Tuesday, June 7, 2011

Happy Birthday Sayang..10 cukupla..

Selamat hari jadi untuk si suami tersayang.. Harini genap 24tahun si suami.. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta melalui kehidupan yang bahagia sampai akhir hayat bersama isteri tercinta yang semakin anggun dan gojes gila sekarang.. Untung siapa dapat isteri macam isteri awak D.. Muahaha!

Sempana 7 Jun hari ni iaitu hari jadi si suami.. Aku dengan gembiranya nak buat review pasal si suami tercinta.. Tapi aku bagi 10 je la.. Tak boleh lebih.. Nanti kembang bontot dia kang! Kita mulakan sesi membuang ego ku sendiri .. (-__-)

1- Dia seorang yang jujur dalam perhubungan kami..

2- Dia bukanlah lelaki yang romantik tapi dia sangat mengambil berat pasal aku.. (pantang aku jatuh sakit cepat-cepat dia beli ubat padahal dia tahu yang kat rumah stok ubat banyak lagi.. Alasan dia taknak bagi aku makan ubat yang dah lama beli.. Sweeettttt)

3-Dia sangat rajin tolong aku kemas rumah.. Kadang-kadang dia kemas aku membongkang tengok tv.. Keji tak perangai aku.. Muahahahaha!

4-Tak suka langsung warna pink tapi sebabkan aku, dia sanggup cat kereta warna pink, jamban rumah pink semua yang boleh pink aku sumbat dalam rumah.. Tapi dia tak pernah bantah langsung apa yang aku nak..

5-Seorang yang sangat sayang dan pentingkan keluarganya.. Family comes first no matter what! Aku pun kadang-kadang boleh jeles gila dengan family mentua aku aw.. Sobs sobs!

6-Seorang yang sangat kelakar! (Penting ni weeiiii)

7-Sangat penyabar sebenarnya (Tapi aku memang selalu kacau dia sampai tahap dia dah marah macam nak tersembul mata tu baru la aku duduk diam.. Hahaha sumpah kelakar bila aku dah terdiam sebab merajuk)

8-Suami aku memang tak romantik.. Tapi bila aku dah merajuk pastu dia pujuk tuuuuu.... Uuuaaiiiii bergetar jiwa weiiii.. Dia memang pandai kalau bab-bab nak cairkan hati aku ni. Aku pun tak tahu la macam mana dia buat.

9-Seorang yang suka masak & pandai masak! Serius aku tak tipu.. Kekadang aku rasa aku yang suami dia isteri.. Tapi memang aku tak boleh lawan dia lagi kalau bab masak-masak ni.. Kau hado?? Nan hado!

10-Dia sangat sayangkan aku.. Itu memang pasti, kenapa aku cakap macam ni biar aku sahaja yang tahu.. (ada cerita sebalik ayat aku ni.. Kalau rajin lain hari aku bagitahu.. jengjengjeng!)

Ok aku nak cerita sikit pasal no1 ni.. Ni kira luahan perasaan aku la.. Ada elemen-elemen sentap melampau dan emo melulu ye.. Aku bagitahu awal-awal ok.. So nanti takkan ada yang pedih mata dan ulu hati bila baca.. Wahhh kemain propa hakak kan.. Tapi hakak taknak cerita kat post ni.. Hakak nak buat dekat post lain.. Sebab panjang kann dan biar nampak macam post poyo sikit.. Muahahaha! Okbye!




No comments:

Post a Comment