Wednesday, July 27, 2011

Manisla Garden ni.. Nak tinggal kat sini terus boleh?

Hari Isnin haritu aku dengan suami dengan kawan kitorang sorang lepas balik kerja kitorang gerak Alamanda.. Nak tengok cerita flat3a.. Ghasak dengan baju korporat tu kitorang belasah pakai pergi tengok wayang.. Malas nak balik mandi..  Cerita dia kau bagi 3/5 la.. Tak best sangat pun.. Lepas tengok wayang kitorang gerak pergi makan pulak.. Tapi kali ni lain sikit tempat dia.. Ala-ala kat dalam taman fairy-fairy gitu..

Hakak suka nokss.. Suka sangat tempat manis-manis camtu.. Sebenarnya dari 2minggu lepas lagi dah nampak tempat makan tu.. Tapi kitorang pulak baru lepas mencekik.. Memang tak arr nak sumbat makanan lagi.. Pecah lak usus perut aku kang.. So bila hari Isnin tu pergi Alamanda alang-alang aku cakap dengan si suami nak makan kat tempat yang manis tu.. 2minggu lepas intai dari luar je kan.. Lagi sekali pergi harus masuk tempat tu.. Oh lupa nak bagitahu nama tempat makan tu Garden..

Harga?? Harga makanan kat sini bagi aku ok la.. Takde la mahal sangat.. Kalau nak makan sebulan sekali boleh la.. Tu bagi aku la.. Makanan?? Makanan pulak ada timur ada barat.. Korang pilih la mana korang nak.. Ok tak masakan dia?? Bagi aku ok.. Sedap je aku makan.. Tanya aku pulakkan.. Apa yang tak sedapnya kalau bagi kat aku?? Semua aku balun janji makanan.. Gelojoh tak perangai hakak.. Tapi yang paling aku suka sekali mestila tempat tu.. Penuh dengan bunga-bunga yang cantik.. Romantik pulak tu tempat dia.. Korang mesti singgah Garden kalau pergi Alamanda ok.. :)


 Berhadapan TGI Friday yang kat tengah ada kolam tu.. Ala yang kat luar wayang tu kan ada kolam yang selalu budak sekolah lepak dok peluk-peluk tanpa segan silu tu la.. Ha.. Kat situla Garden ni..

 Begitulah awan nano.. nano.. nano.. nano..

 Jam ni dorang jual tak silap aku..

 Siap ada piano ok.. Curlassss kau maria..



 Dorang bukan jual makanan je.. Bunga-bunga ni pun dorang jual.. Cop! pasu sekali..

 Ni kawasan jamban.. Sekarang kau bagitahu aku perempuan mana yang taknak duduk lama-lama dalam kawasan jamban macam ni.. Nasib la aku pergi dengan si suami..
Kalau dengan kawan-kawan perempuan aku, aku rasa mahu 2jam kitorang buat fotoshut dalam ni..

 Buku menu dia taknak kalah pulak kann..

 Ok comel sebab tempat duduk tu buaian..
Tambah comel sebab si suami duduk lengkap dengan baju korporat.. Muahaha!

 Ni tropicana blast aku punya..

 Ni honey lemon tea si suami punya..

 Nasi goreng ni nama panjang sangat aku lupa.. Sedap tapi sikit sangat.. Si suami punya..

 Yang laksa kontot-kontot macam lintah ni aku punya..

3air + 2jenis makanan = rm60 ok la kan? Tak la mahal.. Okbye!





Post royan-royan!

Semalam pagi abang posmen bagi surat.. Ada pulak nama aku.. Ehh! Dari Tesco la.. Pastu bukak la sampul dia rupanya dapat vocer dari Tesco.. Almaklum la sekarang dah jadi bini orang.. Kalau dulu selalu lepak Sg.wang, Timesquare shopping baju seluar beg.. Sekarang bila dah kahwin selalu lepak Tesco shopping sayur udang ayam pencuci jamban.. Aishhh lainnya kehidupan aku sekarang.. Takpe-takpe dah kata isteri orang kan.. Petang pulak dapat 2kotak VCO.. Ok memang dah lama nak.. Tapi semua tempat mahal.. Cekik darah amik postage tinggi.. Tiba-tiba yang ni dapat pulak 30hengget.. Apa lagi sambar dua la..


 Beli 2kotak makannya tak.. Pedehal.. Tamak tu penting..

 Dapat gak berjimat.. Tak sabar nak beli barang-barang dapur sempena bulan puasa nanti.. Ecewaahhh!
tapi yang spoil mood aku rasa macam nak bakar je tesco ni bila

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 Punya la susah mama baba aku pikir nama untuk aku senang-senag dorang tukar letak nama aku AZINA??Watdehek mannn.. !





Ice room..

Semalam tak sempat nak hapdet semua sampai habis.. So harini aku sambung balik cerita minggu lepas.. Ni hari Ahad punya cerita pulak.. Tibe je tekak ni nak benda yang manis tapi sejuk.. Aku pun ajak la si suami pergi ice room.. Dekat je pun dari rumah.. Nak pergi tutti frutti jauh pulak kan.. Aku tak berapa suka sangat ice room tapi tu je yang paling senang dapat.. Boleh laaa dari takde.. Pastu pilih la avokado.. Rasa macam vanilla pon ada jagung pun ada.. Celah bedah mana entah rasa avocado dia..






