Thursday, June 30, 2011

Main tag-tag pulak awak ye..

Kerja aku setiap hari memang akan bukak blog kawan-kawan, hakak-hakak opis, gosip-gosip, orang femes-femes, fesyen-fesyen, blablablabla.. So tadi bila aku bukak blog Cik Adda dia main tag-tag post.. Dia tag aku sekali.. Masuk ni dah 2kali dia tag aku.. Kemain rajin awek sorang ni tag orang.. Tapi best gak bila kena tag ni.. Ada jugak benda nak di post kat blog kesayangan aku ni.. 
Kali ni aku nak join tag ni sebab nak bagi otak aku berfungsi sikit.. Biar bagi ligat.. Hari-hari lembap je.. Otak aku ni asyik pikir pasal makanan je sekarang.. Mana tak godang badan aku.. Heh!
Jadi mari otak ku dan jari jemari ku kita berfikir sambil menslimkan jari yang dah gendut ni.. Ktak-ktik-ktak-ktik!
------------------------------------------------------------------------
a) segala soalan tag perlu dijawab menggunakan huruf awal nama anda
b) boleh pilih nama penuh atau nickname
c) tak kisah jawapan anda either in Malay or in English

 
1) what is your name : Rara anggun

2) a four letter word : Rock (la gua! Boleh??ghasak!)

3) a boy's name : Rayyan

4) a girl's name : Ramlah Ram (double R aku bagi tapi dia WOMEN! ghasak!)

5) an occupation : Receptionist (kena sangatla dengan aku)

6) a color : Rainbow

7) something you'll wear : Roxy (seliper tebal harga 15hengget tu)

8) a food : Rojak ayam (perghhh sodapnyo!)

9) something you drink : Root beer letak eskem vanilla (perghhh sodapnyo!)

10) something found in bathroom : Rambut (biasa la rambut perempuan)

11) a reason for being late : Rasanya sebab aku suka berangan sambil bersiap.. Tu yang lambat tu!

12) something you should have : Rumah sewa  sendiri (dalam 20bijik macam tu..Kayo hakak!)

13) a movie title : Red Riding Hood

14) a place : Redang

15) a musical group : Rabbani (ouhh insaf (-___-) )

16) an animal : Rabbit

17) a street name : Raja Chulan

18) a type of car : Rexton

19) the title of a song : Russian Roulette by Rihanna (triple R aku bagi)

p/s : terima kasih ye cik Adda (yang bakal menghilangkan daranya bulan 11 tahun ni..Insyaallah kalau takde aral melintang, umur panjang, murah rezeki ye semua) sebab tag i.. Nanti tag banyak-banyak lagi.. 0kbye!




Tak ambil peduli!

Malam kelmarin aku kan pergi tengok Transformers.. Kat Metro Kajang ye semua.. Tempat warga-warga india & indon lepaking tu.. Tapi aku pedulik apa kan.. Janji aku dapat tengok cerita tu.. Nak tunggu wayang lain kemain full memanjang.. Lagipun aku taknak tengok 3D.. Poning kepala pakai spek gabak tu.. Pastu kalau kat Metro Kajang memang kompom la kau akan dapat seat yang best untuk view yang awesome.. Tak depan tak belakang.. Tengah-tengah.. Tak kiri tak kanan.. Tengah-tengah.. Tak ke awesome tu?? Tapi sebab Transformers kann pestaim aku tengok wayang kat Metro Kajang tu FULL! Gila arrr weiii..


 Metro Kajang je punnn.. Kitorang lekkk je tak payah nak melaram bagai..

 Kitorang bukan tengok wayang.. Kitorang nak buat perarakan hindraf..

 Muka wajibla kerek.. Bajet gangster orang nak kacau pun gerun..
Kita dekat Metro Kajang okeh.. Kena paham tu!
(macam orang tengah pantang bersalin dah aku tengok keadaan fizikal aku nih! Sadisnya)

p/s : Malam tu ramai jugakla orang melayu.. Kira 50% orang melayu 50% orang india.. Okla kan.. Saje taknak ambil gambar orang kita.. Nak bagi korang gerun tengok gambar kat atas.. Okbye!






Tuesday, June 28, 2011

Nak tengok lori jadi robot malam ni..

Weeehoooo!! Malam ni tepat pukul 12 tengah malan aku, si suami, Rinn & Nad nak pergi tengok Transformers Dark of The Moon! Tapi sempena harijadi Rinn aku pun tak tahu nak bagi hadiah apa eh kan molek sesangat kalau aku belanja dia tengok wayang.. Seff bajet aku.. Tak lebih 20hengget! Bagus! Pilihan yang bijak Raraanggun.. Dahla anggun bijak pandai pulak aku ni.. Woohooo!! Tak sabarnya nak tengok malam ni... Okbye saja menggeletis hapdet post banyak-banyak! :)







Aku turut bersimpati..

