Wednesday, February 29, 2012

Newborn little sister

Ehem! Ehem! Ramai yang dah tahu yang lepas mama aku meninggal baba aku kahwin baru.. Tapi aku sampai sekarang tak boleh masuk lagi ngan bini baba aku.. Mungkin sebab saka aku ngan saka bini baba aku tu tak ngam.. Haha! So bila dah kahwin mesti bersetubuh kan.. Bila dah bersetubuh mesti mengandungkan.. Dia mengandung dan dah selamat pon melahirkan seorang baby perempuan..

Memperkenalkan adik baru aku hasil dari sperma baba aku yang masih kuat walaupun dah berumur 62tahun.. Cayalah ba! Apa rahsia? Takkan makan tempe goreng hari² boleh jadi subur kot.. Turunkan sikit ilmu tu kat Cuiyam.. Dengan menantu pun nak berahsia.. Aishhh!


 Alololo.. Suittnya dapat hakak macam aku.. Hewhewhew

 Time ni ondewei nak pergi hospital pastu tengok cantik pulak awan nanonanonano ni..

 Lebat rambut kau dik :)

 Alalalala comelnya dia senyummmmm.. :)
Kalau dah namanya baby mesti ada je tempek benda pelik² kat dorang..

Dah bukak mata sikit dah diaaaaa :)
Oh lupa nak bagitau nama dia Farra Azzalea(kekal abadi).. Gigih ni google nama pangkal AZ..
Tapi adik baru aku ni adik luar negara.. Made in Indonesia..
Kau mampu?? Haha.. Lantak la dik.. Tak kisah la kau made in mana pon janji hakak sayang kau jugak..
Cuma mak kau je hakak tak sayang..

*Stekmen maut tuu.. Wartawan baca ni kompom aku kena banned*

Ah! Lagi sekali stekmen maut perasan artis. Hohemji!

Singapore!

 Tunggu kamiiii.. ;D

Kali ni aku bercuti dengan kawan² aku plak..
Eksaited sangat sebab ni pestaim aku bercuti dengan kawan² perempuan aku n yang paling penting aku dapat pergi salah 1 tempat yang ada dalam list percutian aku.. Cukewwwnye iteee.. :D

Aktiviti H2M

Lama kot H2M tak lepak sama.. Kalau ada pon mesti tak pernah lengkap.. Yela masing² sibuk ngan kerja n keluarga masing² sampaikan H2M pon terbiar.. Tiba kann! Tapi Jumaat lepas semua ada.. Apa lagi riuh la bila semua jumpa.. Kitorang lunch kat AP Metropoint.. Hambek kau suara kitorang je yang riuh kat situ.. Orang semua pandang semacam je macam oi orang asli jakun baru masuk mall memang camtu kan.. Haha! Dasar tak sedar diri masing²..

 Lagi 2 orang duduk depan jadi driver ngan bodyguard.. Kami yang datin² duduk belakang tangkap gambar.. Haha!

Kami yang 'kecik' tak payah keluar dari lif ! Haha!
..........
 Ada cerita pasal gambar atas ni.. Kitorang kan 9orang.. So bila nak naik lif tiba je lif tu bunyi sebab dah ramai sangat.. Pastu keluar la semua balik.. Naik balik lagi sekali taknak kalah lagi tu cuba nak sumbat lagi..Sebab lif ada 1 je ye.. Berbunyik lagi okeh! Hohemmjii! Orang lain yang dalam lif tu dah buat muka sebab kitorang nak sumbat gak ramai² tu..Time tu dah pasrah dah.. Takpela naik la lif jap lagi..Pastu keluar la 6orang, kebetulan yang keluar tu semua badan 'semangat²'.. Pastu time kitorang 3orang nak keluar lif tu dah tak bunyik.. Hahaha! Ok aku stret tu de poin je la..aku nak cakapla yang aku tak lagi tergolong dalam kalangan orang² yang 'semangat'.. Yes!! *muka bangga sambil cekak pinggang macam gambar hakak² dalam katalog KEEP SLIM *

 Ha tu dia yang semangat² tu.. Makcik pakai baju hijau takde kena mengena ye.. Hehe!

