang yang baca muntah hijau.. Okla korang.. Lepas2 ni nak cerita pulak pasal percutian aku ke Cameron.. Tapi tengok mood rajin aku camne.. :)
No comments:
Post a Comment