Wednesday, August 24, 2011

Muhasabah diri

 
If you are tempted to lose your patience, just remember how patient
Allah has been with you


Monday, August 22, 2011

Jangan disalah tafsirkan..

Assalammualaikum..

Pejam celik pejam celik minggu ni minggu last kita berpuasa.. Minggu depan dah bulan syawal.. Setan-setan pun akan dilepaskan tak lama lagi.. Aishhh tak suka la kalau setan-setan ni dah kacau hidup manusia ni.. Huru hara jadinya.. Ok aku pon tak paham apa kena mengena setan dengan entri aku kali ni.. (-__-')

Dah tukar topik.. Pejam celik pejam celik dah ada 30orang pengikut hot-hot yang mengikuti blog murahan aku ni.. Tak ramai pun.. Tak gempak macam blogger lain yang dah ada pengikut sampai belas ribu puluh ribu tu.. Tapi ok la dari tak ada kan.. Kira takde la aku syok sendiri dalam blog murahan ni.. Hoho.. Harini tetiba aku nak buat entri khas untuk blog aku.. Poyo-poyo la sikit kan bajet macam tigapuluhribu dah pengikut siap nak buat entri macam ni..

Baiklah ingin aku tegaskan di sini bahawa blog aku ni adalah blog mengenai diri aku, kehidupan sehari-hari aku, keluarga dan kawan-kawan aku.. Apa je yang jadi dalam hidup aku akan aku taipkan dalam blog murahan ni selagi aku rasa benda tu boleh dibaca untuk korang-korang semua baca.. Hmmm..Aku rasa hampir semua benda aku taip dalam blog ni *kecuali masalah rumahtangga aku..

So bila korang bukak je blog murahan ni korang akan baca dan tengok apa aktiviti aku dan apa benda-benda baru dalam hidup aku.. Jangan sesekali disalah tafsirkan tujuan aku bercerita dan meletak segala macam gambar sebagai menunjuk-nunjuk.. Lagipun bukanlah hebat pun corak kehidupan aku ni.. Sekadar mahu berkongsi kegembiraan dan luahan perasaan aku bersama korang semua.. Itu saja niat aku..

Kalau lah aku tak bercerita semua tu habis apa guna blog raraanggun (murahan) ni.. Sebab dah terang-terang blog aku ni bukanlah blog fesyen, masak/makan, gosip mahupun sukan.. Sebabnya ni blog tentang kehidupan aku kira macam diari la konon bezanya cuma aku menaip bukan menulis dan korang semua boleh baca.. Macam pepatah yang digunakan oleh cikEpal blogger femes tu 'MY BLOG IS UNEDITED VERSION OF MYSELF'.. Lebih kurang gitula bunyinya..

Jadi kepada sesiapa yang rasa meluat, menyampah rasa nak bakor je PC korang bila baca blog murahan ni, aku bukan nak bersikap kurang sopan jauh sekali bersikap sombong tapi korang tak perlula nak baca blog murahan ni lagi.. Nanti kalau baca buat korang meluat je pastu kutuk-kutuk aku kat orang lain buat apakan.. Kang free-free je aku dapat pahala korang.. Ok aku akhiri karangan merapu aku ni dengan menyatakan aku bangga menjadi anggun diriku sendiri.. Okbye! :)




Friday, August 19, 2011

Dilmi lagiii!

Semalam buka puasa dengan kawan-kawan ofis.. Macam biasa kedai makan Dilmi yang jadi pilihan.. Minggu ni je dah 3kali makan situ.. Dan macam biasa tomyam,kailan,telor dadar,sotong tepung wajib ada dalam menu..Kalau dah sedap dan murah siapa yang tak jatuh hati kan.. Tapi semalam speshel kes.. Ofismet kitorang yang belanja.. Alhamdulillah dapat makan free.. Padanla semalam sedap dia lain macam.. Hoho!
Apa-apa pun aku doakan moga bertambah-tambahla murah rezeki en.matlan dan isteri.. Terima kasih korang sebab belanja makan.. :)


 Oh! Dilmi kesayangan..

 Budak botak ni dah lasak dah sekarang..

 Sabar kak Uyah..

 Nampak macam ada kemistri kat situ ye..ye..

 Perghhhhh....!

 Meleleh la air liur korang tengok.. Udang masak sambal dia tu bawak sampai mimpi doh..!

