Friday, February 17, 2012

Krabi day 3

Aku sekali kan gambar hari ke-4 sebab hari last kat sana aku tak ambik banyak gambar.. Malam last kat sana pon aku dah start tak amik gambar sebab busy menyoping kan diri sampai lupa semuanya.. Haha!Kita teruskan cerita untuk hari ke-3.. Banyak nih nak story mori.. Malas nak tangguh2 lagi.. Ok macam yang aku cakap hari ke-3 aktiviti kitorang semua kat darat.. Bagi aku aktiviti hari ke-3 lagi best sebab dapat berendam dengan gajah! Ye bukan badak berendam tapi gajah berendam ;p


 Ni brekfes untuk hari ke-3 n ke-4 kitorang..

 Ni tempat pertama yang kitorang pergi.. Lebih kurang 45minit dari hotel dan 10 minit jalan kaki dari tempat kitorang diturunkan.. Yang ikat kain pelikat kat pinggang macam pahlawan melayu konon2 tu dia la tourist guide kitorang..

 Ya hot spring waterfall.. Selalu aku mandi dalam kolam air panas je.. Tapi ni boleh mandi dalam sungai dia :)

 Syahduuuu..

 Syahduuu lagiii..

 Rezekiiiii...

 Pompan terkejal dengan dagu berlapisnya.. Takut woiii..

Dari hot spring waterfall kita pergi pulak emerald pool.. Perjalanan lebih kurang dalam 30minit dari hot spring dan 30minit lagi dari tempat kitorang diturunkan.. Nice! (-___-')

 Memang sepanjang nk pergi kat sini kitorang dah mengeluh penat la rasa nak patah balik.. Sebab jauh kot..
Tapi bila dah sampai kat sini terus hilang penat bila tengok air sungai dia jernih gila.. Auwww!

 Penat-penat dah sampai atas ni memang wajib la kau mandi.. Dah la air dia bersih jernih pulak tu..

 Kemain hepi memasing..

 Ye tau hepiii..

 Hepii sampai dah takde caption..

Cewahhh! Hakak rara nak beraksi menunjukkan kebolehan berenang tuuu.. Sedia ye hadik-hadik..
Hati2 sebab tepi2 ni sangat licin ye.. So cara yang paling efisyen adalah hadik-hadik menelangkop macam yang hakak buat ni pastu gostan perlahan2 sambil jerit 'KETEPIIII! KETEPIIII!' *gaya Usop wilcha*

 Woosh! Woosh! Berenang la kau dengan riangnya..

 Skill kuak dada.. Tapi tak berapa nak jadi sebab buah dada berat sangat.. Haha!

 Skill anjing berenang berirama.. Haha!

 Lunch kitorang.. Ok yang ni betul sedap.. Oh! lupa nak bagitau.. Kitorang amik pakej untuk muslim..
So makanan yang disediakan halal..

 Ni kawan kitorang kat sana.. Naik sama van.. Dorang baru kahwin.. Datang sini pon untuk hanimun..
Tengokla inai kat jari pon tak hilang lagi.. :)
Tapi memang ramai orang Malaysia yang kitorang jumpa kebanyakannya baru kahwin n datang sini sebab nak berhanimun.. Untunglaaaa.. :)

 Lepas dah kenyang semua, kitorang gerak pulak ke tempat gajah.. Perjalanan nak ke sana dalam 15minit.. K nasib baik tak jauh.. Aku dah tak sabar dah ni.. Hehe!

 Taraaaa! Dah sampai.. :)

 Waaaaaa... Ooooooo... Aaaaaaa... Yeaaaaayyyyyy!!

 Amacam? Boleh jadi permaisuri rimba tak? Cewah! ;)
Kenangan yang tak boleh dilupakan.. Sebab dapat jugak merasa jadi 'pilot' gajah! ;)

 Gajah2 ni comel kot.. Dah la jinak.. Pandai pulak tu.. Bila nak tangkap gambar kau cakap je 'smile' nanti terus dia angkat belalai dia.. Aaaaaaa kenapa comel sangatttt!

 Haha! Kak Atol yang dah pening sebab lama sangat atas gajah..

 Memang takkan aku lupakan pengalaman pertama kali berendam dengan gajah.. :')
Tiba teremosi.. Over tauuu!

 Lepas dah berjimba2 dengan gajah2 yang comel tu.. Kitorang pergi pulak melawat Tiger cave.. Kira ni tempat beribadah orang2 kat sana.. So banyakla patung2 berhala warna emas yang kau boleh tengok..

 Kawasan kat sini besar kot.. Pastu tokong2 besar dia ada la 5-6 camtu kot tambah lagi tokong2 kecik cam atas ni.. Hamboi banyak gila.. Ramai betul orang2 yang alim ye sembahyang kat sini sampai kena buat banyak-banyak tempat sembahyang.. Uuuuuuu..

 Kau memerlukan pakaian yang sangat sangat sangat selesa bila berjalan 1 hari tanpa rehat! Take note!
Yes memang selekeh tapi aku sangat selesa ;p

 Ni dalam gua tempat dorang sembahyang semua..

 Patung macam ni memang banyak ye.. Banyak sangat..

 Banyak dan besar!

Nama harimau ni Tanggang.. Jangan ingat manusia je ada nama tanggang.. Haha!
Tak lawak?? Wateverrrr!

Bersepah-sepah berhala ni.. Yang tinggi sekali tu dengar cerita mahal.. Sebab dia dibuat dari batu apa ntah.. Tapi memang cantik.. Warna hijau.. Bila aku pandang je macam terpukau sekejap.. Eh bahaya!

 Campak duit dalam tu untuk dapat apa yang dihajatkan.. Kepercayaan dorang..
Siap ada 'penjaga' 2 ekor tepi tu..

 Berdoa untuk dapatkan pengampunan..

Kecik2 dah rajin ke tokong..

Cerita tak habis lagi ni.. Tapi nanti aku sambung part 2 plak.. Jari jemari aku yang montok ni sampai dah kejung bentan parkinson semua ada.. Nak bagi depa rehat dulu.. Petang kang kalau aku rajin aku hapdet.. Tu pun kalau jari aku rajin la..

No comments:

Post a Comment