Ye aku turut bersimpati terhadap badan aku.. Kesian dia sekarang dah macam peti surat pos Malaysia dah..godang bebenau.. Dulu badan aku tak macam ni.. Dulu slim mlim bergetah macam Nicole Scherzinger..
Menjadi igauan setiap jejaka.. Tapi sekarang.. Waaaaa! Tak sanggup nak cakap ni kan lagi tengok!

Tu la.. Dulu time kurus semua orang panggil aku aneroksia la tak cukup vitamin la zat besi kurangla kalsium tak cukupla.. Berbagai-bagai kutukan lagi aku dapat.. Takpe aku steady cool je lagi.. Tapi bila nak carik seluar susah pastu baju pun memang susah nak dapat aku berasa sangat sedih.. Ouh kesian aku terlampau kurus.. Pakai seluar jins dengan tali pinggang pun jadi tebal sebab lilit banyak sangat.. Biasala kurus..

Pastu 2bulan sebelum aku kahwin badan aku menunjukkan perkembangan yang positif.. Wahhh.. Seluar dah boleh pakai takde tali pinggang lilit sampai tebal dah.. Baju pun dah tak gabak sangat.. Boleh feeling-feeling badan model.. Tapi.......... Perkembangan badan aku menjadi-jadi luar biasanya.. Yang paling sadis seluar yang dulunya terlebih besar kalau tak pakai tali pinggang konfem terlondeh sekarang bila nak pakai je mesti tersekat kat bahagian peha!

-Sekian kisah sadis aku-

 Dulu badan aku macam ni.. Betul taktipu!

 Kau tengok lengan baju aku.. Ada ruang.. Lengan sebatang je..
2009 - 35kg je..

Baju yang sama dengan baju atas cuma tengok lengan aku.. Pakej tertas benang sekali..
2011 - 54kg (je)

 Bila tengok gambar atas ni rasa simpati teramat sangat kat badan & perut..
Aku perlu buat sesuatu!

Dengan itu marilah amalkan makan yoget FAT FREE..
Moga boleh kurus dan dapatkan berat yang ideal.. Caiyok!
(Padahal tadi dah melantak nasi dengan sup ayam & telur dadar pastu cari pencuci mulut nampak yoget ni) tu yang tiba je kan berkobar konon nak amalkan pemakanan sihat.. Heh!







Emak kahwinkan Ogy..

Hari Sabtu lepas kakak kawan aku kahwin.. Ala kawan aku Rinn yang pernah aku ceritakan kat blog ni dulu.. Kalau nak tahu post yang mana carik sendiri.. Malas aku nak bagi link.. Muahahahaha!
Kenduri kahwin kakak dia buat kat rumah tapi best la sebab rumah dia dah renovet bagi besar.. Banyak ekon hakak suka.. Dah jadi anak orang kaya kau sekarang kan Rinn.. Tu yang aku lagi sayang kau tu..
Dah! Dah! Dah! Sebelum aku merepek tak tentu pasal baik aku bagi korang tengok gambar..

 Dah kahwin tak kisah peluk-peluk.. Muahaahah!

Kawan dari darjah 1 sekarang dah jadi sedara..
Sebab dia dengan si suami sedara rupanya..

 Pestaim kot tengok Kak Ogy mekap macam ni.. Pakai baju labuci-labuci..
Kalau bukan hari kahwin dia jangan harapla nak nampak dia vogeh macam ni..



 Pahal la kepala aku macam takde leher je.. Heh!

 Adik-adik ipar pun ada jugak :)

 Anggun la baju aku.. Ada bunga gabak ropol-ropol kat leher & lengan..
Currrrlaassss!

 Anggun..

 Cantik..

 Manis.. (Itulah aku..Aku je tau.. yang lain tak..)
Gila keji perangai.. Perasan sorang-sorang! Hahaha!

 Aktiviti last haruslah feeling-feeling artis.. Auuwww!
Member aku yang baju warna pink ke merah aku pun tak tahu..
Pening kepala pikir warna apa sebenarnya dia pakai tu, suara dia meletoppp weiii!
Jangan dibuat main.. Currrlasss ok suara dia..
Boleh masuk pertandingan Kilauan Emas anjuran Polident kat AstroRia tu.. Okbye!







Sweet la bilik tidur awak!

Minggu lepas aku pergi rumah sedara si suami iaitu sedara aku jugak sekarang kan.. Ok tak sangka rumah makcik dia sangat lawa dan besar ok.. Tapi aku taknak cerita pasal rumah dia.. Aku nak cerita pasal bilik tidur anak dia.. Sebaya dengan aku & adik ipar.. Sangat sweet la derrr.. Terpegun dan terpesona dibuatnya! Kalau la bilik tidur aku macam tu memang tak keluar bilik la jawabnya..

 Cara dorang susun katil memang la pandai.. Pandai menggunakan ruang yang ada..
Nampak ada dua katil tu ??