 Peerrrrrrrrrggghhhhhhhhhhhhh! i love dilmi!







Iftar di Prescott Metro Inn Kajang

 Cuba buka puasa kat hotel murah je yang mampu..

Ok ni sedap..

 Ok yang oren tak sedap..

 Walaupun tak grand mana hotel ni tapi makanan dia agak memuaskan.. Aku bagi 4/5..
Sape yang teringin nak makan kat hotel, makanan sedap tapi nak bajet murah boleh try sini..





Thursday, August 18, 2011

Shopping la apa lagi..

Untuk menghormati hari Nuzul quran sehari sebelum tu (padahal taknak pergi time cuti sebab takut ramai orang) aku dengan akak-akak admin pergi Sogo dengan jalan TAR.. Shoping raya la katakan.. Tapi nan hado tak ramai orang lagi sesak napass ada la.. Punya la ramai manusia kat sogo tu.. Pe tidaknya sale sampai 70% barang-barang sembonia,carlo rino,polo semua tu.. Mana tak meriaunya makcik-makcik tu semua.. Aku pulak dapatla sepasang baju kurung yang harganya sampai rm250! Aku pun tak tau la kenapa aku boleh beli baju semahal tu.. Nak sangat merah kau kan pompan.. Hambek terus macam kena pukau bila tengok kale merah tu sampai main beli tak pikir panjang.. Terpaksa cut kos untuk barang-barang lain.. Aduyaiii..


 Dah kena sampuk masing-masing.. Sabar kak sabar..

 Kalau pergi dengan mak-mak wajib naik tempat kanak-kanak.. Tangkap gambar je la aku mampu..

 Jalan TAR plakkkk..

 Sogo balik.. Tengok aku dah tersadai tepi tu..
Uuissshh aku cakap sama kau ponat wei ponatttt!

 Kau jangan terpedaya.. Dorang dah sumbat-sumbat  barang lain dalam beg yg lagi besar..
Aku tengok dorang shoping aku pun takut..

 Bila dah sedap shoping, poket dah barai kaki dah longlai park kereta pon dah tak ingat kat mana..
Nasib baik setengah jam je kereta 'hilang'.. Kalau tak berbuka la kau kat parking lot tu..







Alza & Berrihitam

Assalamualaikum..

Bulan puasa ni murah rezeki si suami.. Da la dapat hp baru kereta pun dapat jugak.. Aku kena tempias-tempias je.. Takpe kalau si suami bahagia aku dah tak perlu apa-apa lagi.. Cukuplah setakat melihat kebahagian dimuka suami tercinta.. Makkkaiihhh ayat aku.. Propa melampau agak-agakla pun.. Haha! Alhamdulillah.. Tahun ni raya pertama aku sebagai isteri beraya pulak dengan kereta baru & suami baru.. (Wahh kemain suami baru macam mak janda plak hakak sebelum ni..) Kereta biasa-biasa je pun.. Tak mampu lagi nak beli mercedes mahupun BMW.. Tapi aku tetap bersyukur sangat sebab dimurahkan rezeki macam ni.. Gembira sangat-sangat :)  Doa orang teranaiya ni Insyaallah dimakbul kan *tiba kannn


 Gembiranya tengok dia gembira :)

 Tomyam dilmi ni dah sebati dengan jiwa kitorang..
Tomyam,kailan,telur,sotong tepung menu wajib.. Tak tahula bila kerongkong ni nak muak..

 Pavlova dari Delicious yang wallah!

 Berrihitam untuk si suami.. Kau tunggu la D hp aku plak. hehe!

 Kemain tau laki aku ni senyum tersipu-sipu macam kulat..
Geli teman nengoknye.. Huaarggh..





Monday, August 15, 2011

Sekarang beli hadiah pun dihujung jari..


Aku pasti yang korang semua penah tengok logo ni kan.. Ni 1st taim aku cuba beli vocer kat milkadeal ni.. Sumpah best pomosyen-pomosyen yang dorang tawarkan.. Berbaloi-baloi beb!

RM39 instead of RM89 for a Nino Signature Series Handmade Leather Vest for iPhone 4 + Anti-glare Screen Protector + Free Shipping Nationwide from Mobile Element Distribution Enterprise [56% OFF]
 
 
Ni bukan aku punya.. Aku hadiahkan untuk kak sedara aku sempena harijadi dia yang dah lamaaaa dah..

