Tak-tak bukan nak cakap pasal kak Nita yang jadi pengacara astana tu.. Ni nak cakap pasal pengacara Rara yang anggun tu.. Ok perasan! Aku nak bagitau akhirnya kini pasti ku merasai........! Ah! Sudah.. Aku guna ayat 'akhirnya' je mesti keluar lagu kak Nita ni.. Sindrom sindrom (-__-)
Guna bahasa omputih la camtu.. Finally pagar rumah aku dah siap.. Lega weiii.. Kalau tak gundah gulana hati aku ni rumah bogel togel takde pagar.. Nak tunjuk dekat korang hasil pemilihan suami aku yang kononnya dia cakap pagar yang dia pilih very the latest and fresh style.. *mata-keatas-tangan-kedada*
Muka menjengkelkan tapi masih mengekalkan elemen anggun tanda protes tak dapat pagar macam pagar datin Milah..
Rumah teres kampung je.. Tak mampu duduk rumah besar-besar..Apa pendapat korang? Aku tanya pasal pagar tu la..
Neves di apit 2 orang jejaka yang kacak diimport dari Nepal.. Sape-sape yang masih single, kesunyian dan memerlukan teman hidup jangan segan jangan silu sila taip ON MIANG DAN HANTAR KE 3229.
p/s : Mereka juga mempunyai aroma badan yang sungguh aummmmm.. juling-juling mata.
Sekali lagi aku ingatkan aku bukan nak menunjuk-nunjuk jauh sekali untuk meninggi diri.. Cuma nak berkongsi kegembiraan dalam diari kehidupan aku.. :)
Okbye!
No comments:
Post a Comment