Friday, February 17, 2012

Krabi day 2

Aku sambung lagi cerita holiday aku kat Krabi.. Bersama siapa?? Siapa lagi kalau bukan bersama kezen kezen kezen kezen ISMAM ku.. Yaaaa kena sebut kezen banyak kali sebab lebih dari sorang..
Hari kedua kat Krabi dah start program kitorang dari pagi sampai la ke malam.. Aktiviti yang kitorang buat semua termasuk di dalam pakej ye.. Duit pon takyah bawak sebab makan semua ditanggung.. So tinggal bawak badan dan iman yang tinggi.. Haaaa iman kena tinggi.. Mamat omputih kat sana semua bajet hothot!
Terliurrr hakak kau ni tengok.. Wahaha! Dasar pompan tak sedar diri.. Laki kat rumah rindukan kau.. Kau boleh pulak usha mamat lain.. Eh Cuiyam rindu ke?? (-___-')


 Ooooo.. Ni maksudnya natural beauty in the morning..
Euww! Stekmen berani mati.. haha!

 Brekfes hotel sediakan.. Yoget wit fresh fruit gitu..
Tapi bekalan milo,roti gardenia ngan ayam brand kitorang hangkut sekali..
Kang takde makanan halal ko nak mencekik ape.. haha.. Padahal tau ada punya makanan halal..
Saje prepare kang lapar lagi ke duit dah habes ke tak risau dah..kan? ;)

 Megi pon hangkut sekali sampai 15 cawan.. Hambek kau! Betol taknak kelaparan langsung ni..

 Hari ke-2 memang aktiviti kat pulau-pulau je.. Esoknya baru aktiviti darat..

 Sian kak Dian tertinggal spek.. Tak boleh nak bajet hot macam kitorang.. Haha!

 Bot ni laju gila so angin memang kuat.. Konon je takut tercabut.. Padahal ok je..
Propa sangat tau korang ni.. :D

 Angin dah la kuat.. Pastu melayang-layang la monyet 2 ekor ni.. Comel kot!
Semua tergelak tengok 'aksi' monyet ni..

 Yaayy! Dah sampaiii... Ni pulau 1st yang kitorang pergi.. Pe ntah nama pulau ni.. Lupa dah..

 Kawasan tsunami? Serrram nih!

 Terpakse disensor sebab nampak peyot.. Malu tauuu..

 Ondeway ke Maya Bay.. Sumpah batu-batu kat sini lawa..
Air dia pulak jangan cakapla.. Biruuu.. Rasa nak minum je..

 See??? In real lagi cantik.. Cantik sangat!

 Kat tengah-tengah laut tu ada pulak manusia duduk dalam batu-batu ni.. Tak silap aku ada 10orang yang duduk dalam ni.. Kerja dorang kutip sarang burung.. Dorang makan apa ek.. Barang-barang dapur dorang beli kat mana.. Ada restoran kot dalam tuuu..

 Tu dia! Tu dia! Nampak dahhh..

 Taraaaa! Maya bay yang selalu jadi buah mulut orang.. Kata cantik la terbaik la Superb la..
Bila dah tengok sendiri macam speechless sekejap!
Ok memang cantikkkkkk ok! Memang betul la apa orang cakap..

 Kat Maya bay ni pun ada orang duduk.. So ni kiranya kitorang nak ke sana la tuu..
Nak tengok gak tempat tinggal orang pulau macam mana kan..

 Harus jakun woiii..

 Hoii cantik hoiii pemandangan kat sini.. :')

 Kat toilet pon jadi nak bergambar.. Gasakk..

 Auwww.. Nak duduk sini terus boleh? Pokok-pokok yang kat belakang tu cantik kot..
Aduyaii.. Napela gambar dalam ni tak berlaku adil..

 Depan tu tempat dorang tinggal.. Tapi aku amik gambar ni pun sebab kau tengokla bersih tak bersih pulau ni.. Nak baring guling-guling pon takde hal..

 Oooo.. Dorang tidur dalam khemah je.. Tapi still aku terpesona.. Gituuu..

 Rezeki jangan ditolak..

 Kat sini pon boleh snorkling.. Tapi aku tengok cina 2orang ni duduk je kat tangga tu..
Almaklumla tempat tersembunyi.. Nak beromen la tueww..Opss!

 Kata pelancong.. Kena la tangkap gambar kat depan khemah dorang..

