Wednesday, June 8, 2011

Our first romantic candle light dinner..

Ok lepas dah sentap melampau dan emo melulu semalam.. Harini aku nak cerita happy-happy pulak.. Hati tengah berbunga-bunga weiii.. Rasa macam pengantin baru pulak kan.. Cewah! Ok cerita happy ni jadi malam semalam.. Semalam kan harijadi si suami.. So aku pun rasa time tulah waktu yang sesuai untuk aku menunjukkan kasih sayang dan kejiwangan aku kat dia.. Sebenarnya dah lama aku nakkan suasana makan malam yang macam ni.. Alhamdulillah ada duit sikit aku pun tak fikir panjang, terus jalan.. Banyak tempat dah aku survey.. Tapi semua tempat best kat area KL je.. Memang aku taknak pergi KL kalau boleh.. Leceh.. Nak dekat-dekat area Kajang je..

Last-last tu yang dapat tempat nama LITTLE WHITE CAFE tu.. Dekat je weiii.. Dekat bangi sebelah hotel Amani.. Senang bila korang dah romantik-romantik kat Little White Cafe tu boleh terus cek-in beromen-romentik di hotel Amani pulak.. Tapi untuk yang dah kahwin je ye.. Yang belum kahwin tak payah nak gatal bijik pulak! Muahahaha..

Apa yang aku boleh cakap tempat ni memang hampir menepati citarasa aku la :
-Area Bangi dan aku takpayah susah-susah pergi KL
-Makanan halal sebab owner melayu
-Konsep tempat ni english style
-Menu semua western dan eksklusif (ala-ala hotel gitu)
-Ada pakej untuk candle light dinner
-Ada waiter yang peramah yang dikhaskan untuk layan aku & suami
-Ada dessert yang sangat awesome
-Ada kek bentuk hati yang harganya dalam bajet aku
-Ada orang yang nyanyikan lagu birthday untuk si suami
(Yang ni feveret aku sebab semua staff dia nyanyi pastu tutup lampu kafe tu dan hanya diterangi lilin kek je time tu. Best!) Tapi aku tak sempat nak tangkap gambar dorang time ni sebab aku yang rasa terharu feeling-feeling macam birthday aku plak kan.. Boleh?? Muahaha..


Nice kan.. :)
 Meja kitorang.. Awwww!

 Time ni si suami terkejut lagi.. Hohoho..

 Suka suka ada kelopak bunga atas meja.. :)

 Just a simple canapes for entree.. Dah gigit setengah baru ingat nak tangkap gambar (-__-)

 Waiter yang layan kitorang malam tadi.. Si suami terpegun dengan kepetahan beliau berbahasa inggeris & keperamahan beliau melayan kami *ayat aku tak boleh blah dowhh*

 Lepas canapes salad pulak..

 Lama betul dia terkejut sampai nak senyum pun tak boleh dah..

Lepas salad sup pulak.. Asparagus sup aku punya.. Sedap!

 Mushroom sup si suami punya.. Yang ni sedap sebab rasa cendawan dia kawww punya..

 Lepas dah habis yang lite semua main course pulak.. Ribeye stik aku punya.. Pestaim makan ribeye weiii.. Sebab mahal kan.. Aku dah bayar pakej mahal-mahal kena la amik makanan mahal!

Si suami punya pulak chicken noisette *aku tak tau eja ntah btol ke tak..belasah!*
Yang ni pun boleh tahan sedap.. Nasib si suami suka :)

 Perlu ke muka menjengkelkan tu D oiiii..!

 Simple but nice!

 Scarlet seduction yang umphhhhh!! Kalau mak mentua lalu aku tak pandang weii.. Sodap bobonau!
Yang ni pun dorang buat khas untuk kitorang.. Kira yang ni tak jual.. Untuk pakej dinner je..
Ada banyak pilihan.. Tapi yang lain dah penah rasa contoh macam tiramisu tu.. Dah biasa sangat..
Pastu aku tengok ni macam sedap je sebab dia bukan letak eskem tapi sorbet stroberi dengan vanilla cream..
Lagi la wajib pilih benda ni weiii!

 Gabak betul stroberi ni.. Kalah ibu jari kaki suami aku! Muahahaha!

 Dessert dorang bagi dengan tea sekali.. Boleh pilih nak coffee ke tea.. For sure aku amik tea..

 Time ni dah terang dah.. Dorang dah bukak lampu.. Tapi lilin tak tiup-tiup lagi sebab si suami terkejut lagi..
Gila arrr.. Terkejut mula-mula tadi tak habis lagi datang terkejut baru..
Nasib baik takde sakit jantung suami aku ni.. kalau tak mahu berhenti jantung dia asyik terkejut je!

 Aku suka kek ni sebab lapik kek ni bentuk scallop.. Cutenyeeeeeee!

 Aku bagi cincin.. Coklat tu masuk sekali dalam pakej dinner tu.. Boleh pilih nak bunga atau coklat..
Tentu sekali aku pilih coklat.. Sebab si suami tak suka bunga.. Kan aku cakap dia tak romantik..
Kalau coklat ni dia taknak aku la balun! Haaa... Nampak permainan disitu??

 Simple je.. :)

 Macarons ada red velvet ada apple pie ada.. Wallahh! Tak perlu pergi KL untuk semua ni.. Bangi pun ada..

 Perfect night with not really perfect husband (sebab dia tak romantik.. kalau tak dah perfect dah. Hehe!)

p/s : Kalau nak tahu lebih lanjut kat mana tempat ni, apa menu yang dorang ada, apa dessert yang baru dan best, nak tahu harga semua boleh la like page dorang.. Taip je LITTLE WHITE CAFE.. Aku tak dapat nak bagi link sebab fb dah kena block! Demmmm! Eh jangan marah-marah Raraanggun hati tengah berbunga-bunga kannn.. Okbye!







7 comments:

  1. meks terharu noqs... pandai la org yg sajes tu kat ko.. mesti orgnya hensem, gagah perkasa gittew.. :)

    ReplyDelete
  2. tu la tu.. tapi hensem dan gagah perkas tu aku tak pasti la miji oiii.. haha

    ReplyDelete
  3. been here before, and cakes dia sedap, hehe

    did you know that ur entry ni featured dekat Little White Cafe's FB page?

    :)

    ReplyDelete
  4. hye Adam.. Thanx for the info ya.. Baru baca :)

    ReplyDelete
  5. Sangat best....so romentik.....good info

    ReplyDelete
  6. baru plan nak buat dekat tunang.berapa bajet?

    ReplyDelete