Tuesday, June 7, 2011

Lelaki idaman dorang @ korang bukan lah baik pun..

Merujuk tentang post aku yang sebelum ni aku nak cerita sikit pasal jujur.. Kan aku dah cakap ada sambungan.. Ni aku nak cerita la ni.. Kita mula ye..No1 tadi aku cakap pasal jujur.. Ye jujur! Untuk pengetahuan SEMUA suami aku memang seorang yang jujur dengan aku.. Aku cakap macam ni sebabnya ada la sesetengah orang ni yang aku memang tak paham dengan perangai dorang entah ada mental problem kot sebab memang tak puas hati dengan suami aku asyik nak mengata buruk pasal suami aku..

Suami aku ada buat gangguan seksual ke kat dorang sampai dorang nak burukkan suami aku..Ye aku mengaku memang suami aku bukanla lelaki yang sempurna.. Aku pun tak sempurna..  Tapi ada ke manusia yang sempurna?

Dan SEKURANG-KURANGNYA APA SAHAJA SUAMI AKU BUAT, PERANGAI BURUK DIA AKU & FAMILY SUAMI AKU TAHU! TERUTAMA IBU DIA SENDIRI TAHU!
Sebelum kitorang kahwin dulu pun apa je dia buat memang aku tahu.. Memang aku ada dengan dia.. Kalau aku tak ikut dia pun dia siap 3g aku lagi dengan siapa dia keluar semua.. Pakej kenalkan aku dengan kawan-kawan perempuan dia lagi..

Bukan macam sesetengah tu.. Tahu mengata je.. Tahu cari kesalahan orang je.. Konon tak bagi laki dorang(samada laki dorang secara official atau tak) kawan dengan suami aku.. Takutla suami aku ajar laki dorang yang bukan-bukan.. Uuuiiihhh laki dorang kan baik.. Suami aku kan jahat.. Tak boleh kawan dengan suami aku..

Watdehekkk!! Atlis kan suami aku tak HIPOKRIT! Dia buat apa, aku tahu.. Dia terus terang dengan aku.. Macam mana dia belakang aku macam tu la dia depan aku.. Tak macam sesetengah laki dorang tu.. Belakang punyala ligat! Hebat! Dunia macam dia punya perempuan pun macam dia punya sorang.. Tapi bila depan wanita istimewa (samada awek,tunang @ isteri) dorang.. Hamboiiiiii kemain kau ye.. Bayang-bayang perempuan pun kau tak pandang!!

Pastu nak sedapkan cerita bila wanita istimewa dorang ni mengata pasal keburukan laki lain dia pun kemain join sekali.. Kemain setuju yang laki lain tu jahat.. Tapi dia tak.. Konon dia baik gila tak buat salah langsung! Watdehekkk! Sumpah la kau pelakon lelaki terbaik dalam dunia sampai wanita istimewa (kononnya *mata keatas tangan kedada*) kau pun boleh percaya bulat-bulat kat kau ni sampai 'ohh..Dialah lelaki idaman yang aku cari selama ni tiada laki lain yang baik, jujur, setia melainkan dia sorang saja!' Pastu dengan bangga cakap kat orang 'ehh dia baik tak pernah tipu dengar kata aku tak macam laki lain' pakej muka riak gila!

Wahhhhh... Nak tergelak aku dengar.. Kesian pun ada sebab hidup perempuan macam dorang ni asyik kena tipu je.. Bukan sikit tapi kaw-kaw punya tipu kan.. Kesian.. Macamni la aku nak cakap kat SEMUA ye.. Tolongla jangan sesedap mulut nak mengata orang lain jahat sedangkan laki idaman yang dorang impikan tu sebenarnya lagi hebat perangainya dari suami aku.. Aku serius sedih bila ada orang pandang rendah dengan suami aku.. Kalau suami aku buruk perangai sekali pun ada dia susahkan hidup orang lain ke..

Bukannya laki idaman korang tu baik pun.. So lepas ni hentikanla nak burukkan orang lain termasukla suami aku.. Aku kenal suami aku macam mana orangnya.. Baik buruk dia buat semua dengan aku.. Yang paling aku sedih bila suami aku sendiri tak pernah dendam dengan sape-sapa yang mulut macam longkang belakang rumah aku tu.. Dia siap senyum pastu cakap 'takpela B biar orang cakap buruk pasal D janji B dengan family D tahu D macam mana..' Sedih betul aku bila kenangkan suami aku ni terlampau berlembut sangat dengan orang sekeliling dia sampai dia tak perasan orang dok pijak-pijak kepala dia dek kerana dia ni terlalu lembut hati.. Sabar je la aku ni..

Lagi satu aku nak nasihatkan lepas ni tolongla kenal hati budi pasangan korang dengan lebih mendalam lagi.. Apa yang kita tahu sekarang pasal pasangan kita ni memang tak cukup.. Aku sendiri masih cuba mengenali hati budi suami aku.. Jangan cakap 'ah kitorang dah kenal bertahun-tahun.. So aku tahu la perangai lelaki idaman aku macam mana'

Kalau korang cakap macam tu nampaknya korang salah.. Korang tak cukup kenal lagi pasangan korang sebenarnya..Jadi renung-renungkan dan selamat beramal..

p/s : Selama ni orang cerita buruk pasal suami aku sebab apa yang suami aku buat terang-terangan.. Takde selindung-selindung.. Pastu orang yang mulut macam longkang ni pun dok pikir negatif pasal suami aku.. Takpe.. Selagi aku boleh sabar aku sabar.. Jangan sampai aku bukak pekung orang yang kononnya dianggap baik dan sangat jujur ni.. Pakej aku bagi dengan bukti sekali.. Woohooo.. Okbye!






No comments:

Post a Comment