 Pelancong kan.. Gambar macam ni pon wajib.. Ala-ala walk of fame.. Konon macam tinggalkan jejak bukti dah sampai sini.. Haha! Poyo! Tapi pasir kat sini tak macam pasir kat PD tu.. Masa mula2 pijak tak rasa apa.. Punya la halus putih plak tu.. Kalau kat PD nak pijak pon takut ni kan lagi nak berkaki ayam.. Silap aribulan terpijak botol kaca sape nak menjawab..

 Cuiyam tak suka aku tampal gambar2 katun macam ni.. Macam budak2 dia kata..
Tapi aku rasa comel je.. Baru kawaii.. Euww!

 Aaaaargh.. Cantiknya laut niii.. Rasa macam nak tidur je dalam air tu.. Tapi apakan daya aku ni bukan spisis ikan duyung.. Kang mati lemas aku kat situ.. Dah satu hal kakak2 sedara aku nak menjawab ngan Cuiyam..

 Haiii kawann kawann *nada Yus rajalawak*

 Ni pulau ke-3.. Lupa gak nama pulau ni.. Berhenti sini sebab kitorang lunch kat sini..
Gambar makanan lupa nak amik sebab masing2 dah kebulur.. Lepas dah licin baru teringat.. Takkan nak muntahkan balik makanan tu kan.. Haha!

 Mentara tunggu orang2 lain naik harus ada gambar poyo seketul dua..

 Kan aku dah cakap gambar poyo seketul dua kena ada.. Tapi memang penat weii..
Dah kata bercuti harus penat gila bab punya..

 Ni pulau ke-4.. Pulau last macam biasa aku tak ingat nama pulau ni.. Sini baru boleh snorkling..

 Ini landak laut.. Kena kaki seriau la kau sampai masuk spital.. Antara yang menjadi mangsa landak laut kakak sedara aku bawah ni kak Atol..

 Eh bahagianya muka.. Rindu landak laut la tewww..

 Ni ikan buntal..

Haa yang belakang tu bapak ikan buntal..

 Ok kamera aku dah tak ada dara.. Sebab ni pestaim dia masuk air.. Hukhuk!

 Tersadai la kau!

 Ondeway balik hotel naik yang macam tuktuk tu.. Tapi ni tuktuk besar.. Dapat la jugak merasa naik :)

 Malam pulak kitorang pergi night market.. Dah sampai Krabi, wajib pergi pasar ni.. Semua benda ada..
Makanan kau jangan cakapla.. Semua nampak sodap.. Sotong besar2 betis kau.. Pastu semua fresh.. Tapi kitorang tak beli pon.. Ada je makanan halal situ... Tapi kitorang was2 so tangkap gambar je la mampu..

 Alahai comelnya.. Benda ni manis tak silap aku.. Nak beli tapi dah was2 memang tak la nak beli kan..

 Air kat kedai ni terbaik.. Serius tak tipu.. Kalau ada sape2 pergi Krabi nanti pergi pasar ni korang kena beli air ni.. Memang sedap murah pon murah.. Dalam 2ringgit duit kita cawan pon besar.. Owner dia pon peramah.. Siap boleh cakap bahasa Malaysia tuu..

 Stroberi yang gemok+manis.. Pelik gak sebab cuaca kat sana panas.. Tapi kau tengokla macam mana stroberi dia gemok2.. Merah pulak tuu.. Mana la dorang dapat..

 Kretif kannn.. Daun pandan dorang buat jadi jambangan bunga.. Nak beli tapi takut bila dah sampai Malaysia dah kering takde bau.. :(

 Memangla orang2 Thailand ni kretif2.. Terkebil-kebil mata aku tengok makcik ni dok ukir2 sabun tu..

 Tau dah kau tu pelancong.. Pasar pon jadi  (-__-')
Kat Malaysia treffik lite kita pakai tiang tegak kurus kerempeng tu je.. Kat sana dorang guna godzilla pkai cawat pegang lampu treffik lite daaa.. (0.0)
Ni la van yang disediakan dalam pakej kitorang.. Besar dan selesa ok.. Sebab van ni memang khas untuk kitorang 5orang je (^___^)
Malam ke-2 kitorang makan besar.. Order siakap 3rasa,tomyam,kailan,butter prawn,telur dadar..
Ada la dalam rm100++ duit kita.. 
Haaa.. Nganga lagi besar kak Dian..Kekeke!
Lepas makan kitorang jalan-jalan.. Shopping sepam dua.. Tengok maknyah pakai bikini menari tiang..
Pastu balik hotel tidur pastu sambung cerita part 3 yang aku tak tahu bila aku nak hapdet.. Waaaa! 


No comments:

Post a Comment