Wednesday, April 27, 2011

Ni last betul tak tipu..

Ok hari ni last aku cerita pasal minggu lepas punya cerita.. Betul aku tak tipu.. Sebab banyak jugak aktiviti minggu lepas tapi malas nak hapdet kan.. Tapi nak jugak cerita kat korang-korang.. Ok Ahad lepas *percaya kan cakap aku ni  cerita last sebab ni Ahad punya cerita* aku dengan si suami pergi mandi sungai.. Best weiii.. Lama dah tak berendam dalam sungai..

Nak-nak sekarang musim panas tak hengat kan.. Tapi panas setengah hari je la.. Pastu petang hujan.. Hampeh! Kitorang mandi kat Lubuk Manggis Langat.. Memang ni port yang selalu kitorang lepak kalau nak mandi sungai.. Dari zaman pakwe makwe dulu lagi.. Ceewaahh! Tapi kitorang bukan pergi 2 orang je.. Ada peneman.. Si Didit dan Mell pun join sekali.. Sebenarnya dorang yang ajak.. So kitorang pun on je la..

 Tiba kan berangan ada driver dengan bodyguard sendiri..
----------------------------------
Ok kitorang gerak dari rumah dalam pukul 1 macam tu.. Sampai sana nak dekat pukul 2 tapi belum pukul 2 lagi.. Nak dekat je.. Sampai-sampai sana.. Uuuumakkaii! Ramai pulak kan.. Takpe.. Usha port kitorang dulu..
----------------------------------

 Port biasa dah kena curik..

 Port feberet pun kena curik gak..

 Carik port baru pulak..

 Ewmmm.. Bolehla.. Tak dalam dapat rendam bontot pun jadi la..

 Ada pondok dah.. Dulu tak ada.. Siap charge 20hengget! Demand betul pakcik ni.. Debik kang..

 Ye sweeeetttt... Tahu dah... Hehe!

 Posing dulu..

 Baru berendam.. Pastu baru 20 minit mandi hujan turun.. Urrgghhh!

 Pastu apa lagi.. Makan la.. Mekasih Mell bawak makanan..

 Kan aku dah kata.. Panas setengah hari.. Petang je hujan.. Belasah gak mandi!

 Konon nak manja-manja.. Manja waklu! Sakit hidung aku kau tau tak Didit.

Pastu penat.. Siap boleh lending-lending lagi tu.. Sadis..


Ni la cerita aku minggu lepas.. Tak ada apa yang gempak pun.. Cuma aku rasa seronok sebab dapat tengok gelagat-gelagat staff Miros melaram dapat vogeh-vogeh.. Dapat jumpa kak Atul pastu hari minggu pulak dapat mandi sungai dengan si suami.. Lama dah tak hangout macam ni dengan si suami  lepas kahwin..

Apa-apa pun siapa yang nak pergi mandi-mandi sungai boleh la try Lubuk Manggis ni.. Syok.. Tapi port yang kitorang mandi ni tak dalam pun.. Yang gambar sungai mula-mula tu best.. Dalamnya sampai dada.. Tapi kalau aku masuk sampai leher la.. Aku kan 'tinggi' gila! Daaaaa~ 
Bayaran masuk pulak 3hengget seorang.. Pakcik ni memang tau! Dulu free sekarang kemain demand kau ye pakcik.. Kemudahan yang disediakan pun puas hati.. Yang penting bilik air dia bersih.. 0kbye!






No comments:

Post a Comment