 Mamat ni lagi sorang.. Mula-mula cakap taknak.. Tapi dia yang habiskan..
Bila dah licin cakap tak sedap.. Sabar je la aku kan..





Tuesday, July 26, 2011

Gaun yang barbie pakai pun kita boleh makan..

Yayyy!! Akhirnya aku hapdet jugak cerita baru.. Tapi takde la baru sangat hari Sabtu lepas punya cerita je punn.. Hari Sabtu hari tu aku dapat jemputan dari bos aku pergi birthday party anak dia yang pertama.. Buat dekat Mcd.. Aku dijemput? Curlasss noks.. Kau hado.. Muahaha.. Gila jakun perangai pompan ni.. Takpe sekali sekali jakun bongok apa salahnya kan..


 Sepanjang 21 tahun hidup pestaim pergi harijadi yang sambut kat Mcd..

 Ni apahal comel sangat ni.. Geramla!

 Birthday tahun ni nak buat kat sini jugak la..

 Lady boss..

 Birthday tahun ni nak kek macam ni jugak la..

 Baju dah sama biru.. Tapi sayang bukan anak sendiri.. Sabar ye suamiku..

Tempek gambar wanita anggun wajib dalam belog aku ni..

 Mak budak yang beriya.. Huaaaaaha..

p/s : Nanti ada anak sendiri tiap-tiap tahun nak sambut harijadi dia kat tempat-tempat macam ni.. Tahun ni Mcd tahun depan KFC tahun lagi satu Popeye tahun seterusnya Wendy..Kalau si suami baca mesti kepala aku kena tunjal.. Apa kau hingat kau kahwin dengan tokeh minyak kelapa dara ke.. Heh!





HP7 la.. Apa lagi..

Best weii Harry Potter last ni.. Aku bagi 5/5.. Siapa tak tengok rugi.. Aku? Aku tengok dengan kakak-kakak opis, abang opis dan si suami.. Dekat Alamanda je.. Macam mana jalan cerita dia? Kau nak tau kau pergi beli tiket wayang tengok sendiri.. Kalau kau malas nak mamp** tak pun kalau kau kedekut nak mamp** macam haji Bakhil kau download je.. Senang kan! Duurrgghhh~


 Sebelum aku dengan si suami, Harry la kekasih hati aku..
Tapi aku mintak putus sebab dia terlampau sibuk dengan jadual lakonan dia..
Sampai aku pun terabai.. Aku tak sanggup!
Pastu lepas putus dengan dia baru datang si suami bagi sinar harapan yang baru.. Aiii lapp yuuu D!

 Teppayaki dulu sebelum tengok cerita bekas kekasih aku..

 Kakak-kakak opis sebab 2orang.. Abang opis pulak sebab sorang je tu ha..








Pentadbir durian..

Makan durian dekat basement ofis pastu sampai atas boleh bau.. Pentadbiran memang macam ni.. Suka buat pencemaran bau.. Pastu hari yang sama ada kursus potensi diri.. Nampak sangat tuan blog ni mempunyai masalah tak tahu macam mana nak tunjukkan depan khalayak umum potensi yang dia ada sejak azali lagi.. Contoh potensi paling senang ialah tuan blog ni ada suara yang merdu sekali.. Ok sekarang aku boleh masuk bakul angkat sendiri..


 Mane la tak bau sampai atas kann..

 Kena rasuk sebab teruja sangat buah feveret boleh dimakan tanpa perlu bayar sesen pun..

 Aduiiii... Tak terucap oleh kata-kata..

 Bulan puasa aku nak buang post ni! Aduiiii..


Amboiii.. Anggun betul tuan blog ni..

 Jakun weiii dengan teknologi terkini..

 Tengok tuan blog dah berani menunjukkan potensi diri yang ada..
Bangga dengan diri sendiri.. Okbye!
Muka tu dah tak boleh nak besar lagi ke.. Nasib baik la anggun..







Urbanscape 2011

Yeahhhhh.. 16 haribulan hari tu aku, si suami, cik Adda and tunang dia dak Amad pergi urbanscape ya'll.. Memang dah lama nak pergi.. Yang bestnya dapat pergi dengan si suami yang tak suka sangat/langsung pergi tempat-tempat macam ni..  Tapi sebab isteri dia yang anggun ni nak sangat pergi si suami pun layankan je.. Walaupun haritu panas yaaa rabbbii.. Tapi si suami langsung tak mengeluh depan si isteri dia yang anggun ni.. Dia layan kan je.. Sayang D ! :)





 Kau jangan terpedaya dengan gambar atas ni.. Nampak macam tak ramai..
Tapi kau cuba pergi.. Tengok ramai tak ramai la kan..

 Kale blok la kononnya minah ni.. Heh!


 Kalau bagi kasut ni kat bini baba aku mesti dia suka.. Dari negara dia jugak..
Tapi nan hado la aku nak bagi dia kasut kan.. Duurrghh!






 Bunkface ya'll..

 Dah malam.. Hujan lak tu.. Tu yang tak ramai..

 Aku pun tak paham nape gambar ni paling bawah.. Belasah arr weii..
Aku nak beli cincin ni tapi kau tengok harga dia!
Ada gak yang kena santau angin ni kang!