Friday, April 29, 2011

Shop SputnikSweetheart..

Malam tadi antara aktivi yang agak best bagi aku.. Nak tahu kenapa? Sebab aku ada buat part time.. Nak tahu kat mana? Hehe.. Kat rumah Ami Schaheera.. Yayy!! Eksaited kot..
Kamonn la.. Tak kan korang tak kenal Ami Schaheera the fashionista blogger tu.. Selama ni aku jadi silent reader blog dia je.. Tak sangka pulak sekarang aku dapat bekerjasama dengan dia untuk bisnes blogshop dia.. :)

Ok la jugak kan.. Sekurang-kurangnya dapat jugak aku isi masa lapang aku dengan benda yang berfaedah dan........ yang paling penting dapat la jugak duit tepi untuk perbelanjaan aku.. Tak banyak pun.. Tapi cukup untuk aku buat belanja sendiri.. Hehe.. Kerja pun tak susah.. Aku just kena iron, pack & label setiap item yang baru sampai.. Dan dah tentunya aku tak buat sorang.. k.Ami dengan husband dia tolong sekali..

Dorang sangat-sangat peramah ok and layan aku dengan baik malam tadi.. Sambil buat kerja kitorang borak-borak.. Pastu kalau dah mulut aku ni bercakap memang susah la aku nak berhenti kan.. Aku kan terlebih peramah.. Tapi dorang layankan je.. Haha! Tapi malam tadi nampak yang k.Ami kurang sihat.. Minggu depan dia masuk hospital balik untuk buat balik kimoterapi.. Aku harap k.Ami kuat untuk hadapi dugaan yang datang.. Dan aku doakan k.Ami cepat sembuh dari penyakit leukimia dia.. Aminn... *Dari apa yang aku baca dalam blog dia and apa yang dia ceritakan pasal hidup dia aku tahu dia seorang wanita yang kuat & tabah! Caiyok k.Ami!*


K.Ami & suami.. Dorang sangat friendly & peramah ok..

 Simple but still look exclusive.. Me looike!

Mini ofis Shop Sputniksweetheart.. Nak komputer macam ni... (-___-)

 Semua fail, slip and label letak kat sini.. *jakun*

 Serius rambang mata weiii.. Aku da grrrrabb 2 helai.. Hehe!

 Eksaited kot dapat tengok stok baru yang belum diupload lagi.. Rambang mata dan jakun yang terlampau..

 Schanaz scarf yang gojes gila weiii serius aku tak tipu.. Banyak warna baru yang belum diupload lagi.. Sumpah rambang mata dan jakun tahap negatif 0.2 nih!!

 :)


Serius korang semua kena usha online blogshop dia.. Material kain, baju,skirt and seluar dia semua cantik and terbaik.. Takkan menghampakan korang punyala.. Aku jamin! *sebab aku dah tengok, pegang and cuba sendiri baju yang depa jual ni.. Hehe!*

p/s : yang palingggg best sekali kalau aku beli pape dapat 10% diskaun weiiii.. Seronok!Okbye!

Klik sini untuk > Schanaz silk satin scarves yang anggun macam aku!

Klik sini untuk > Baju, skirt, seluar, aksesori yang hot-hot!






Thursday, April 28, 2011

Pembantu peribadi yang anggun!

Ambik baldi pastu sila muntah dalam baldi tu bila dah  baca stekmen aku kat atas tu.. Huahuahua.. Sebenarnya dari semalam sampai hari ni aku diberi mandat *tak boleh blah ayat* untuk menggantikan tempat PA kepada KP Miros.. Mula-mula macam watdehek aku yang kena ganti.. Pa KP tu bhaii.. Jangan buat main.. Salah sikit mati aku kena terminate!

Aku ingat nak berlakon sakit kan.. Konon-konon kena cagu ke sipplis ke apa-apa ke kan.. Taknak ganti pa KP punya pasal.. Last-last aku pikir sampai bila lak aku nak takut macam ni.. Baik aku buat je.. Dapat pengalaman baru.. Bertambah pengetahuan aku.. Dalam SKT aku pun tertulis (menerima arahan dari masa kesemasa) Walaupun dapat jadi pa selama 2 hari je, janji aku dapat merasa n tau macam mana kerja pa ni.. Seronok jugak jadi pa ek! :)

 Besar dan keseorangan..

Hanya Bobo sebagai teman & penghiburku *suka hati aku je bagi nama*

 Sini memang clear..

 Tapi bila tengok sebelah berterabur..

Aku pun tak tau sape yang tangkap gambar aku dikala aku sedang sibuk menjalankan tugas & mandat yang diberi.. Harharhar!
p/s : Nak jadi pa lagi la..Seronok.. Tapi taknak ada KP.. Ada KP masak aku weiii.. *Harap-harap kerja yang aku dah buat betul & tak ada masalah.. Kalau tak sendiri mau ingat la!* Okbye!