Belakang sofa tu katil kedua.. Banyak gila gambar noks!

 Tak main la cat-cat ni.. Rumah dia semua wallpaper.. Aku bila la pulak kan (-___-)

 Owner bilik ni yang pakai seluar jalur-jalur merah tu.. Suruh pandang kamera tapi malu..

 Koleksi barbie.. Cute la!

 Aku suka rak gambar ni! Nak jugak!

 Kalau aku takde masa la nak susun macam ni bagai..

 Bilik air pun ada 2 ketul barbie ok siap rama-rama bagai.. Hakak suka!

 Sticker dimana-mana..

 Belakang pintu bilik air pun ada ye..
Dia peminat tegar Britney & Siti Nurhaliza.. Jangan main-main..







Monday, June 27, 2011

Hadoi!

Sakit aku datang balik.. Malam semalam memang tak dapat tidur sebab sakit pinggang dengan rahim yang teramat sangat..Tuhan je tahu sakitnya macam mana.. Macam-macam dah buat.. Bila nak baik aku pun tak tahu.. Apa nak jadi lepas ni aku redha je.. Tabah hadapi semua sorang diri :)

Nak sambung rehat & tenangkan fikiran.. Alangkah bagusnya tak kerja tapi duit turun je dari langit.. Senang hidup.. okbye!

Friday, June 24, 2011

Hoooheemmmjiii! Nak baby macam ni!

Ouuuuhhhhhhhh.. Bila nak ada baby ni.. Kalau ada baby aku nak baby yang tembam-tembam.. Boleh aku buat gigit-gigit nanti.. Tadi anak buah kakak opis aku kak Epah namanya datang opis.. Makkaiiihhh budak tu.. Taknak bulat pulak kan pipi dia.. Sawan aku jap tengok budak kecik comel macam tu.. Ouuhhhhh... Kena bancuh baik punya ni kalau nak dapat baby comel! Ouuhhhhh!!

 Hoooohemmmmjiiiiii.. Boleh tak jangan comel sangat baby Kasih!

 Hooohemmmjiiii.. Dagu tu boleh tak jangan nak ciput bulat comel sangat macam tu baby Aliff!

 Hoooheemmmjiii.. Mata tu boleh tak jangan nak berkaca sangat baby Insyira!

 Hoooheemmmjiii.. kening tu boleh tak jangan nak sexxayy sangat baby Fayyad!

Hoooheemmjiii boleh tak jangan nak comel sangat bila hisap puting tu baby *lupa nama dia*Muahahaha!

 Hoooheemmmjiii.. Bibir tu boleh tak jangan nak merah basah-basah sangat baby Aniq!
Buat auntie horny je.. Muahahaha!

Hooooheemmjiiii aku auntie-auntie sekarang kannn.. Okbye!





Macaron Little White Cafe & Siti Khadijah..

Semalam aku teman adik ipar aku gi fotoshut untuk butik Siti Khadijah yang akan keluar dalam majalah apa ntah aku pun tak tahu.. Aku memang liat la nak teman dia tapi dah dia dok paksa aku je kan so terpaksa la aku merelakan diri ni ikut.. Tak boleh hidup tanpa aku katanya.. Heh!

So sebelum gi gedik-gedik fotoshut kitorang lepak-lepak dulu kat Little White Cafe.. Nor dia nak rasa macaron kat Little White tu.. Aku pun on je.. Apa nak cakap lagi macaron kat situ memang la ummmphhh sedapnya nak lagi, lagi dan lagi.. Lagi sedap dari Whisk punya macaron kot.. Dia tak manis sangat pastu besar.. Puas la makan..

 Anggun kan adik ipar aku..

 Tapi aku seribu kali lagi anggun dari dia..

 Air panas berperisa 2cawan + pemanis mulut 3ketul = RM33
Niceeeeee..

 rm4 seketul.. Okla sebab gabak kan..

 Dorang buat fotoshut kat rumah toke butik tu.. Slamberr.. Rumah besar kan..

 Krew-krew belakang tadbir semua anak laki toke butik SK tu..
Uuuiihhh makcik pandai buat anak.. Tak payah upah kemremen lain.. Anak-anak sendiri boleh buat..
Kacak-kacak pulak tu.. Hehehehe..

 Nor segan-segan lagi.. Tapi suka..

 Dari hujung rambut sampai hujung kaki semua SK punya produk..
Aku suka tudung tu.. Sebab simple tapi lawa.. Ada lace gitu..

 Fotoshut paling sempoi.. Takde mekap-mekap tebal 5 inci bagai..
Sebab konsep dia untuk pergi masjid sembahyang tak silap aku..
Untuk bulan puasa.. Tapi baju, tudung dengan telekung dia memang lawa la..
Kalau nak tengok pergi butik dia ek.. Sederet dengan Little White Cafe tu.. Okbye!