 Ni la driver n bodyguard kepada datin² yang hot meletops tadi.. ;D

 Perlu buat muka mintak kena pijak??? Cuiyam kau suruh la bini kau ni semenggah sikit.. Ptuuiih!

 Diskas untuk buat makan² kat rumah siapa siap buat undian tu.. K fine semua dajalkan aku, pakat ramai² buat kat rumah aku.. Fine la korangggg! Fineeee!

 Note for Cuiyam?? Hmmmmm.. Naaaa!

Dorang sebulat suara dan semontel jari² dorang,setuju nak buat makan² kat rumah aku bertemakan warna pepel.. Fineee! *ouhhh gediknya nak bertema bagai..hikhik*

Tuesday, February 21, 2012

Cameron Highland..

Hohoi...hoii! *m.daud kilau punya stail*
Ecececeh! Semangat M daud kilau hakak petang ni.. Tak tau la kenapa hakak menggelitis sangat petang ni..
Tapi lagi tak paham kan apa kena mengena M daud kilau ngan cerita Cameron hakak petang ni..
Back to the topic pleaseeee! (baca balik banyak pulak ayat petang ni aku ulang)

Yaaaa.. Awal bulan haritu sempena cuti Maulidur Rasul dan wel-wel cocok badan tu aku ngan FIL pergi holiday kat Cameron.. Eksaited uolls sebab antara tempat yang aku nak pergi bercuti tahun ni adalah kat Cameron.. Cameron je ke kak?? Ye dik oii.. Cameron je.. Nak pergi Zimbabwe hakak tak mampu lagi.. So bercuti je la dalam Malaysia ni haa.. Tapi hakak suka! Sebab ni pestaim pergi tempat sejuk dengan laki hakak.. Bila sejuk je hakak peluk dia, dia peluk hakak.. Auwww! Tak ke romantik namanya tu.. (^__^)



 Tak kuasa tau nak layan laki aku ni.. Siap nak topi bagai.. Duhhh!

 Mertuaku..
Time ni abah dah cakap jangan masuk dalam fb tau.. Aku pon dengan sopan santun dan lemah lembutnya jawab baikla abah.. sambil memberikan senyuman yang paling manis sekali.. Semanis kurma TV9 tu..
Dalam hati 'baik abah saya tak haplod dalam fb dalam blog je saya haplod..'  haha!

 Dalam banyak-banyak kedai makan aku rasa kedai makan ni je yang sedap.. Yang lain hampeh..
Bila makan kat sini terasa macam makan kat Malaysia pulak..
?????????????

Hoi! Cameron kat Malaysia la samdol! Kau ni dah kenapa pompan..
(Serius time kat sana banyak kali kot aku pikir Cameron tu bukan kat Malaysia)
Bodo sangat.

 Mecing kan ngan tudung aiiii..

 Lepas dah makan-makan tu kitorang balik bilik rehat2 dulu.. Lepas magrib terus turun gi pasar..
Ramai gila manusia kau tau.. Nak jalan pon berhimpit-himpit.. Nasib baik la atas tu sejuk.. Tak berpeluh..
Kalau tak macam2 bau keluar.. Haaa tak rela aku tau..

 Stroberi makcik ni gemok2 la.. Diva sangat sampai nak sentuh pon tak boleh.. So boleh tengok jela.. Pastu aku cakap la 'taknakla beli kau sebab aku nak petik sendiri nanti.. Lagi best'
Bweek! Aku ejek la stroberi tu pastu Cuiyam marah, sebab aku buat macam tu..
Eh! Aku cakap kat stroberi tu bukan makcik yang jual tu.. Kau pulak nak emo kan D.. hoh!

 Time ni Cuiyam kena paksa amik gambar aku.. Dia taknak sebab malu ramai orang tengok aku jakun sangat dok pecahkan buih2 tu.. Eh aku peduli apa.. Ada korang nampak kat buih tu tulis jangan sentuh or please dont touch macam stroberi gemok atas tu? Takde kan..