 

Cousins.. :)

Malam semalam luangkan masa dengan sepupu belah baba aku.. Kitorang kalau jumpa macam dekat kenduri ke apa memang boleh borak n lepak sama.. Tapi kalau nak keluar buat aktiviti sama-sama memang tak arr.. Tapi lepas aku dah kahwin ni tetiba banyak pulak aktiviti yang dorang nak buat sama-sama..

Amboi korang.. Time aku bujang dulu taknak pulak kan buat aktivi semua ni kan.. Ni bila aku dah ada tanggungjawab yang perlu dipikul sebagai seorang isteri baru la korang nak buat semua tu kan.. Camni aaa.. Takpe-takpe.. Nasib baik suami aku pon sporting.. Bagi je bagi kalau aku mintak izin nak keluar.. *Mekasih D* So semalam kitorang main boling kat Metropoint Kajang.. Tapi dapat 1 lane je sebab ramai gila manusia malam tadi.. Tapi belasah la.. Janji enjoy..

Pastu patutnya Sabtu minggu ni kitorang main ATV.. Siap dah booking tu.. Tapi last minit ada yang tak boleh pergi so tunda 15/5.. Ok takde hal la.. Janji dapat main.. Ehhhh!!!!!Kejapppp!!!! 15/5 aku takde la..!!! Kan aku pergi Pulau Redang!!!! Ahhhh korang camni aaa... Nak sabotaj aku kan...
Takpe takpe.. Lain kali kita repeat.. *Uuuwwwwaaa.. Nak ikut berATV...!!!!*




 Siapa dapat teka mana 1 kaki aku, aku bagi singgit..

 Yang belah kiri kulit dia macam malap-malap sikit tu bukan sepupu kitorang ek.. Harap maklum..

 Ok tak jadi bagi singgit sebab korang dah tau aku pakai kasut mana.. Harharharr!

 Gaya itu penting ye kawan-kawan..

 Janji aku bukan yang last.. Hehe!

Kan aku dah cakap gaya tu penting.. Tengok markah aku yang paling 'tinggi'..
Terima kasih gayaku..

Ada sepupu kitorang tu cakap nanti nak buat boling ni aktiviti mingguan untuk sepupu-pupu.. Amboi abg Amir... Mentang-mentang dah ada bola boling sendiri.. Kemain nak tiap-tiap minggu lagi.. 0kbye!





 

Wednesday, April 27, 2011

Sosej mcmuffin telur..

Macam biasa nak post gambar bekpes aku.. Tak banyak sikit je.. Aku kan tengah diet sekarang.. Korang lupa ke!


Kan aku dah cakap sikit je.. Korang tak caya.. Siku kang!



Ni last betul tak tipu..

Ok hari ni last aku cerita pasal minggu lepas punya cerita.. Betul aku tak tipu.. Sebab banyak jugak aktiviti minggu lepas tapi malas nak hapdet kan.. Tapi nak jugak cerita kat korang-korang.. Ok Ahad lepas *percaya kan cakap aku ni  cerita last sebab ni Ahad punya cerita* aku dengan si suami pergi mandi sungai.. Best weiii.. Lama dah tak berendam dalam sungai..

Nak-nak sekarang musim panas tak hengat kan.. Tapi panas setengah hari je la.. Pastu petang hujan.. Hampeh! Kitorang mandi kat Lubuk Manggis Langat.. Memang ni port yang selalu kitorang lepak kalau nak mandi sungai.. Dari zaman pakwe makwe dulu lagi.. Ceewaahh! Tapi kitorang bukan pergi 2 orang je.. Ada peneman.. Si Didit dan Mell pun join sekali.. Sebenarnya dorang yang ajak.. So kitorang pun on je la..

 Tiba kan berangan ada driver dengan bodyguard sendiri..
----------------------------------
Ok kitorang gerak dari rumah dalam pukul 1 macam tu.. Sampai sana nak dekat pukul 2 tapi belum pukul 2 lagi.. Nak dekat je.. Sampai-sampai sana.. Uuuumakkaii! Ramai pulak kan.. Takpe.. Usha port kitorang dulu..
----------------------------------

 Port biasa dah kena curik..

 Port feberet pun kena curik gak..

 Carik port baru pulak..

 Ewmmm.. Bolehla.. Tak dalam dapat rendam bontot pun jadi la..

 Ada pondok dah.. Dulu tak ada.. Siap charge 20hengget! Demand betul pakcik ni.. Debik kang..

 Ye sweeeetttt... Tahu dah... Hehe!

 Posing dulu..

 Baru berendam.. Pastu baru 20 minit mandi hujan turun.. Urrgghhh!

 Pastu apa lagi.. Makan la.. Mekasih Mell bawak makanan..

 Kan aku dah kata.. Panas setengah hari.. Petang je hujan.. Belasah gak mandi!

 Konon nak manja-manja.. Manja waklu! Sakit hidung aku kau tau tak Didit.

Pastu penat.. Siap boleh lending-lending lagi tu.. Sadis..


Ni la cerita aku minggu lepas.. Tak ada apa yang gempak pun.. Cuma aku rasa seronok sebab dapat tengok gelagat-gelagat staff Miros melaram dapat vogeh-vogeh.. Dapat jumpa kak Atul pastu hari minggu pulak dapat mandi sungai dengan si suami.. Lama dah tak hangout macam ni dengan si suami  lepas kahwin..

