Monday, June 6, 2011

Juling mata 4 - Pestaim pergi Perlis weiii..

Itulah hakikatnya bila aku yang dah nak masuk 21tahun ni eh macam muda lagi lak aku tapi meroyan kawen awal kann.. Muahahaha! Lari topik dah! Ye nak masuk 21 ni baru la merasa pergi negeri orang.. Sebelum ni tak pernah weiii.. Sadiss kan hidup aku.. Yela kalau untuk kerja pun apa kejadahnya aku nak kena otstesen bagai kan.. Kerja angkat telefon je pun pastu bajet macam aku ni pegawai-pegawai yang busy asyik kena keja luar kan! Nan hado..

Pergi Perlis ni pun kau ingat suka-suka je? Tak dapat derrrr kalau nak suka-suka.. Pergi pun sebab wedding dak opis aku.. Mula-mula tak nak pergi macam tak boleh pergi sebab ada hal -hal tertentu kan.. Pastu si bakal pengantin tu (sekarang dah jadi mantan pengantin ye) cakap 'yela...aku memang kahwin tiap-tiap tahun kan..Takpe la tahun depan kau datang aw!'

Tak ke ayat dia makan dalam sampai tercucuk-cucuk pedih hati aku ni haa.. Demmit la buat aku serba salah kan.. Rasa macam tertelan biji durian pastu tercucuk hati, hempedu, limpa bahkan usus perut sekali merasa sakitnya.. Wah ayat aku kan propa taknak kalah gitu.. Tapi last-last minggu rezeki dak Sela.. Sebab aku artis yang popular lagi anggun ni dapat pergi wedding dia.. Aku pun happy gak sebab tak hampakan peminat aku yang teringin sangat aku ada time wedding dia kan..
*muntah la korang baca statement aku ni! muahaha!*

 Mana nak dapat pemandangan macam ni depan rumah hooiiii!

 Hamboi pengatin laki kalah brooch kak Midah belakang rumah.. Ni kalau dia nampak ni mahu menangis kesat air mata kat jalan..

 Nasib baik! Kalau tak dah aku minang anak abang Rohman ni untuk bapak aku..

 Kitorang pulak yang gila meroyan kan..

 Tak paham la kau ni haihh.. Meroyan kemain.. Eksaited nak dapat ahli baru ni..

 Dah sah dah.. Dah boleh bogel-bogel tanpa segan silu..

 Hoyehh... Nampak kurus.. Kurussssss!

 Dah la hot-hot senyuman pun manja je..

 Ni je yang masih perawan.. Lain selamat dah termasuklah aku.. Sadiss..

 Perut aku memang macam tu.. Mengandungkan cacing dan lemak.. Ni kalau Mariah Carey tengok badan aku ni mahu kena sawan.. Aku lagi hot kan..

---------------------------------------------------------------------------

Pastu bila kenduri semua dah selesai apa lagi.. Berjalan la kita ye.. Dah sampai Perlis takkan la nak duduk terperap je dalam rumah.. Harus membasahkan ketiak dan mengeringkan poket! Sayangnya si suami takde passport pulak.. Kalau tak dah selamat dah kitorang masuk Thailand..

 Pasar Payang..

 Gua Kelam.. Tempat yang mesti pergi lagi!

 Taknak dah beli mangga harumanis.. Rasa mangga jugak.. Takde special pun.. Entah apa yang orang dok gilakan entah.. Harga dia dah boleh beli topup sebulan..

Note untuk mantan pengantin : Selamat datang ke club isteri-isteri yang gojes! Sama-sama la kita hasilkan anak-anak yang cerdik pandai lagi anggun dan kacak serta bakal mengharumkan nama keluarga,bangsa dan negara! Caiyok!





1 comment:

  1. Assalamualaikum. Maaf ganggu, nak minta tolong jawab survey kami ni boleh? Terima kasih🌼

    https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSenjsks9ocTpVBZemOBkLPxNiMWBMsXqwbQMvDO8mI41-vUZA/viewform?usp=sf_link

    ReplyDelete