 Pasrah je la dapat bini camni Cuiyam..

 Beli jagung mutiara untuk kakak opis pastu apek tu bagi la free 1 kerat 5..
Aku ni kan jenis bangsa yang menggelupur.. Konon seronok la dapat jagung free last2 habis jatuh jagung2 tu.. Nampak tak kat kaki kitorang.. Pastu aku pandangla apek tu.. Baru je aku nak cakap dia dah cakap dulu '1 kali je free ha amoi'
Ahhh! kedekutla apek ni.. Tau2 je aku nak mintak lagi satu.. Haha!
Nasib ramai orang kalau tak aku dah guling2 dah kat jalan tu mintak lagi 1..

 Dulu time arwah mama aku sakit dia suka makan sayur ni.. Rebus pastu makan dengan kicap perah limau..
Sedap tau.. :')

Lepas dah habis tawaf 1 pasar tu kitorang pon gerak la balik hotel.. Sebelum balik tu memang dah plan nak beli burger.. Pastu singgah la kat kedai burger yang ada tepi jalan tu.. Sambil tunggu tu, almaklumlah orang pompan ni kalau tak bergambar tak sah kan.. Tapi dalam banyak-banyak gambar aku paling suka 1 gambar ni.. Gambar adik ipar aku.. Gojes gila la! Kalau mak mertua tengok pon nangis la sebab gojes sangat.. Korang nak tengok tak?





































Betul nak tengok ni?









































Sure? Jangan menyesal kalau korang terjatuh hati nanti..






































































Ok nah!

























 Haaaa! Gojes habis dah nih.. Tapi disebakan aku ni kakak ipar yang baik aku pon sanggup bekerjasama untuk buat kerja bodoh dan hodoh.. Hahaha!










Kau mampu bela bulu hidung bersepah?

 Habis garang la ni? Ptuihh!

 Muka bajet comel tapi Anin (adik ipar aku yang tudung kelabu) macam pelik kan muka bajet comel dia..
Itu muka mintak siku dik oii.. Haha!

 Kalau aku buat muka sedih camni kat Cuiyam sebab nak minta simpati mahunye dia tumbuk muka aku sedas dua..

Adik-adik ipar aku time ni suruh buat muka bajet sweet.. Dah habis sweet dah dorang bagi.. Tapi bila tengok gambar dorang marah sebab aku main2..
Laaaaa.. Ni la muka paling sweet aku.. Maximum sweet dah aku bagi nih..
Susahla dapat adik ipar yang memang sedia azali sweet.. Muka aku yang sweet kat atas ni pon boleh jadi tak sweet.. Apapontakbolehtau!







Ok2 hakak ipar kau try lagi sekali ek..
































Sweet kan uolls..
*pitam*



Friday, February 17, 2012

For u Cuiyam :)

Krabi day 3(part 2) & day 4

Sambungan...

Buruknya la perangai bini Cuiyam ni..

 Ada 2 tangga tau dalam kawasan ni.. 1 ada 1000++ anak tangga..
1 lagi ada bape ratus entah anak tangga..
N ofcoz la kitorang pilih tangga yang beratus je kan.. Tu pon lutot dah menggigil.. Gambar atas ni tangga yang beribu tu.. Time aku tengok ni ada la nampak orang2 tua.. Kagum aku tengok dorang boleh larat naik tangga yang beribu-ribu tuuu.. Dasattt!

 Eh comel plak pokok girafah ngan rusa tu.. Ingat nak beli buat souvenir.. Tapi orang tu kate bukan untuk dijual.. Wahaha!

Jangan memain bapok sana sembahyang tak tinggal tauuu..

 Naik tangga beratus, masuk hutan sebab nak tengok pokok yang usianya lebih 1000tahun..
Apahal pulak tangan aku jadi camtu tuh..

Tak nampak tinggi kan.. Haaaa.. Cuba naik dulu.. Ponek weii..