Apa-apa pun siapa yang nak pergi mandi-mandi sungai boleh la try Lubuk Manggis ni.. Syok.. Tapi port yang kitorang mandi ni tak dalam pun.. Yang gambar sungai mula-mula tu best.. Dalamnya sampai dada.. Tapi kalau aku masuk sampai leher la.. Aku kan 'tinggi' gila! Daaaaa~ 
Bayaran masuk pulak 3hengget seorang.. Pakcik ni memang tau! Dulu free sekarang kemain demand kau ye pakcik.. Kemudahan yang disediakan pun puas hati.. Yang penting bilik air dia bersih.. 0kbye!






Monday, April 25, 2011

Pizza Hut bersama hot mama..

Korang.. Post untuk harini tak habis lagi ye semua.. Huahuahua! Sumpah aku pun nak muntah ni asyik mengadap blog aku yang entah pape ni.. Ahhh! Peduli la.. Jari jemari aku yang mulus ni masih lagi mampu untuk menaip.. Jari aku ni yang jakun sangat nak hapdet blog.. Bukan aku ekk... Aku cool.. Tenang je..

Ni jari aku nak cerita.. Eh bukan cerita tapi taip.. Jari mana boleh cakap.. Harharhar!
Hari jumaat lepas *post harini banyak cerita pasal minggu lepas ye semua* kak Atul yang dulunya pernah menyumbangkan tenaga kerjanya untuk Miros ni datang melawat kitorang-kitorang yang masih setia dekat Miros ni.. Sekarang dia tengah bercuti pantang.. Dia pun datangla lepak-lepak pastu kitorang pun bawak la hot mama ni makan pizza..

Aku rasa macam baru je lagi aku kerja kat sini tapi sekarang rasa macam lama pulak sebab aku kenal ngan kak Atul ni dari zaman dia bujang lagi.. Aku pun kompius ni.. Kejap rasa lama.. Kejap rasa baru.. Lantak la.. Layan gambar la kan..


 Kak Atul hot mama sekarang..

 Mula-mula memang la tegak.. Lama-lama ok la tu.. Caiyok kak Nik!

 Gadis-gadis ADFI.. *Gadis pun bolehhh*

 Super supreme ni sedap pulak.. Selalu aku makan roti dia macam keras.. Tapi ni lembut je.. Sebab kebulur kot..

 Dulu kitorang selalu bertiga.. Sekarang tinggal aku dengan kak Ana je.. Sobsob!

P/s : Masih lagi hutang dengan kak Ana 15hengget masa makan pizza haritu.. Kak Atul nanti kita jumpa lagi ye.. Tak cukup lepas rindu hari tu.. Okbye!





Macam ni la jadinya kalau dah lama tak hapdet!

Aku kan tamak haloba dan jakun yang melampau..Tu yang lepas satu, satu lagi dan lagi dan lagi aku buat post.. Tak bagi peluang dah kat partner sebelah aku ni nak guna pc.. Keji kan.. Ok.. Aku nak cerita pasal malam khamis minngu lepas.. Lama punya cerita tapi apa aku peduli.. Aku nak cerita gak.. Taknak tengok takpe pergi tengok blog lain.. Sentap aku!

Malam tu ada futsal lepas balik dari futsal pergi minum-minum kat area tempat futsal tu.. Lepas dah minum-minum semua kitorang pun gerak la balik.. Kurang dari 1 kilometer sebelum nak sampai rumah tetiba hp si suami berbunyi.. Dalam hati aku da fikir ni mesti ada something wrong somewhere ni.. Rupanya memeng betul..

Kereta Didit boleh pulak buat hal tak ada minyak kat tengah-tengah highway Sg Long tengah-tengah malam buta tu.. Sekarang ni aku tak tahu la yang buat hal kereta dia ke si Didit ni yang buat hal tak isi minyak.. Nasib baik kau tak sorang-sorang time tu.. Dah la kau takde kredit.. Jebat takde kredit.. Yut pulak habis bateri.. Nasib baik la Rashid tu ada kredit.. Tu pun nyaris je tu.. Hp dia pun dah berbunyi-bunyi dek sebab low bateri.. Nasib baik sempat kol.. Kalau tak tidur la korang kat tepi highway tu.. Hahaha!

 Kau tengok jalan dia lekang macam mana..

 Dah masukkan 4 botol minyak starter pulak buat hal

 Kalau buat acara lumba lari pun boleh dowhh!

Konon-konon hero la sebab berjaya start kan kereta ni..

Kalau aku la kena macam ni kompom kena sawan.. Lain kali sebelum keluar pergi mana-mana sila isi minyak kereta korang dulu ye.. Jangan jadi macam kat atas ni.. Untungla ramai time tu.. Kalau sorang dengan hp tak ada kreditnya.. Fuuhhhh.... Renung-renungkan dan selamat beramal.. 0kbye!