Sekarang baru terhegeh-hegeh nak bagi hadiahkannn.. Ketinggalan punya perangai..Heh! Aku dah lama usha milkadeal ni tapi baru sekarang aku beli vocer dorang.. Kebetulan kak sedara aku nak casing Ip4.. Pastu milkadeal plak ade vocer untuk Ip4 apalagi aku grraabb je la.. Kualiti mahal tapi harga murah siapa yang taknak kan.. Siapa yang tak try ce try ce try.. Pasti takkan menyesal.. Berbaloi-baloi! Haiishh takyah aku susah-susah lagi.. Sekarang beli hadiah pun kat hujung jari.. Klik klik klik pastu duduk je tunggu sampai barang orang hantar kat kita.. Tak ke senang hidup namanye tu..





 

ISMAM famili..

Sejak dua menjak ni kemain aktif jari tunjal aku ni bercerita pasal keluarga ISMAM.. Aku pun heran, mungkin sebab sekarang bulan ramadhan so banyak aktiviti dengan dorang.. Ni aku nak cerita pulak pasal malam tadi.. Macam biasa dah macam jadi tradisi setiap tahun rumah cik Ani aku akan jadi port kitorang berbuka ramai-ramai yang melibatkan adik-beradik baba aku bersama keluarga masing-masing.. Pastu nanti setiap keluarga akan bawak buah tangan untuk berbuka.. Bila untuk 20 orang makan jadik 80 orang makan sebab semua bawak 1-2 jenis makanan.. Hebat ye keluarga ISMAM sentiasa harmoni dan bersatu padu..

Tapi malam tadi kurang sikit best sebab ada yang tak dapat datang.. Kalau tahun-tahun lepas punya cerita kemain havoc suasana kat rumah cik Ani.. Pe tidaknye lepas buka, kitorang bantai bakar mercun berkotak-kotak yang stok macam kat dataran merdeka tu.. Tapi tahun ni takde mercun dah.. So kitorang gantikan malam semalam dengan tengok perlawanan badminton je.. Tetap havoc wa cakap sama lu.. Nak runtuh rumah bila kitorang menjerit.. ISMAM famili pulakkk..

 Ni sebagai contoh (gugel).. Tapi stok kitorang lagi gempak.. Tak mainla ciput macam ni..

 Tengok badminton pun havoc macam main mercun..

 Kemain semangat peace bagai kannnn..

 -Kesayangan-

  Ada aku cakap tak kenapa aku sayang n suka lepak rumah cik Ani ni.. Takde kann..
Sebab utamanya mestila dia kayo rumah gabak..Tu yang best tu.. Muahaha! Gila keji perangai no1..
Yang korang tengok atas ni dalam rumah yang sama tapi lain ruangtamu..Riak tak? Gila keji perangai no2..
Ok bukan rumah aku pun tapi bercerita macam rumah sendiri.. Gila punya perangai!





Buang duit kau je tengok The reef..

Hari Jumaat hari tu buka puasa dengan kawan-kawan si suami.. Awek dorang pulak kawan aku.. Kena sangatla tu.. Banyak kot lauk berbuka kitorang malam tu.. Tapi dah pelahap punya pasal sampai lupa nak amik gambar makanan.. (-___-)
Lepas tu berjimba pulak kat Alamanda (haritu ponteng taraweh) kitorang layan cerita  The reef.. Aku ajak tengok koboi perang dengan alien tu dorang taknak.. Padan muka membazir 9hengget tapi cerita macam haram jadah tak best.. Aku dah cakap awal-awal dorang degil.. Melawan lagi cakap aku.. Nasib baikla time tu lepak dengan Faizal n Seelan paul.. Takdela aku bengang sangat.. Ala yang jejaka-jejaka HOT FM tu.. Aisshh takkan tak kenal kot.. Aisshh tak percaya pulak korang kan aku kawan dengan artis.. Aisshh jap aku bagi gambar.. Aissshhhhh!


 Aku bagi 1/5 je.. Rugi tengok kat wayang.. Kau jangan pergi tengok..
Baik dengar cakap aku kang nyesal tak sudah..

 Kan aku da cakap aku kawan dengan artis.. Ok bulan puasa tak baik menipu rara.. (-__-)
Time ni dorang tengok wayang gak.. Tapi cerita beruk tu.. Pastu dah nampak artis kann..
Ajakla bergambar.. Takkanla kitorang boleh kawan dengan artiskan.. Populerrr ke kau nak kawan dengan artis.. Huh!