 Kau nampak anak panah tu.. Lepas dah naik tangga ada pondok atas tu.. Tu la pondok yang kitorang duduk sampai 15minit sebab penat punya pasal.. Mula2 nak turun dah sebab macam dah tak larat nak teruskan.. Tapi bila kitorang pikir balik betapa semputnya nak sampai atas tu pastu senang2 nak turun macam rugi gila kan.. Hajat nak tengok pokok yg 1000tahun tu.. Last2 kitorang teruskan jugak sebab nak masuk ke hutan, tangga dia menurun.. So takde la penat sangat.. Lagipun kalau nak patah balik pon tak guna sebab kitorang menurun jugak nanti kan? So sama je.. Haha!

 Sami-sami kat situ tinggal dalam hutan.. Rumah dorang kecik gila macam pondok sewa kat Sungai Congkak tu..

 Dalam hutan pon ada jugak tempat sembahyang dorang..

 Jalan punya jalan akhirnya jumpa jugak pokok yang kitorang nak tengok.. Time ni bila tengok aku macam terkedu..Masyaallah! hebat betul ciptaan Tuhan :')
Nampak macam biasa je kan.. Macam takde apa kan.. Tapiii...









































































 Gergasi sangat! Hebat tak hebat ciptaan Tuhan.. :)

 Masuk gua yang ada dalam hutan tu.. Ni kat pintu gua.. Gaya poyo konon2 takut..

Bodoh punya anjing.. Ingatkan penjaga gua tu ke apa.. Yela kitorang kan dalam hutan..Segala benda halus banyak dalam hutan tu.. Nasib tak mati terkejut dalam tu..

 Batu-batu dalam ni semua cantik pastu semua rendah2.. Tu yang eksaited semacam tu..

 Kan aku cakap benda ni banyak..

 Seluar aku macam matching pulak ngan baju kak Dian kann..

 Citanya dalam tu ada lagi patung2 tu.. Tapi lubang nak masuk tu kecik sangat.. Dalam tu pon sempit.. So kita tangkap dari luar je.. Dah la pakai selipar.. Tu kalau tergelincir tu mahu benjol kepala..

 Ok geli tegok batu2 dalam ni.. Dia macam berlapis-lapis..

 Ni nama gua tu..

 Air dalam gua.. Menitik dari batu2 tu.. Pastu bentuk batu tu pon melengkung macam mangkuk.. Yang aku geli sebab rupa batu ni.. Cuba tengok betul2.. Menggerutu kot.. Iyek!

 Last day kat Krabi.. Lepas brekfes terus pergi shoping lagi.. Nak habiskan duit yang ada.. Senang hotel kitorang dekat ngan kedai2 yang jual baju souvenir semua.. So jalan kaki je.. Yang laki atas ni kata dia orang Malaysia.. Ni kedai dia.. Dia kata mak ke bapak dia ntah Thailand.. Aku dah lupa.. Beriya la suruh kitorang tangkap gambar ngan dia.. Mampu kau paksa orang tangkap gambar ngan kau? Haha! Tak kuasa ok.. Yang pasti kau tengok muka dia.. Bedak taknak kalah.. Siap pkai lipglos lagi.. Kau hado?

 Nak balik dah.. Gonna miss u Krabi :'(

Lunch dalam flight sebab dah kebulur sangat tak boleh tunggu sampai Malaysia..

Tamat la sudah cerita Krabi ku.. Penat weii taip banyak2 bajet macam ada orang baca je.. Tapi sepanjang aku hapdet pasal Krabi memang aku tersenyum je ingat balik kenangan kat sana.. Bercuti dengan kakak2 sedara yang sproting n happening adalah kenangan paling manis sekali dalam hidup aku.. Bak kata orang kenangan ku bersama mereka tidak boleh di ukur dengan wang ringgit.. Wahh! Hambek kau sekali aku dah berfalsafafafah boleh buat orang yang baca muntah hijau.. Okla korang.. Lepas2 ni nak cerita pulak pasal percutian aku ke Cameron.. Tapi tengok mood rajin aku camne.. :)