 Kondisi badan memang macam tu bila dah sumbat siakap 3rasa,tomyam campur,kailan ikan masin,telur dadar,sotong tepung,nasi 2 pinggan,jus tembikai 2gelas penuh..  .sekian terimakasih.

 Bila perut kenyang hati pun girang..

 Bila hati girang kenala lepak kat jabatan Putrajaya..

 Bila dapat lepak kenala senyum nampak gigi.. Dahi pun taknak kalah jendulnya..
Booooo MU! Eh apa kena aku ni okbye!






Saturday, August 13, 2011

Supermak..

Minggu lepas aku pergi fotoshut.. Tak sedar diri kan.. Badan dah macam tong gas ada hati nak fotoshut bagai kann.. Habis tu dah orang tawarkan siapa taknak.. Baidewei aku nak ucap terima kasih dekat kak Ami n geng sebab bagi kepercayaan dekat aku yang tak cantik ni tapi anggun tu ye sebab jadikan aku model dia untuk fotoshut kali ni..

Ok aku nak certa sikit pasal kak Ami ni.. kak Ami ni menjalankan berbagai-bagai bisnes.. Jangan korang tak tahu macam-macam kerja dia buat tau.. Yang terbaru sekarang dia buat mekap dan fotografi untuk apa-apa jenis event.. Yang lain-lain bisnes dia pulak menjahit baju, jahit tudung, jual barang-barang kecantikan, buat felt craft dsb.. Lepas-lepas ni aku tak pasti apa lagi projek yang kak Ami ni nak buat.. Pada aku kak Ami ni seorang yang kuat, gigih, rajin dan tabah.. Yela sebab macam-macam dia boleh n nak buat..

Bak kata kak Ami :
'kerja sendiri ni susah kita tak dapat nak jangka apa yang jadi akan datang nanti.. Kadang-kadang rezeki kita murah tapi kadang-kadang tak ada langsung.. Tu sebab akak buat semua kerja.. Kita ada keluarga dan kita mesti nakkan yang terbaik untuk keluarga kita..'  Aku memang setuju apa yang kak Ami cakap dan aku tabik la kat kak Ami sebab susah nak carik wanita yang kuat macam kak Ami zaman sekarang ni.. Aku harap aku boleh jadi supermak macam kaka Ami suatu hari nanti..


 Ni la kak Ami supermak macam kat tv3 tu dengan anak n hubbynya..
Hubby dia sentiasa support 100% apa yang dia nak buat.. Sweet ok..

 Abaikan 2orang joyah atas tu.. Fokus kat tulisan-tulisan tu je..
Ni projek terbaru dia.. Berbaloi-baloi aku cakap sama kau..

 Murah tu rm200 masuk mekap.. Sekarang cakap dengan aku mana nak dapat pakej murah macam ni..

 Ehem-ehem.. Jarang-jarang aku mekap macam ni aww.. Nak-nak free plak tu..
Hmmm..Lawa gak badak sumbu ni..

 Ok yang ni fevret aku.. Lantak korang nak cakap aku perasan ke apa
Tapi aku nampak slim la.. Akhirnya!

 Ok ni Nani.. Dia memang dah biasa fotoshut-fotoshut ni.. Jeles tengok shape badan dia..
Nak-nak kalau dia dah posing..Aishh! Nasib baik kita sejenis.. Kalau tak aku dah rogol kau Nani oiii!

 Ni fevret aku jugak.. Nampak klasik disitu.. Silap tak pakai baju kurung je..
Kalau tak mesti ohsem.. Eh! puji gambar sendiri plak.. (-___-)

 Sajeee nak letak gambar ni lagi sekali.. Sekarang korang boleh fokus tengok gambar 2orang Joyah yang konon-konon bawang merah bawang putih tu..

Jadi seorang isteri, ibu dan buat macam-macam kerja dalam satu masa adalah kerja yang mencabar.. Dan kak Ami berjaya melakukannya.. Aku doakan kak Ami sentiasa berjaya dengan apa je yang kak Ami lakukan.. Insyaallah.. Ok kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal promosyen atas ni atau nak tengok apa lagi yang dia jual klik je sini.. Dah la penat aku membebel.. Nak siapkan juadah berbuka ni.. Selamat berbuka semua.. Okbye!